Tinta:

About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Showing posts with label bulatan gembira. Show all posts
Showing posts with label bulatan gembira. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Konferens Riang Gembira di Bumi Eire

Alhamdulillah walau belum sebulan berada disapa kesejukan bumi Irish, tapi dah banyak 'ijlis binaa nukmin saah'. Banyak halaqah dan konferens riang yang betul2 riang. Dapat jumpa ikhwah2 kmb dulu dan juga ikhwah2 baru!

Moga terus di beri kekuatan. Allahu musta'an ^.^

Friday, August 31, 2012

Hai Obat Hai Obat, Mari Beli Obat..

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah atau tidak kita jatuh sakit? Mesti pernah kan? Samada sekecil-kecil deman ataupun sebesar-besar gestational diabetes.

Saya juga begitu. Saya orang yang tidak kerap jatuh sakit, tapi pernah lah jugak. Saya dah lupa bila kali terakhir saya mengalami deman-deman, bila kali terakhir saya ke klinik atau hospital untuk berawat dan bila kali terakhir mulut saya merasa pahitnya ubat.

Seingat saya kali terakhir saya ke klinik untuk tujuan rawatan ialah ketika di SMS Johor dulu, sewaktu Form 3 kot, sebab jari yang membengkak terkena bedilan bola hoki. Tetapi selepas mendapat ubat, saya simpan saja dan adakalanya buang. Kadang-kadang sedekah kat orang lain. Huhu ^_^


Saya amat tidak sukakan ubat! 

Ya! Terutamanya ubat pil yang besar gedabak dan ada serbuk pahit di dalamnya. Arghhh! Itu satu kenyataan yang tak dapat disangkal. Eh, tak semestinya tak suka makan ubat tak boleh jadi doktor tau. Hihi. Saya teringat satu kenangan semasa saya Form 2, ketika ada perlawanan Hoki Peringkat Negeri Johor. Saya ketika itu agak hebatlah jugak bersukan, hew hew, dan alhamdulillah mewakili Daerah Kluang man. Malam sebelum perlawanan final menentang Johor Bahru, jurulatih pasukan menyuruh kami semua menelan ubat untuk memastikan stamina kami kekal tip top. Tapi, gulp, ubatnya besar bangat sihhh! Mana mungkin saya nak telan! Hoho. Cuba dan terus mencuba, setelah bergelen-gelen air habis, alhamdulillah ubat tu masih tak melalui kerongkong ni. Akhirnya saya buang saja. (membazir ubat mahal kot) Ish ish ish +__+

Namun saya agak banyak juga mengalami kemalangan tak berbau semasa kecil. Hoho. Saya pernah patah kaki kanan gara-gara melompat ala-ala superman dari katil bayi ke arah lantai yang baru di mop. Pernah juga saya pecah kepala dan berdarah akibat terjatuh longkang besar semasa bermain pancing-pancing. Tulang hidung ni tidak kurang pernah berdarah-darah sehingga tersembul tulang hidung akibat terkena pukulan penyerang lawan semasa saya mempertahankan kawansan D hoki daripada dibolosi. Wahh, macam-macam pernah kena. Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa dan terus hidup. Tapi ini tidak pernah bermakna saya sengaja mencari sakit dan suka akan kesakitan yang saya alami.





Makanya, telah menjadi satu sunnatullah bahawa manusia ini tidak sukakan kesakitan. Manusia inginkan kedamaian dan kesihatan. Kalau tidak, masakan kita berdoa untuk kesihatan yang baik. Masakan kita sanggup berhabisan wang untuk ubat dan operasi? Masakan kita sanggup menjelajah lautan untuk berubat? Manusia tidak sukakan kesakitan dan kecelakaan.

Manusia juga, tidak mahu tidak, akan berasa sedih apabila orang yang tersayang mereka jatuh sakit. Contohnya, ibu bapa kita sakit jantung dan kena melalui operation. Mesti sedih kan. Apatah lagi kalau koma 3 bulan.

Maka timbul pula satu persoalan.

Kita sebagai da'ie dan manusia di luar sana tahu dan perasan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Bukannya deman ataupun chicken pox, tetapi sakit tenat. Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Saban tahun kes pelacuran semakin meningkat. Buang bayi di mana-mana, dalam lubang jamban, longkang mahupun tong sampah. Kecopetan di tempat public seperti LRT tidak kurang hebatnya. Ketika perayaan besar, sang perompak amat ditakuti kerana berleluasanya mereka saat itu. Apatah lagi tipu menipu dalam berniaga dan rasuah dalam berurusan. Itu belum dilihat ketidakjujuran dalam berjawatan. Allahu allah.

