About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, March 9, 2012

Siapa Kita Untuk Bersaudara?

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.." (49:10)




Ya ayyuhal ikhwah, sejauh mana kita beriman dengan ayat ini. Ayat yang senantiasa menitip di bibir bibir kita tatkala ingin memulakan sesi usrah buat pertama kalinya.


Ayat yang sering terngiang ngiang di corong radio mahupun televisyen.


Ayat yang kita lafazkan tatkala ingin meminta bantuan ikhwah lain.


Ya ayyuhal ikhwah,


Anda tahu atau tidak betapa besarnya makna ayat di atas. Luasnya maknanya melebihi perkataannya sendiri. 


Ikhwan, 
apabila Allah menyebut bahawa setiap mukmin bersaudara maka golongan mukmin manakah yang dimaksudkan?


Oleh kerana kita warga Malaysia, adakah golongan yang dimaksudkan itu ialah golongan mukmin di bumi Malaysia sahaja!?.
Atau golongan mukmin di rantauan asia tenggara!?
Atau adakah golongan mukmin sebangsa Melayu kita sahaja!?


Jika anda berfikir sedemikian, maka anda SALAH! anda SALAH!


Ikhwah,


Umat islam itu ialah satu anggota.
Tatkala tangan mereka dicubit, sewajibnya kita merasakan kesakitannya sekali.
Tatkala hati mereka terluka, sewajarnya kita menanggungnya bersama.
Tatkala muka mereka dirobek robek, seharusnya kita merasakan nyilunya bersama.


Apabila dikatakan setiap mukmin itu bersaudara, SETIAP mukmin itu bersaudara. Bersaudara tanpa diskriminasi rupa mahupun warna kulit. Bersaudara merentasi sempadan sempadan negara. Bersaudara tanpa memikirkan pemikiran dangkal dan jumud golongan kuffar.


Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah isu saudara kita bukan sahaja di Palestin, tetapi di kawasan kawasan lain juga. Paling hangat ketika ini ialah adik adik, abang abang, dan kakak kakak kita di Syria.


Ikhwan,
Isu Syria bukan satu isu yang baru. Ianya sudah lama berlaku namun baru kini dihebahkan.


Ketahuilah bahawa saudara saudara kita disana juga merupakan ahli keluarga kini. Wajib kita menyayangi sebagaimana kita menyayangi diri sendiri. Hal ini seiring dengan hadis dari Rasulillah (Hadis 13):


"Daripada Abu Hamzah Anas Ibn Malik  r.a, khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Mungkin tidak banyak yang kita dapat lakukan. Kita tidak punya kesempatan untuk turut serta mereka berjihad di medan sana. Kita juga mungkin tidak punya banyak wang untuk diinfakkan kepada mereka. Namun cukuplah semangat jihad senantiasa mengalir di dalam darah kita pada setiap ketika. Jihad untuk menentang kezaliman, jihad untuk menentang kegelapan, jihad untuk menentang jahiliyyah di bumi Malaysia ini.


Masih kita ingat atau tidak satu ketika dahulu saat Empayar Umaiyyah hampir jatuh dan dengan izin Allah diselamatkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Akibatnya apa? Hanya kerana semangat jihad yang semakin pudar dalam kalangan umat ketika itu.


Ikhwah fillah.


Oleh yang demikian, perkuatkan dirimu. Sematkan imanmu. Alirkan semangat jihad dakwah dan tarbiyah dalam segenap dirimu. Dan bersiap siagalah untuk menentang musuh musuh islam di medan kita ini, bumi Malaysia tercinta (dan lain lain tempat).


Walau kita punyai bahasa dan kulit yang berbeza namun kita punyai ruh yang sama. Ruh islami.


_______________________________________________________________________________


*beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan profile picture / cover picture di facebook* Saya sudah. Anda bila lagi (^.6)


















_____________________________________________________________________________


sila baca di SINI jika anda tidak pernah tahu apa apa pasal saudara kita di syria.


jazaakumullahu khair.

1 comment:

Mohd Herie Dahlan said...

saudara kita disini sana sini... :'(

cuma kite je yang selalu lupa pada mereka...

p/s: maybe bleh reflect balik ngan hadis ke-13

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...