About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Saturday, March 17, 2012

Kisah Beruang Temban Dan Ikan Sekeding

Al kisah di sebuah negeri Algojo jauh kedalam hutan hujan tropika simpan taman negara, terdapat kawasan air terjun yang sungguh indah dan damai. Menenangkan setiap mata yang memandang, telinga yang mendengar, hati yang mensyukuri.


Kera, semut, kancil, burung-burung, pelanduk, arnab, kucing dan pelbagai hidupan lain hidup di kawasan hutan yang diberkahi itu. Manakan tidak, buahnya lebat airnya jernih, memperlihat variasi hidupan akuatik di dalamnya.


Suatu pagi yang dingin, keluarlah seekor beruang dari sarangnya untuk mencari secebis rezeki tuhan. Berjalanlah ia hingga ia sampai di gigi air terjun tersebut. Di sana ia menunggu, dan terus menunggu kawanan ikan untuk dijadikan mangsa sarapan paginya itu. Muahaha (gelak keji).


Ditakdirkan tuhan, makan berlalulah sekawanan ikan tersebut. Satu keluarga mungkin kerana ada yang besar, kecil, tua dan muda. Ewah. 1 Malaysia lah katakan.




Si beruang tersenyum lebar, dari telinga kanan hingga telinga kirinya. "Ini peluang yang jarang-jarang,"detik hatinya. Dunia terasa indah seketika baginya. Tanpa berangan-angan panjang lagi, terus si beruang tersebut menerkam ke dalam air sambil mengaum-ngaum. Muahaha. Galak kejinya bertambah kuat.






Namun oleh kerana ikan tersebut bukanlah bodoh dan bebal, maka kebanyakannya dapat melarikan diri dari sergahan beruang tersebut.


Namun dalam kesempitan waktu tersebut, si beruang berjaya menangkap seekor anak ikan kecil. Ya, sungguh kecil. Isinya tidaklah banyak seperti ikan-ikan yang lain.


Tatkala si beruang mahu memasukkan ikan tersebut kedalam mulutnya, ikan sekeding (sekeding ialah bahasa pasar untuk kurus dan seumpama dengannya) tersebut lantas berkata:


"Kejap-kejap wahai beruang. Ada sesuatu yang ingin aku katakan sebelum engkau memakan aku. Fikirkanlah dahulu."
"Baiklah wahai sarapanku. Jika itu hajatmu. Katakanlah."
"Wahai encik beruang yang aku hormati dan kasihi. Aku melihat tubuh engkau gempal, gagah, dan besar. Amat berbeza sekali dengan aku. Aku ini hanyalah si ikan yang teramatlah kecil di sungai ini. Tiada isi. Jika engkau memakan aku sekalipun, pastinya engkau tidak akan merasa apa-apa. Kelaparanmu pasti tidak teralas. Maka lepaskanlah aku kembali ke sungai. Masih ada banyak ikan yang segar dan berisi montok di sungai ini," pinta si ikan kecil bersungguh sungguh.
Si beruang membalas,"Bolehkah aku mengajukan satu soalan kepada engkau wahai si anak ikan?"
"Boleh silakan," responnya ringkas.
"Tahukah engkau apa yang menyebabkan aku berbadan besar dan gempal seperti yang engkau lihat sekarang ini?" aju si beruang penuh persoalan.
"Aku tahu. Engkau memakan ikan-ikan dari kalangan yang segar dan banyak isinya. Keluarga cik Salmon habis engkau ranapkan," balas si ikan yang yakin dengan jawapannya.
"Hahahaha. Engkau salah wahai ikan. Bukan sebab itu. Sebab aku gemuk dan sihat seperti sekarang ini tidak lain tidak bukan kerana aku tidak pernah sesekali melepaskan peluang. Aku makan apa sahaja apa yang ada dihadapanku. Ikan besar, kecil, tua, muda, semuanya aku telan. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Muahahaha." Si beruang gelak bertambah keji.




Tanpa berlengah, si beruang menelan ikan tersebut dan berlalu pergi. Mencari rezeki di sungai yang lain.


________________________________________________________________________




Saudara-saudaraku.


Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Untuk sukses dalam apa yang kita kerjakan wajiblah kita bersyukur apa yang kita punya dan menggunakan peluang yang terbentang di hadapan mata dengan sebaik-baiknya. Baik peluang besar, mahupun kecil.


Begitu juga bagi seorang insan, da'ie dan murabbi.


Supaya iman kita bertambah gemuk, gempal dan sihat, maka gunakanlah peluang yang ada disamping kita untuk kita membentuk iman kita. Baik peluang kecil mahupun besar. Kadangkala kita hanya melihat kepada perkara-perkara besar sahaja seperti menjaga qiamullail, berpuasa sunat, menginfakkan harta, solat penuh berjemaah di surau dengan melupakan perkara-perkara kecil yang juga boleh membentuk iman kita. 


Sepertinya, menjaga percakapan iaitu tidak berkata sia-sia (bergossip, mengata-ngata manusia, menfitnah, menceritakan ketidakpuasan hati kita kepada orang lain dan macam-macam lagi), menjaga akhlak dan budi (sentiasa tersenyum, memberikan salam, sentiasa ingin membantu manusia, berlapang dada, mengutip sampah di tengah-tengah jalan tatkala tiada manusia lain tidak melihat dan sebagainya) dan juga menjaga hubungan sesama manusia (ibu bapa, rakan-rakan, adik-adik, kenalan biasa, dan orang umum).


Bagi seorang murabbi, kita pula senantiasa mengharapkan peluang-peluang besar bersama anak-anak usrah kita seperti pertemuan usrah dan daurah. Tatkala itu barulah kita sibuk untuk bermuayyasyah dengan mereka. Kita lupa bahawa kita selalu bertemu mereka di surau selepas maghrib dan isya', kita selalu ternampak mereka di waktu rehat samaada di koperasi ataupun mana-mana, dan kita punya masa bersama mereka untuk beriadah bersama-sama di waktu petang. Peluang-peluang kecil seperti ini mana tahu, insyaAllah akan menjadikan hubungan kita dan mereka gemuk, sihat, dan ceria, sepertimana beruang tadi.


Begitulah. Sekadar renungan bersama. Marilah kita melihat ibrah darpada kisah tadi dengan kaca mata seorang insan yang punya hati dan perasaan, seorang insan yang mengharap redha ilahi, seorang insan yang berusaha mengeluarkan manusia daripada lumpur jahiliyyah kepada sinar gilang-gemilang islam.




Hureeeehh!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...