About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Wednesday, March 28, 2012

Dia Lebih Dekat Dari Urat Lehermu

Jika kita merasai kehadiran Allah dalam hati, maka kita akan tetap berteman walaupun berseorangan jauh di dalam hutan batu belantara.

Jika kita tidak meletakkan Allah di dalam hati dan ingatan kita maka duduklah dalam lautan manusia sekalipun, akan kita merasa kekosongan.

Kekosongan yang tidak akan terisi oleh mana-mana makhluk sekalipun.

" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya." (Qaf:16)


Allahu Akhbar!



Saturday, March 17, 2012

Kisah Beruang Temban Dan Ikan Sekeding

Al kisah di sebuah negeri Algojo jauh kedalam hutan hujan tropika simpan taman negara, terdapat kawasan air terjun yang sungguh indah dan damai. Menenangkan setiap mata yang memandang, telinga yang mendengar, hati yang mensyukuri.


Kera, semut, kancil, burung-burung, pelanduk, arnab, kucing dan pelbagai hidupan lain hidup di kawasan hutan yang diberkahi itu. Manakan tidak, buahnya lebat airnya jernih, memperlihat variasi hidupan akuatik di dalamnya.


Suatu pagi yang dingin, keluarlah seekor beruang dari sarangnya untuk mencari secebis rezeki tuhan. Berjalanlah ia hingga ia sampai di gigi air terjun tersebut. Di sana ia menunggu, dan terus menunggu kawanan ikan untuk dijadikan mangsa sarapan paginya itu. Muahaha (gelak keji).


Ditakdirkan tuhan, makan berlalulah sekawanan ikan tersebut. Satu keluarga mungkin kerana ada yang besar, kecil, tua dan muda. Ewah. 1 Malaysia lah katakan.




Si beruang tersenyum lebar, dari telinga kanan hingga telinga kirinya. "Ini peluang yang jarang-jarang,"detik hatinya. Dunia terasa indah seketika baginya. Tanpa berangan-angan panjang lagi, terus si beruang tersebut menerkam ke dalam air sambil mengaum-ngaum. Muahaha. Galak kejinya bertambah kuat.






Namun oleh kerana ikan tersebut bukanlah bodoh dan bebal, maka kebanyakannya dapat melarikan diri dari sergahan beruang tersebut.


Namun dalam kesempitan waktu tersebut, si beruang berjaya menangkap seekor anak ikan kecil. Ya, sungguh kecil. Isinya tidaklah banyak seperti ikan-ikan yang lain.


Tatkala si beruang mahu memasukkan ikan tersebut kedalam mulutnya, ikan sekeding (sekeding ialah bahasa pasar untuk kurus dan seumpama dengannya) tersebut lantas berkata:


"Kejap-kejap wahai beruang. Ada sesuatu yang ingin aku katakan sebelum engkau memakan aku. Fikirkanlah dahulu."
"Baiklah wahai sarapanku. Jika itu hajatmu. Katakanlah."
"Wahai encik beruang yang aku hormati dan kasihi. Aku melihat tubuh engkau gempal, gagah, dan besar. Amat berbeza sekali dengan aku. Aku ini hanyalah si ikan yang teramatlah kecil di sungai ini. Tiada isi. Jika engkau memakan aku sekalipun, pastinya engkau tidak akan merasa apa-apa. Kelaparanmu pasti tidak teralas. Maka lepaskanlah aku kembali ke sungai. Masih ada banyak ikan yang segar dan berisi montok di sungai ini," pinta si ikan kecil bersungguh sungguh.
Si beruang membalas,"Bolehkah aku mengajukan satu soalan kepada engkau wahai si anak ikan?"
"Boleh silakan," responnya ringkas.
"Tahukah engkau apa yang menyebabkan aku berbadan besar dan gempal seperti yang engkau lihat sekarang ini?" aju si beruang penuh persoalan.
"Aku tahu. Engkau memakan ikan-ikan dari kalangan yang segar dan banyak isinya. Keluarga cik Salmon habis engkau ranapkan," balas si ikan yang yakin dengan jawapannya.
"Hahahaha. Engkau salah wahai ikan. Bukan sebab itu. Sebab aku gemuk dan sihat seperti sekarang ini tidak lain tidak bukan kerana aku tidak pernah sesekali melepaskan peluang. Aku makan apa sahaja apa yang ada dihadapanku. Ikan besar, kecil, tua, muda, semuanya aku telan. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Muahahaha." Si beruang gelak bertambah keji.




