About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Monday, March 12, 2012

Mari Melihat Di Luar Bulatan Gembira

Bismillah.

Assalaamualaikum warahmatullah.

Apa khabar semua.. krik krik krik.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt. :)

Kepada semua pelajar tahun 2 Kolej Maha Busy (bajet busy je sebenarnya) semoga menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Less than 2 month nak exam kan. (cehh, nasihat orang pandai diri sendiri.. T_T)

________________________________________________________________________________________

Saya menulis dalam kedinginan dan kesepian malam.

Baru baru ini saya ada terbaca sebuah (betul ke simpulan bahasa ni =.=) surat khabar bernama berita harian. Setelah hampir sekian lama tak menyelak surat khabar perdana negara, tiba tiba tangan nekad untuk mencapai dan menyelak surat khabar berkenaan. Elak bosan.



Selak selak dan terus menyelak. Macam biasa la surat khabar; politik...politil...politil.. dah nak PRU lah katakan. Takpe2 semoga usaha mereka untuk membantu masyarakat diredhai Allah.

Akhirnya terus menyelak dan sampai lah ke halaman tengah surat khabar. Ape ntah nama ruangan tu, B Pop kot. Bahagian hiburan. Tengok muka depan, gulp (menelan air liur dengan pahit) Selak lagi ke halaman seterusnya..gulp.. gulp..halaman seterusnya..gulp.. Astaghfirullah... Tak mampu untuk aku terus menyelak (TT_TT)

Kerna apa?

Imamku goyah tatkala membaca surat khabar (TT_TT) Manakan tidaknya, gambar depan sudah amat menjolok anak mata mahupun anak tekak seorang lelaki. Makin ke dalam makin menjadi jadi. Astaghfirullah. Tidak cukup dengan gambar yang tak cukup kain baju, kain seluar dan sebagainya.. gossip gossip dan fitnah menjadi hidangan.

"Artis XY berpelukan dengan Minah YZ "


"Biar saya saja tahu. KLMN buat pengakuan cinta dengan ABCD"


"Mengaku sajalah ALI, MINAH" (sambil gambar berpelukan rapat,etc)


Bengang dengan minah inilah, berdua duan ke Bali lah...etc..

Allahu akhbar!! Allahu rabbi!!


_______________________________________________________________________________________

Ikhwah fillah,

Ramai di antara kita yang sudah lama berada dalam arena dakwah dan tarbiyah. Ada yang sudah hampir genap 2 tahun (seperti saya Alhamdulillah), ada  yang sudah 3 tahun, 5 tahun, malah berbelas-belas tahun.

Seperti saya juga, pasti ramai di antara kita wahai ikhwah yang berasa senang dan selesa berada dalam kancah dakwah dan tarbiyah. Manakan tidak, usrah itu sendiri merupakan satu benda yang amat indah dan seronok. Dapat release tension, bergurau senda, rilek rilek dulu isap okok, makan makan makan dan sebagainya. Pergi daurah pon seronok seronok. Dapat jalan jalan (baca: travel) keluar kolej pada hujung minggu yang membosankan. Cuma ada la sikit tension dalam menguruskannya. Pergi program pon dapat jumpa ikhwah ikhwah seluruh negeri. Jumpa ikhwah koleh lain. UNIM, KMS, KTT, BMI, GMI, MFI, INTEC, JAD, IBT dan banyak lagi. Ada jugak rehlah, jaulah, etc.

Senang cerita hidup seorang ikhwah itu seronok riang-gembira-di-pagi-raya!



Sehinggalah saat yang ku ceritakan di atas. Aku tersedar. Masyarakat berada dalam lumpur kejahilan. Mereka tersekat di sana oleh segala macam lumpur dan selut.

Namun ikhwah, ramai di antara kita masih berada dalam awang awangan. Kita sentiasa dalam lingkungan ikhwah kita sahaja dan berasa oh-dunia-ni-dah-bagus-semua-orang-dah-jadi-baik. Tidak ikhwah! Tidak!

