Tinta:

About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Showing posts with label Science;News. Show all posts
Showing posts with label Science;News. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Perjalanan Melihat Alam.

Barangkali sewaktu post ini di'publish'kan aku sedang berada di puncak Gunung Korbu.

Alhamdulillah, Allah sentiasa memberikan aku peluang untuk mengenalinya dan mendekatinya. Aku dapat rasakan. Terkadang, saat aku berniat untuk melakukan dosa, saat itu juga Dia menyelamatkan aku dengan bermacam-macam cara. Subhanallah. Cantik bukan percaturanNya. Dan kali ini, insyaAllah, aku ingin mendekati alam ciptaannya. Alam ciptaanNya yang tidak ada cacat celanya walau sedikit. Walau disemak berkali-kali, pasti, kita tidak akan menemukan sedikit pon kecelaan pada ciptaannya ini.

Bahkan kalau dilihat dalam al Quran, banyak ayat yang menceritakan tentang kebesaran Allah melalui alam ni.

Contohnya:

"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan dalam pergiliran malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir." (QS 3:191)

 "Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam kedalam siang dan siang kedalam malam (silih berganti)." (QS Luqman:29)


"Dan Dialah yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar pada tempat peredarannya." (QS Al Anbiya:33) 

Wah, semestinya ada banyak lagi ayat macam ni dalam al Quran tu. Kita tak akan jumpa melainkan kita tak buka *if u know what i mean* wahaha.

Sejujurnya, ayat macam ni dan sealiran dengannya kalau dibaca begitu sahaja, pasti akan menimbulkan reaksi:

 "Daaa, so what dude! Everyone learn this in science!"


Tapi dengan kita mendekati alam dan mentadabbur alam, semestinya ayat ini akan lebih menusuk kalbu dan membawa erti yang lebih besar dan lebih BASAH. Orang-orang yang ahli dalam pengkajian sains dan kehidupan telah pun mengakui tentang kehebatan seluruh kehidupan dalam alam semesta ni. Dari sekecil-kecil virus kepada sebesar-besar andromeda, kesemuanya telah mengagumkan para saintis.

Ahah, benda2 ni al Kholiq dah beritahu lama dah, bahawa tidak akan ada cacat cela dalam ciptaanNya. (tak ingat ayat mana)

Seharusnya dengan mentadabbur dan mendekati alam ciptaanNya ni, keimanan kita kepada al Kholiq ini semakin bertambah. Tidak mahu tidak, ketaqwaan kita harus juga,walau sedikit, bertambah.










Arghh, I can't stand for all this awesomeness of nature. Thanks Allah.

Wallahualam.

Thursday, July 5, 2012

Peluh Besar. Wahaha.

Salaam ala'ik.

Wahaha, lihat bagaimana mereka sudah berpeluh besar. Ni baru berapa persen rakyat Malaysia yang boikot. Kalaulah kesedaran ni dipertingkatkan dan diperluaskan kepada masyarakat, mesti bangkrup McD cawangan Malaysia tak lama lagi. The fact that they have come to confront the society about this matter really shows their concern and worries on their sales. Which means that the boycott done up until now, are developing success (dah macam komentari bms plak).

 'Ala kulli hal, jom kita menukar selera. Daripada burger McD kepada burger Pak Cik Ramlee. Wahh, mudah bukan. Rase bukan jauh beza pon. Tak pon masak sendiri burger dekat rumah. Kebiasaannya orang makan McD ni sebenarnya ialah org yg jump into the bandwagon je. Just follow the crowd. Kalau fikir secara logik pon, x masok akal, burger seketul, air secawan, kentang sikit and then it cost up to RM 10.00. Jom2, tukar selera. Katakan tidak kepada McD. Bukan sebab mereka dari barat, tapi sebab mereka membantu Zionist laknatullah dari segi kewangan.

Alhamdulillah, dah setahun lebih saya tidak makan McD. Huh, tak mati pon. Perut tak berkeroncong pon. Padahal sewaktu sekolah menengah dahulu, sayalah antara peminat tegar McD. Pantang outing akan pergi mendapatkan McFlurry dan Ayam Goreng Spicy. Yummy!

[sila klik gambar untuk pembesaran mega]

I know we can do it!