Tanpa berlengah, si beruang menelan ikan tersebut dan berlalu pergi. Mencari rezeki di sungai yang lain.


________________________________________________________________________




Saudara-saudaraku.


Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Untuk sukses dalam apa yang kita kerjakan wajiblah kita bersyukur apa yang kita punya dan menggunakan peluang yang terbentang di hadapan mata dengan sebaik-baiknya. Baik peluang besar, mahupun kecil.


Begitu juga bagi seorang insan, da'ie dan murabbi.


Supaya iman kita bertambah gemuk, gempal dan sihat, maka gunakanlah peluang yang ada disamping kita untuk kita membentuk iman kita. Baik peluang kecil mahupun besar. Kadangkala kita hanya melihat kepada perkara-perkara besar sahaja seperti menjaga qiamullail, berpuasa sunat, menginfakkan harta, solat penuh berjemaah di surau dengan melupakan perkara-perkara kecil yang juga boleh membentuk iman kita. 


Sepertinya, menjaga percakapan iaitu tidak berkata sia-sia (bergossip, mengata-ngata manusia, menfitnah, menceritakan ketidakpuasan hati kita kepada orang lain dan macam-macam lagi), menjaga akhlak dan budi (sentiasa tersenyum, memberikan salam, sentiasa ingin membantu manusia, berlapang dada, mengutip sampah di tengah-tengah jalan tatkala tiada manusia lain tidak melihat dan sebagainya) dan juga menjaga hubungan sesama manusia (ibu bapa, rakan-rakan, adik-adik, kenalan biasa, dan orang umum).


Bagi seorang murabbi, kita pula senantiasa mengharapkan peluang-peluang besar bersama anak-anak usrah kita seperti pertemuan usrah dan daurah. Tatkala itu barulah kita sibuk untuk bermuayyasyah dengan mereka. Kita lupa bahawa kita selalu bertemu mereka di surau selepas maghrib dan isya', kita selalu ternampak mereka di waktu rehat samaada di koperasi ataupun mana-mana, dan kita punya masa bersama mereka untuk beriadah bersama-sama di waktu petang. Peluang-peluang kecil seperti ini mana tahu, insyaAllah akan menjadikan hubungan kita dan mereka gemuk, sihat, dan ceria, sepertimana beruang tadi.


Begitulah. Sekadar renungan bersama. Marilah kita melihat ibrah darpada kisah tadi dengan kaca mata seorang insan yang punya hati dan perasaan, seorang insan yang mengharap redha ilahi, seorang insan yang berusaha mengeluarkan manusia daripada lumpur jahiliyyah kepada sinar gilang-gemilang islam.




Hureeeehh!!!

Monday, March 12, 2012

Mari Melihat Di Luar Bulatan Gembira

Bismillah.

Assalaamualaikum warahmatullah.

Apa khabar semua.. krik krik krik.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt. :)

Kepada semua pelajar tahun 2 Kolej Maha Busy (bajet busy je sebenarnya) semoga menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Less than 2 month nak exam kan. (cehh, nasihat orang pandai diri sendiri.. T_T)

________________________________________________________________________________________

Saya menulis dalam kedinginan dan kesepian malam.

Baru baru ini saya ada terbaca sebuah (betul ke simpulan bahasa ni =.=) surat khabar bernama berita harian. Setelah hampir sekian lama tak menyelak surat khabar perdana negara, tiba tiba tangan nekad untuk mencapai dan menyelak surat khabar berkenaan. Elak bosan.



Selak selak dan terus menyelak. Macam biasa la surat khabar; politik...politil...politil.. dah nak PRU lah katakan. Takpe2 semoga usaha mereka untuk membantu masyarakat diredhai Allah.

Akhirnya terus menyelak dan sampai lah ke halaman tengah surat khabar. Ape ntah nama ruangan tu, B Pop kot. Bahagian hiburan. Tengok muka depan, gulp (menelan air liur dengan pahit) Selak lagi ke halaman seterusnya..gulp.. gulp..halaman seterusnya..gulp.. Astaghfirullah... Tak mampu untuk aku terus menyelak (TT_TT)

Kerna apa?