Jika kita seorang yang peka, paling kurang seorang yang pernah menyelak surat khabar, mahu tidak mahu, kita akan sedar hakikat ini. Manakan tidak, belilah apa-apa surat khabar di dunia ni mesti ada saja pasal masalah sosial dan kejadian jenayah. Kalau di Malaysia ni, tentulah akhbar Metro yang paling sensasi sekali. Muka depan paling tak boleh blah.

Allahu Allah.

Maka timbul persoalan lagi.

Dalam kesakitan teruk masyarakat ini, sejauh mana kita rasa sedih akan semua ni. Pernah atau tidak kita menitiskan air mata ketika membaca berita tentang masalah-masalah ni. Pernah atau tidak kita mendoakan supaya masyarakat kita diampunkan dan diberi hidayah. Pernah atau tidak kita bermuhasabah diri dengan realiti umat kita pada hari ini. Pernah atau tidak.

Seharusnya mengikut sunnatullah, kita berasa sedih. Apatah lagi kita seorang manusia yang celik. Manusia yang dikurniakan Allah nikmat otak yang mampu berfikir, nikmat aqal yang mampu menilai. Manusia yang diangkat Allah untuk menjadi da'ie.


Mari bermuhasabah.

Masyarakat sedang tenat moralnya. Mungkin ini bukan salah mereka kerana sesetengah mereka mangsa keadaan. Mereka dilahirkan dalam bi'ah sebegitu. Mana mungkin mereka akan tahu melainkan mereka diberitahu. Sebagaimana mana mungkin kita akan tahu bahawa bumi itu sfera jika kita tidak diberitahu okeh sang guru. Maka yang harus bekerja keras ialah kita kerana kita tahu hakikat ini. Ya, anda. Anda yang membaca post ini. Rasanya tidak perlu untuk mendapat gelaran ustaz untuk menegur bukan. Sebagaimana kita tak perlu nak dapat gelaran Profesor Madya Apiq K (lol) untuk mengajar bio kepada rakan-rakan (randomness).

Dari Abu Sa'id al Khudri katanya, aku mendengar Rasulullah bersabda: 
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan hatinya.  Itulah selemah-lemah iman."

Satu hadis yang common, yang mana sepatutnya semua antara kita tahu dan hafal sebab hadis ini ada dalam silibus SPM (ke PMR?). Yang rasanya bahawa semua maklum bahawa tangan bermakna kuasa, lidah bermakna lisan, hati bermakna menjauhkan diri.

Maka apalah kiranya jika kita mengamalkan hadis ini di tengah kekabutan masyarakat kita hari ini. Mencegah apa yang kita lihat, menasihat rakan-rakan kita yang mungkin tidak tahu atau kurang didikan agama mereka, dan menjauhkan diri kita daripada lembah maksiat.


Bukan kerja polis sahaja untuk membanteras jenayah, kerja kita juga tahu!


Wallahu'alam.

Saturday, August 25, 2012

Alhamdulillah: "Bandung"

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

Kali ini Allah bagi lagi satu peluang untuk menjelajah di buminya.
Satu peluang yang amat baik untuk melihat kehalusan, kehebatan, dan kesempurnaan ciptaan Allah.

Sama seperti perjalanan ke Acheh, banyak ibrah yang aku dapat melalui perjalanan ini.
Insyallah tulisan mengenai pengalaman dan pengajaran di bumi Bandung ni akan menyusul selepas beberapa ketika.

Yang buatkan perjalanan (pelancongan sebenarnya) ni bermakna sebenarnya ialah kerana ia adalah perjalanan bersama satu keluarga. Hanya kakakku yang berada di Australia tidak turut sama! Wahaha. Sian dia. Selama ni mesti susah nak gathering 8 orang anak beranak ni. Sorang dekat US, Sorang kat Permata Pintar, Sorang 5th year medic, Sorang baru lepas kuar dari hutan kelapa sawit, yang lagi 3 belum keluar rumah. Wahaha.

Bila dapat kumpul ramai-ramai ni, insyallah moga moga dapat memperbaik ukhuwwah dalam family.

Oh, harini nak pulang ke bumi Malaysia, jadi nak jalan-jalan dulu disini. berjumpa masyarakat setempat.




Wallahualam.

Wednesday, August 15, 2012

Moreh Ramadhan #6


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah 
tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.











Al quran bukan harus sekadar dibaca ibarat mentera. Ianya harus difahami dan diaplikasi kerana ianya manual kehidupan kita!

Moreh Ramadhan #5




Wahaha.

Ramadhan bukan pesta makanan!

Cute and fun video! lololo ;)


Wallahualam

Moreh Ramadhan #4


Okeh, saya tahu Ramadhan dah nak habis *sobs* tapi belum pernah terlambat untuk memanfaatkan dan memperbaharui niat dalam Ramadhan nie?