Saturday, March 17, 2012

Kisah Beruang Temban Dan Ikan Sekeding

Al kisah di sebuah negeri Algojo jauh kedalam hutan hujan tropika simpan taman negara, terdapat kawasan air terjun yang sungguh indah dan damai. Menenangkan setiap mata yang memandang, telinga yang mendengar, hati yang mensyukuri.


Kera, semut, kancil, burung-burung, pelanduk, arnab, kucing dan pelbagai hidupan lain hidup di kawasan hutan yang diberkahi itu. Manakan tidak, buahnya lebat airnya jernih, memperlihat variasi hidupan akuatik di dalamnya.


Suatu pagi yang dingin, keluarlah seekor beruang dari sarangnya untuk mencari secebis rezeki tuhan. Berjalanlah ia hingga ia sampai di gigi air terjun tersebut. Di sana ia menunggu, dan terus menunggu kawanan ikan untuk dijadikan mangsa sarapan paginya itu. Muahaha (gelak keji).


Ditakdirkan tuhan, makan berlalulah sekawanan ikan tersebut. Satu keluarga mungkin kerana ada yang besar, kecil, tua dan muda. Ewah. 1 Malaysia lah katakan.




Si beruang tersenyum lebar, dari telinga kanan hingga telinga kirinya. "Ini peluang yang jarang-jarang,"detik hatinya. Dunia terasa indah seketika baginya. Tanpa berangan-angan panjang lagi, terus si beruang tersebut menerkam ke dalam air sambil mengaum-ngaum. Muahaha. Galak kejinya bertambah kuat.






Namun oleh kerana ikan tersebut bukanlah bodoh dan bebal, maka kebanyakannya dapat melarikan diri dari sergahan beruang tersebut.


Namun dalam kesempitan waktu tersebut, si beruang berjaya menangkap seekor anak ikan kecil. Ya, sungguh kecil. Isinya tidaklah banyak seperti ikan-ikan yang lain.


Tatkala si beruang mahu memasukkan ikan tersebut kedalam mulutnya, ikan sekeding (sekeding ialah bahasa pasar untuk kurus dan seumpama dengannya) tersebut lantas berkata:


"Kejap-kejap wahai beruang. Ada sesuatu yang ingin aku katakan sebelum engkau memakan aku. Fikirkanlah dahulu."
"Baiklah wahai sarapanku. Jika itu hajatmu. Katakanlah."
"Wahai encik beruang yang aku hormati dan kasihi. Aku melihat tubuh engkau gempal, gagah, dan besar. Amat berbeza sekali dengan aku. Aku ini hanyalah si ikan yang teramatlah kecil di sungai ini. Tiada isi. Jika engkau memakan aku sekalipun, pastinya engkau tidak akan merasa apa-apa. Kelaparanmu pasti tidak teralas. Maka lepaskanlah aku kembali ke sungai. Masih ada banyak ikan yang segar dan berisi montok di sungai ini," pinta si ikan kecil bersungguh sungguh.
Si beruang membalas,"Bolehkah aku mengajukan satu soalan kepada engkau wahai si anak ikan?"
"Boleh silakan," responnya ringkas.
"Tahukah engkau apa yang menyebabkan aku berbadan besar dan gempal seperti yang engkau lihat sekarang ini?" aju si beruang penuh persoalan.
"Aku tahu. Engkau memakan ikan-ikan dari kalangan yang segar dan banyak isinya. Keluarga cik Salmon habis engkau ranapkan," balas si ikan yang yakin dengan jawapannya.
"Hahahaha. Engkau salah wahai ikan. Bukan sebab itu. Sebab aku gemuk dan sihat seperti sekarang ini tidak lain tidak bukan kerana aku tidak pernah sesekali melepaskan peluang. Aku makan apa sahaja apa yang ada dihadapanku. Ikan besar, kecil, tua, muda, semuanya aku telan. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Muahahaha." Si beruang gelak bertambah keji.




Tanpa berlengah, si beruang menelan ikan tersebut dan berlalu pergi. Mencari rezeki di sungai yang lain.


________________________________________________________________________




Saudara-saudaraku.


Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Untuk sukses dalam apa yang kita kerjakan wajiblah kita bersyukur apa yang kita punya dan menggunakan peluang yang terbentang di hadapan mata dengan sebaik-baiknya. Baik peluang besar, mahupun kecil.


Begitu juga bagi seorang insan, da'ie dan murabbi.


Supaya iman kita bertambah gemuk, gempal dan sihat, maka gunakanlah peluang yang ada disamping kita untuk kita membentuk iman kita. Baik peluang kecil mahupun besar. Kadangkala kita hanya melihat kepada perkara-perkara besar sahaja seperti menjaga qiamullail, berpuasa sunat, menginfakkan harta, solat penuh berjemaah di surau dengan melupakan perkara-perkara kecil yang juga boleh membentuk iman kita. 


Sepertinya, menjaga percakapan iaitu tidak berkata sia-sia (bergossip, mengata-ngata manusia, menfitnah, menceritakan ketidakpuasan hati kita kepada orang lain dan macam-macam lagi), menjaga akhlak dan budi (sentiasa tersenyum, memberikan salam, sentiasa ingin membantu manusia, berlapang dada, mengutip sampah di tengah-tengah jalan tatkala tiada manusia lain tidak melihat dan sebagainya) dan juga menjaga hubungan sesama manusia (ibu bapa, rakan-rakan, adik-adik, kenalan biasa, dan orang umum).


Bagi seorang murabbi, kita pula senantiasa mengharapkan peluang-peluang besar bersama anak-anak usrah kita seperti pertemuan usrah dan daurah. Tatkala itu barulah kita sibuk untuk bermuayyasyah dengan mereka. Kita lupa bahawa kita selalu bertemu mereka di surau selepas maghrib dan isya', kita selalu ternampak mereka di waktu rehat samaada di koperasi ataupun mana-mana, dan kita punya masa bersama mereka untuk beriadah bersama-sama di waktu petang. Peluang-peluang kecil seperti ini mana tahu, insyaAllah akan menjadikan hubungan kita dan mereka gemuk, sihat, dan ceria, sepertimana beruang tadi.


Begitulah. Sekadar renungan bersama. Marilah kita melihat ibrah darpada kisah tadi dengan kaca mata seorang insan yang punya hati dan perasaan, seorang insan yang mengharap redha ilahi, seorang insan yang berusaha mengeluarkan manusia daripada lumpur jahiliyyah kepada sinar gilang-gemilang islam.




Hureeeehh!!!

Saturday, December 24, 2011

Thursday, December 15, 2011

Jangan Ditanya Kenapa Kerana ...


Kenapa aku diuji?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "aku telah beriman" sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yang dusta."
(Al Ankabut: 2-3)


Kenapa masih tak dapat apa yang aku impikan?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu amat menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkn kamu tidak mengetahui." 
(Al Baqarah: 216) 


Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al Baqarah: 286)


Aku kecewa !


"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang - orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang - orang yang beriman."
(Ali Imran: 139)


Bagaimana aku harus menghadapinya?


"Wahai orang - orang yang beriman, bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
(Ali Imran:200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat. Dan sesungguhnya mengerjakan solat itu berat kecuali untuk orang - orang yang khusyuk."
(Al Baqarah:45)


Apa yang aku dapat dari semua ini?


"Seungguhnya Allah telah membeli daripada orang - orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."
(At Taubah:111)



Kepada siapa harus aku mengharap saat ini?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At Taubah:129)


Aku sudah tidak dapat tahan lagi !!


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguh tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang - orang yang kafir."
(Yusof:12)




__________________________________________________________________________________________


Jangan risau, Al Quran kan ada !!! :D






_________________________________________________________________________


jazaakallahu khair~

Monday, December 12, 2011

Operasi Badar 1973

Aqsa Syarif: Ulang Tahun Operasi Badar - Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) - beberapa pengajaran





BULAN ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 41. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan. Di masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan regim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata di antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini ada berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut. Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

(President Anwar Sadar di sebelah kiri)

Di masa yang sama AS telah menggunakan sitiasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut di dalam ucapannya Mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Makdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya. Hasil dari rundingan diplomatik di antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.



6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif


Sunday, December 11, 2011

Message To The Youth

Assalamualakum waraahmatullah.

