About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Saturday, December 24, 2011

Kubur Masing - Masing Lah Bro


"Aku peduli apa ... ini komputer aku ...ikut suka akulah nak tengok apa ... nak tengok filem ...apa.. ke ... nak main game banyak banyak ke.... aku apa peduli. Yang kau sibuk ni kenapa... ada aku ambik duit emak bapak kamu ...hei ...kubur asing-asing lah bro"



Tersentak Abu di buatnya... Abu ingat kotlah nak nasihat membernya yang asyik dengan melihat filem berunsur 'lucah' memanjang ... tak puas tengok dalam youtube ... beli CD lagi. Sudahlah tu ..berjam jam menghabiskan masanya di depan komputer. Belajar entah ke mana? Sembahyang lagi le!!!!

ee"Aku nasihat sebagai seorang kawan Li. Aku kesian tengok kamu ni... "
"Kesian mengapa ? "
"Aku kesian kerana melihat kamu ni diperkudakan syaitan....."
"Perkudakan syaitan... apa maksud kamu?" Ali bertanya.
"Ye lah ... syaitan telah menghilangkan sifat baik kamu dulu ... Dulu sebelum masuk Universiti -kamu seorang yang amat rajin ke masjid... sekarang ini sembahyang waktu di kolej pun jarang-jarang sekali. Dulu kamu selalu aktif dalam persatuan Islam ...sekarang ini nak hadir program ceramah pun berat. Dulu kamu rajin ke Perpustakaan ..baca buku. Sekarang ni ..lintang pukang pelajaran kamu tu....kamu nak dengar tak satu ungkapan dari Abdullah bin Abbas yang aku baca dari internet ..."

"Ungkapan apa tu ?" dari suaranya .... terdetik bunyi angin keinsafan.
Abdullah bin Abbas pernah berkata:
“Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.”
Ali mula menundukkan kepala ....

"Pernah dengar ungkapan Al-Imam al-Syafie. Beliau pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya: 

    ”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Tapi yang maksiat Imam Syafie lakukan itu ...adalah kecil jika diukur dari neraca kita... tapi besar dari kacamata beliau.
Bayangkan Ali ...maksiat yang kamu lakukan itu ...apa agak-agaknya kesannya"
Ali lantas bangun dan memeluk Abu sambil menangis terisak-isak ...



2 comments:

RHI said...

itulah gunanya sahabat.. semoga kita juga tidak menjadi orang yang lalai

Tiga hari dalam hidup

Hamba Ilahi said...

Benar sekali!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...