Imamku goyah tatkala membaca surat khabar (TT_TT) Manakan tidaknya, gambar depan sudah amat menjolok anak mata mahupun anak tekak seorang lelaki. Makin ke dalam makin menjadi jadi. Astaghfirullah. Tidak cukup dengan gambar yang tak cukup kain baju, kain seluar dan sebagainya.. gossip gossip dan fitnah menjadi hidangan.

"Artis XY berpelukan dengan Minah YZ "


"Biar saya saja tahu. KLMN buat pengakuan cinta dengan ABCD"


"Mengaku sajalah ALI, MINAH" (sambil gambar berpelukan rapat,etc)


Bengang dengan minah inilah, berdua duan ke Bali lah...etc..

Allahu akhbar!! Allahu rabbi!!


_______________________________________________________________________________________

Ikhwah fillah,

Ramai di antara kita yang sudah lama berada dalam arena dakwah dan tarbiyah. Ada yang sudah hampir genap 2 tahun (seperti saya Alhamdulillah), ada  yang sudah 3 tahun, 5 tahun, malah berbelas-belas tahun.

Seperti saya juga, pasti ramai di antara kita wahai ikhwah yang berasa senang dan selesa berada dalam kancah dakwah dan tarbiyah. Manakan tidak, usrah itu sendiri merupakan satu benda yang amat indah dan seronok. Dapat release tension, bergurau senda, rilek rilek dulu isap okok, makan makan makan dan sebagainya. Pergi daurah pon seronok seronok. Dapat jalan jalan (baca: travel) keluar kolej pada hujung minggu yang membosankan. Cuma ada la sikit tension dalam menguruskannya. Pergi program pon dapat jumpa ikhwah ikhwah seluruh negeri. Jumpa ikhwah koleh lain. UNIM, KMS, KTT, BMI, GMI, MFI, INTEC, JAD, IBT dan banyak lagi. Ada jugak rehlah, jaulah, etc.

Senang cerita hidup seorang ikhwah itu seronok riang-gembira-di-pagi-raya!



Sehinggalah saat yang ku ceritakan di atas. Aku tersedar. Masyarakat berada dalam lumpur kejahilan. Mereka tersekat di sana oleh segala macam lumpur dan selut.

Namun ikhwah, ramai di antara kita masih berada dalam awang awangan. Kita sentiasa dalam lingkungan ikhwah kita sahaja dan berasa oh-dunia-ni-dah-bagus-semua-orang-dah-jadi-baik. Tidak ikhwah! Tidak!

Masyarakat di luar sana masih ramai yang tersepit oleh taghut dan segala macam sembahan dunia. GAME, Internet bagai gila, TV, shopping sepanjang masa, dating sini sana dan macam macam lagi. Belum lagi disebut kes kes kronik seperti yang diuar uarkan di dada dada akhbar. ROGOL, ZINA, LIWAT, SUMBANG MAHRAM, BUNUH, CURI, ROMPAK, SAMUN, PICKPOCKET, CABUL, KEGANASAN, PENIPUAN, RASUAH, FITNAH MENFITNAH, BUNUH, KES ANIAYA, KEZALIMAN, MENGHINA AGAMA SENDIRI DAN SEBAGAINYA.



Mari ikhwah kita melihat masyarakat luar sana. Tatkala kita bersyukur ramai sahabat kita sudah kembali ke pangkal jalan namun ramai juga yang semakin jauh dari jalan kebenaran ini. Setelah mendapat kebebasan umur-20-tahun-lah-katakan ramai yang hanyut oleh keindahan dan kecantikan yang dijanjikan oleh dunia. Saudara kita yang lain pula bagaimana? Yang dalam surat khabar itu kan juga saudara kita? Saudara seislam kita. Marilah mengambil tahu dan kisah akan mereka.

Rasulullah saw diutuskan untuk membetulkan akhlak jahiliyah masyarakat ketika itu. Menghapuskan perhambaan mereka kepada dunia kepada perhambaan mereka kepada Allah. Itu juga apa yang kita hendak lakukan bukan? Alhamdulillah ada segelintir rakan kita sudah mendapat hidayah tapi ramai lagi belum. Tidak percaya? Anda kiralah sendiri. Nah ni formulanya:

(rakan yang dah berubah / jumlah rakan atau kenalan kita) X 100%

Ini baru kenalan kita, bagaimana dengan masyarakat sekeliling.

Allah, hinanya kita.

Bayangkan jika Umar Abdul Aziz hidup zaman ini. Astaghfiirullah, malunya kita.
_______________________________________________________________________________________

Ada satu video yang amat menarik tentang akhlak kita. Agak laju pace dia tapi menarik untuk diambil ibrah buat diri kita. worthwatching.