By: Anwar Al-Awlaki

Content: The Sahabah also having time constraint. They also got other work to do for living. They are farmers, they are businessman. But, how can they be soo good, knowledgeable and got time to learn about Islam? Listen this video for a solution. This video is very fit to us, the so-called 21st century people who are busy with so many work to do, but also want to learn more about Islam.








source: http://www.youtube.com/watch?v=gm17OJn2Vtg&feature=player_embedded

jazaakallahu khair

Punca Sebenar Revolusi Kebangkitan Syria


Salam alaikum.

Alhamdulillah hari ini 05/12/11, saya(irfan masiri) diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini yang telah diadakan di Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu.

Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5) Kita banyak tak tahu ttg isu syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim.. manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan.. segala gambar dan video yg menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman drpd para demonstran yang btekad utk merakam sndr kezaliman tsebut dan kbykn drpd mrk telah menemui syahid.. sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim basyar asad dgn harga 100 dolar.. syeikh dr khaled hasan al hindawi merupakan delegasi khas syeikh dr yusuf al qardhawi ke asia tenggara utk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar..

Punca Revolusi.

puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 8500 orang rakyat.ini serius kejam.
2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
10) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Berita Baik.

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.

semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia2 diluar sana harus tahu tentang ini.

semoga Allah redha akan usaha kita.

syukron.terima kasih.thank you.

p/s: tulisan senget itu saya tambah setelah ambil dari mereka2 yang ikut sekali dalam talk mengenai Syria ini.

Sunday, November 6, 2011

Bukan Posmen Biasa


Assalaamua'laikum warahmatullah.
__________________________________________________________________________________________


Sahabat - sahibah sekalian,

Dunia hari ini menyaksikan betapa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan masa hadapan seorang insan. Dan tujuan pendidikan yang kita tuntuti itu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tujuan kerjaya kita pada masa hadapan.

Saya tertarik untuk mengajukan beberapa soalan yang jawapannya sudah pasti:

Siapakah anda ketika ini? *selain manusia of course*

Ramai akan menjawab, "Mesti lah pelajar ! Haishh, tu pun nak tanya ke?" *sambil geleng kepala*

________________________________________________________________________________________

Tak kurang ramai juga yang akan menjawab...



"Aku ialah bakal doktor. Aku akan ambil specialist dalam bidang sakit puan. Lepas tu aku akan jadi pengurus hospital.........."


Tak pun... "Aku ialah bakal dentist. Aku akan rawat semua gigi di bima sakti ni. Muahahaha *gelak keji*...."


Tak pun, " Aku ialah bakal engineer  yang bakal mengubah dunia menjadi suatu tempat yang lebih baik agar manusia sekaliannya terutamanya orang Melayu akan hidup senang lenang tanpa kesusahan dan kemiskinan di dalam dunia yang ini, seperti yang telah diutarakan oleh Usman Awang dalam puisinya Kuala Sedili" *ehhhhhh (?)*



atau, "saya bakal menjadi seorang professor dan pensyarah melayu pertama yang akan memberikan lecture di Universitas Harvard Kuala Kubu Baru...."


Kalau tak pun, "Saya akan menjadi seperti Steve Jobs. Saya akan mulakan business saya sedikit demi sedikit dan saya akan mula masuki pasaran dunia dalam 5 tahun selepas keterlibatan saya dalam dunia business........lepas tu innalillah wainnalillahi rajiuunn...."
__________________________________________________________________________________________

Sahabat,

Semua yang dinyatakan adalah realiti dunia hari ini..

Betapa ramai antara kita, dan mungkin kita, mengejar untuk menjadi seorang pekerja profesional.

Kita sendiri mungkin pada saat ini sedang menyiapkan diri untuk menjadi seperti mereka2 yang diatas..

doktor, dentist, guru, pensyarah, akauntant, arkitek, engineer, pensyarah, pemotivasi, artist, orang seni, ekonomist, peniaga tegar, pembawa lori, pilot.. Ini semua merupakan pekerjaan yang sering kita dengari kalau kita bertanyakan si kecil, dan ini jugalah impian ramai antara kita kelak bukan !

__________________________________________________________________________________________________

Namun, tahukah anda, walau siapa kita pada masa ini dan masa hadapan, kita akan menjadi seorang posmen.