Masyarakat di luar sana masih ramai yang tersepit oleh taghut dan segala macam sembahan dunia. GAME, Internet bagai gila, TV, shopping sepanjang masa, dating sini sana dan macam macam lagi. Belum lagi disebut kes kes kronik seperti yang diuar uarkan di dada dada akhbar. ROGOL, ZINA, LIWAT, SUMBANG MAHRAM, BUNUH, CURI, ROMPAK, SAMUN, PICKPOCKET, CABUL, KEGANASAN, PENIPUAN, RASUAH, FITNAH MENFITNAH, BUNUH, KES ANIAYA, KEZALIMAN, MENGHINA AGAMA SENDIRI DAN SEBAGAINYA.



Mari ikhwah kita melihat masyarakat luar sana. Tatkala kita bersyukur ramai sahabat kita sudah kembali ke pangkal jalan namun ramai juga yang semakin jauh dari jalan kebenaran ini. Setelah mendapat kebebasan umur-20-tahun-lah-katakan ramai yang hanyut oleh keindahan dan kecantikan yang dijanjikan oleh dunia. Saudara kita yang lain pula bagaimana? Yang dalam surat khabar itu kan juga saudara kita? Saudara seislam kita. Marilah mengambil tahu dan kisah akan mereka.

Rasulullah saw diutuskan untuk membetulkan akhlak jahiliyah masyarakat ketika itu. Menghapuskan perhambaan mereka kepada dunia kepada perhambaan mereka kepada Allah. Itu juga apa yang kita hendak lakukan bukan? Alhamdulillah ada segelintir rakan kita sudah mendapat hidayah tapi ramai lagi belum. Tidak percaya? Anda kiralah sendiri. Nah ni formulanya:

(rakan yang dah berubah / jumlah rakan atau kenalan kita) X 100%

Ini baru kenalan kita, bagaimana dengan masyarakat sekeliling.

Allah, hinanya kita.

Bayangkan jika Umar Abdul Aziz hidup zaman ini. Astaghfiirullah, malunya kita.
_______________________________________________________________________________________

Ada satu video yang amat menarik tentang akhlak kita. Agak laju pace dia tapi menarik untuk diambil ibrah buat diri kita. worthwatching.




______________________________________________________________________________________

Dapat ke pointnya. Ayat pening sangat. Asyik beat around the bush je =.=".

Semoga Allah senantiasa memperbaharui keimanan kita dan memberi kekuatan untuk sama sama mengubah masyarakat menjadi lebih beriman kepada Allah.


4 comments:

Mohd Herie Dahlan said...

kawan ana cakap:

kite ni asyik duk dalam kelompok kite je, so kite tak nampak sangat mende2 kat luar tu, cube kite duk kat luar, tengok perspektif kat luar, tengok ape yang berlaku kat luar... tak perlu pergi jauh, kuar dari pagar iium pun dah okay...

***
yup, kite ada tanggungjawab terhadap masyarakat luar sana...
***

ana doakan anta dan ikhwah2 yang lain sentiasa bergerak maju dalam membina manusia...

(^_____^)y

Hamba Ilahi said...

insyaAllah. amin. doa ana untuk ikhwah iium jugak :)

Anonymous said...

Nak betulkan tatabahasa kat atas tu...sebuah tu adalah penjodoh bilangan, bukan simpulan bahasa. Dan org x sebut sebuah, tapi gunakan perkataan 'naskhah'. Sila google kalau x tahu....dan definitely KENA banyak membaca lagi adik ye. Agak memalukan juga org dari kmb yg bertaraf dunia itu melakukan kesalahan tatabahasa dengan begitu teruk sekali. Harap guru bm anda tidak tahu tentang perkara ini. Isi ok, tatabahasa x ok. Perhaps u shud write in english? Since that is ur mother tongue in kmb rite?

Taylorians

Hamba Ilahi said...

wahhh, terima kasih.

noted. tahu sebenarnya tapi saje je ^_^

alla kulli hal, harap dapat menghadam isinya betul2. bahasa itu hanya sampingan saja. tujuan bahasa itu sendiri untuk menyampaikan, bukan? Asalkan dapat faham cukup kot. eh, ke tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...