Dalam sedar atau tidak, 2011 telah melabuhkan tirainya. 'Masa' masih patuh dan akan terus patuh atas arahan yang diberikan kepadanya iaitu untuk sentiasa bergerak, samada kita sedar atau tidak. Tanpa mengambil kira apa yang kita lakukan, samada perbuatan kita menambahkan amal mahupun tidak dan lebih teruk menambahkan dosa, masa akan dan pasti terus bergerak. Itulah keistimewaan masa.
2011 telah melabuhkan tirai, 2012 telah muncul tanpa dipaksa ! Maka dengan itu mari bermuhasabah bersama. Apa yang telah kita lakukan dalam masa satu tahun ini ? Apakah amalan kita menamahkan amal dan saham saham syurga ? Apakah kita sebagai umat terbaik telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, amar makruf nahi mungkar ?
Tahun 2011 pastinya telah melakarkan banyak kenangan kepada setiap daripada kita, tidak kira sebagai pelajar, manusia, rakan, anak, mahupun ikhwah akhawat. Dan kenangan itu pastinya pahit dan manis. Bagi diri saya sendiri, teramat banyak pengalaman manis dan juga pahit. Dan rakan rakan sekalian, ketahuilah bahawa kenangan itu akan menjadi sia sia dan akan masuk ke dalam tong sampah, sekiranya, kita tidak mengambil ibrah daripada so-called kenangan kenangan tersebut, dalam kita merangka gerak kerja kita pada masa hadapan.
Keseluruhannya, 2011 telah menjadi saksi bahawa saya telah memperbaharui diri ini sedikit demi sedikit, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan bulat keseluruhannya (baca: all rounded) Walaupun x mencapai azam 2011 seratus peratus.
Okeh, cukup 2011 sekadar disini.
Mari ucapkan ahlan wasahlan 2012, dengan tangan yang besar.
Maka dengan itu, marilah kita menetapkan azam tahunan kita yang baru.
Kenapa nak azam baru, bukan setiap hari kena azam baru ke?
Benar, malah setiap hari harus kita berazam untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Namun, kita harus punyai satu azam yang lebih besar, dan bagi saya azam tahunan. Ibaratnya visi dan misi. Visi itu azam tahunan, misi itu azam harian.
Maka dengan itu, saya mengumumkan sepuluh azam 2012 untuk diri ini kecapi:
1) Menjadi muslim all-rounded (dari segi keimanan, kekuatan, akal, etc)
2) Menjadi anak yang lebih patuh kepada ibu bapa, berbanding kepatuhan 2011.
3) Menjadi rakan yang berguna dan membantu.
4) Mengawal nafsu amarah dan syahwat sebaik-baiknya.
5) Memperoleh keputusan yang baik untuk peperiksaan IB dan jika diizinkannya, sambung pelajaran di luar negara.
6) Tidak membazir masa (komputer terutamanya)
7) Mempertingkatkan amal ibadah.
8) Hafal 1 juzu' al Quran at least.
9) Melaksanakan proses takwin dan tanfiz kepada adik2 BG sebaik baiknya.
10) Update blog selalu ? errr.
Baiklah, 31 Disember 2012 nanti, insyaAllah kalau masih bernafas di muka bumi ini, saya akan kembali muhasabah sepuluh azam tersebut. InsyaAllah.
___________________________________________________________________________________________
"Wahai orang - orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
____________________________________________________________________________________________




3 comments:
saya antara insan yang mengagumi saudara dari kejauhan menerusi hasil nukilan blog ini.corak penulisan saudara pada saya lebih kepada santai tetapi padat dengan ilmu pengetahuan yang mana membuktikan antara personaliti saudara sendiri.sejujurnya pada saya seorang lelaki yang bergelar khalifah seharusnya memiliki sifat-sifat mahmudah,berilmu tinggi,yakin dan sentiasa percaya pada penciptaNYA yang satu.teruskan lah berbakti menerusi pena.saya sentiasa mendoakan kejayaan saudara dari kejauhan bersama dengan keimanan dan ketaqwaan yang jitu.semoga kita tergolong dalam golongan yang mampu menggapai AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.
(TT__TT)amiin. semoga kita bertemu di syurga Allah satu hari nanti. doakan saya insan yang lemah ini terus tsabat dijalanNya !
insya Allah mudah-mudahan. doa saya untuk semua umat manusia.tiada apa-apa yang rugi bila kita mendoakan kesejahteraan orang lain.semoga ukhwah yang dibina mendapat redha dari Ilahi.teruskanlah menulis kerana saya antara pembaca setia yang menantikan khalimah-khalimah semangat yang sentiasa memuji kebesaran Allah yang Maha Esa.:D
Post a Comment