Bukan posmen biasa ! Tetapi posmen yang cukup bergaya ! ^_^


Kenapa posmen (?) Sebab tugas sebenar kita ialah untuk menyampaikan.

Sampaikan apa (?)

Sampaikan surat - surat daripada Tuhan Alam Semesta kepada sekalian umat manusia.

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu...." (Al Baqarah:143)


.
"Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyembunyikan kesaksian terhadap Allah..?" [al-Baqarah, 2:140]

Mahukah kita menjadi orang yang zalim (?) Kesaksian itu mestilah kita sentiasa sebarkan kepada umat manusia. Seperti yang telah dinyatakan Allah dalam firmanNya dlm (2:143), kita adalah umat pertengahan yang menjadi saksi kepada sekalian umat manusia.
____________________________________________________________________________________________

Apakah signifikannya sebagai seorang saksi (?)

Cuba bayangkan situasi tersebut:

Anda sedang berjalan keluar dari pintu pagar Kolej Maha Busy sambil memerhatikan langit biru dan awan putih yang berarak sepoi2 bahasa. Kemudian, burung layang2 membelah langit dalam kawanannya, pulang ke sarang masing2. Anda amat berasa riang gembira tatkala menggalas beg kikilala untuk pulang ke kampung halaman. Wahh, sudah hampit sebulan tidak pulang, betapa rindunya pada udara segar di halaman rumah dan betapa rindunya suara anak2 kecil bermain bola tatkala matahari merah di ufuk barat...................Tiba-tiba.....Boommm !! Anda menyaksikan kereta perodua viva melanggar sebuah anak kecil di persimpangan jalan di luar pintu pagar kolej anda.Lalu, dengan lajunya, kereta tersebut memecut laju, meninggalkan kanak-kanak yang terbaring itu sambil darah dikepalanya memancut-mancut.. Anda menjadi saksi kepada kejadian itu.... Apa yang akan anda lakukan?


Jadi apakah tugas anda sebagai seorang saksi kepada kejadian accident tersebut. Pastinya memceritakan sekalian butir2 mengenai kejadian tersebut kepada pihak mahkamah bukan. Jika anda tidak menceritakan mengenai apa yang telah anda saksikan, maka anda adalah seorang yang zalim dan berhak untuk dihukum dan dipersalahkan.

______________________________________________________________________________________________

Begitu juga seperti kesaksian anda terhadap Islam. 
Anda telah bersaksi Allah itu Esa. 
Anda telah bersaksi bahawa tiada ilah (baca:sembahan) selain Allah. 
Anda telah bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. 
Anda telah bersaksi bahawa Islam adalah satu2nya kebenaran. 
Anda telah bersaksi bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara. 
Anda telah bersaksi bahawa Islam perlu ditegakkan.

Jadi, adalah zalim jika anda yang telah tahu dan menyaksikan segala macam jenis kebenaran ini, tetapi anda tidak menyebarkannya. Anda menyimpannya seorang diri tanpa menegur dan menyebarkannya kepada umat Islam yang berada dalam kecelaruan di luar sana. Anda menyangka anda sudah cukup amalan, cukup solat siang dan malam, cukup puasa, bayar zakat, anda akan masuk syurga senang2. Bagaimana dengan rakan bilik anda yang berada dalam larutan dunia? bagaimana dengan saudara mara anda yang tidak tahu kewajipan menjaga ikhtilat mereka?

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu...." (Al Baqarah:143)


"Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyembunyikan kesaksian terhadap Allah..?" [al-Baqarah, 2:140]

Menyorokkan kebenaran dan kesaksian tidak akan sekali2 menjadikan anda kool bergaya hamba yang disayangi Allah. Bahkan andalah yang paling zalim (walaupun anda comel tahap doraemon) 

Jadi, tugas kita di dunia ini selain beribadah kepadanya, ialah untuk menyebarkan syahadah (baca: kesaksian) yang telah kita akui. Menyebarkan surat daripada Allah kepada sekalian manusia. Tidak ubah seperti posmen bukan. Bukan posmen biasa tetapi Posmen Yang Beriman.

(sambil tersenyum riang gembira)
 Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...