______________________________________________________________________________________

Dapat ke pointnya. Ayat pening sangat. Asyik beat around the bush je =.=".

Semoga Allah senantiasa memperbaharui keimanan kita dan memberi kekuatan untuk sama sama mengubah masyarakat menjadi lebih beriman kepada Allah.


Friday, March 9, 2012

Siapa Kita Untuk Bersaudara?

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.." (49:10)




Ya ayyuhal ikhwah, sejauh mana kita beriman dengan ayat ini. Ayat yang senantiasa menitip di bibir bibir kita tatkala ingin memulakan sesi usrah buat pertama kalinya.


Ayat yang sering terngiang ngiang di corong radio mahupun televisyen.


Ayat yang kita lafazkan tatkala ingin meminta bantuan ikhwah lain.


Ya ayyuhal ikhwah,


Anda tahu atau tidak betapa besarnya makna ayat di atas. Luasnya maknanya melebihi perkataannya sendiri. 


Ikhwan, 
apabila Allah menyebut bahawa setiap mukmin bersaudara maka golongan mukmin manakah yang dimaksudkan?


Oleh kerana kita warga Malaysia, adakah golongan yang dimaksudkan itu ialah golongan mukmin di bumi Malaysia sahaja!?.
Atau golongan mukmin di rantauan asia tenggara!?
Atau adakah golongan mukmin sebangsa Melayu kita sahaja!?


Jika anda berfikir sedemikian, maka anda SALAH! anda SALAH!


Ikhwah,


Umat islam itu ialah satu anggota.
Tatkala tangan mereka dicubit, sewajibnya kita merasakan kesakitannya sekali.
Tatkala hati mereka terluka, sewajarnya kita menanggungnya bersama.
Tatkala muka mereka dirobek robek, seharusnya kita merasakan nyilunya bersama.


Apabila dikatakan setiap mukmin itu bersaudara, SETIAP mukmin itu bersaudara. Bersaudara tanpa diskriminasi rupa mahupun warna kulit. Bersaudara merentasi sempadan sempadan negara. Bersaudara tanpa memikirkan pemikiran dangkal dan jumud golongan kuffar.


Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah isu saudara kita bukan sahaja di Palestin, tetapi di kawasan kawasan lain juga. Paling hangat ketika ini ialah adik adik, abang abang, dan kakak kakak kita di Syria.


Ikhwan,
Isu Syria bukan satu isu yang baru. Ianya sudah lama berlaku namun baru kini dihebahkan.


Ketahuilah bahawa saudara saudara kita disana juga merupakan ahli keluarga kini. Wajib kita menyayangi sebagaimana kita menyayangi diri sendiri. Hal ini seiring dengan hadis dari Rasulillah (Hadis 13):


"Daripada Abu Hamzah Anas Ibn Malik  r.a, khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Mungkin tidak banyak yang kita dapat lakukan. Kita tidak punya kesempatan untuk turut serta mereka berjihad di medan sana. Kita juga mungkin tidak punya banyak wang untuk diinfakkan kepada mereka. Namun cukuplah semangat jihad senantiasa mengalir di dalam darah kita pada setiap ketika. Jihad untuk menentang kezaliman, jihad untuk menentang kegelapan, jihad untuk menentang jahiliyyah di bumi Malaysia ini.


Masih kita ingat atau tidak satu ketika dahulu saat Empayar Umaiyyah hampir jatuh dan dengan izin Allah diselamatkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Akibatnya apa? Hanya kerana semangat jihad yang semakin pudar dalam kalangan umat ketika itu.


Ikhwah fillah.


Oleh yang demikian, perkuatkan dirimu. Sematkan imanmu. Alirkan semangat jihad dakwah dan tarbiyah dalam segenap dirimu. Dan bersiap siagalah untuk menentang musuh musuh islam di medan kita ini, bumi Malaysia tercinta (dan lain lain tempat).


Walau kita punyai bahasa dan kulit yang berbeza namun kita punyai ruh yang sama. Ruh islami.


_______________________________________________________________________________


*beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan profile picture / cover picture di facebook* Saya sudah. Anda bila lagi (^.6)


















_____________________________________________________________________________


sila baca di SINI jika anda tidak pernah tahu apa apa pasal saudara kita di syria.


jazaakumullahu khair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...