Siyes video ini best! Jom tengok!


Wallahu'alam

Saturday, August 4, 2012

Moreh Ramadhan #3

待ってたよ!(I am waiting for you!) Ramadhan





By: Aspiring Malaysia Rijal (AMIR) Korea.
Subtitle: English

Muhasabah buat yang masih berada dalam Ramadhan.

Wallahualam.

Moreh Ramadhan #2

"Ramadhan Is Here People"



Monday, July 30, 2012

Moreh Ramadhan #1

"Ramadhan Syahrul Quran"


Satu video yang amat menarik. Serioussss.

"Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan bagi petunjuk-petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan bathil)" [Al Baqarah:185]

JOM! banyakkan baca dan memahami Al Quran, di mana-mana sahaja, pada bila-bila ketika!




________________________________________________________________________

Insyallah saya akan mencuba memenuhkan ruang Moreh Ramadan ini dengan apa-apa yang menarik tentang Ramadhan Kareem. Samada video, gambar, artikle dan segala bagai. Sebagai nota dan peringatan untuk diri sendiri dan manusia-manusia di luar sana.

Peace.
Wallahualam.

Tuesday, July 24, 2012

Cinta Pandang Pertama ! *Malu*

*Saya yakin ramai yang klik link nie sebab tajuk dia. Insyallah anda tak kecewa, ia tentang cinta pandang pertama saya :) *

____________________________________________________________________

Hmm, tak tahulah kenapa Ramadhan ni sejak awal susah nak tidur awal. Asyik tidur lambat je dalam pukul 1.00-2.00 am. Haish. Satu petanda yang kurang baik sebab akan menyusahkan saya untuk bangun awal. Duhh.

A'la kulli hal, di sini saya nak ceritakan dan kongsikan sedikit tentang cinta pandang pertama saya! Wah. Ini sungguh di luar sangkaan. *tersipu-sipu malu*



Hari itu ialah hari yang indah, seindah namanya. Aku masih ingat angin sepoi-sepoi bahasa tatkala mentari memancar sinarnya. Dedaunan menari-nari di pinggir pagar seperti tahu saja akan pertemuanku dengan dia pada hari itu. Wah, langit masih biru dan awan nipis membumbung kami. 

Pada hari itu kami ada Konvensyen Riang di ibu kota, seperti hujung minggu yang biasa. Pengisian demi pengisian dicurahkan. Dan seperti biasa, demi memastikan kami terus cergas dan celik mata, yang-memberi pengisian menyajikan kami dengan video.

Video dipasang.

Lagu kedengaran.

Sungguh puitis. Romantis.

Dan aku terlihat dia. Buat pertama kali. 

Aku tau, inilah cinta pandang pertama.

Hati tersentuh.

Aku menatap wajahnya.

Dan menatap wajahnya lagi, dan lagi, dan lagi.

Sehingga aku merasakan dia sebahagian dari aku.

Mengalir dalam darahku, tersemat dalam bayu nafasku.

Dan aku berharap dia akan terus bersamaku.

Memotivasikan dan mendorong aku dalam kehidupan.

Insyallah.

Aku masih ingat dia sentiasa.


 "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At Taubah: 111)

Inilah dia, cinta pandang pertamaku. Anda bagaimana.?

Wallahualam.

________________________________________________________________________

*ada tips untuk tidur awal dan bangun awal tak? sigh*

Wednesday, July 18, 2012

Buat Ikhwanku

Post ini ditujukan khas bukan ikhwanku yang sama-sama bersusah payah, bersenang lenang, bergelak ketawa, berlari kejar di Kolej Mara Banting (juga KMS dan KTT)

__________________________________________________________________________


Awwal kalam

Assalamualaikum warahmatullah.

Semoga kalian terus berada di bawah payungan rahmat dan redha Allah serta senantiasa di dalam bayangan kejelasan al Quran.

Sukacita untuk saya mulakan warkah ini dengan memetik satu kata-kata suci dari Tuhan kita:

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At Taubah: 111)

Masih ingat saat pertemuan kita?

Ikhwan fillah, masih ingatkah kalian saat kita mula berjumpa. Di mana kita berjumpa dan bagaimana kita berjumpa? Kalau hendak diikutkan memori yang masih tersimpan, tidak mungkin kita dapat mengingat kesemuanya. Ya, mungkin kita dapat ingat seorang dua sebagaimana saya masih mengingat saya terjumpa saudara Fahmi Maslan di dalam kumpulan orientasi yang sama. Sebegitu juga bagaimana saya berjumpa dengan Na'im di tangga belakang belah kanan Surau An Nur ;) dan Darul dan Hanafi di dalam kelas.

Tetapi kekaburan masih ada tentang perjumpaan dengan beberapa ikhwah. Di mana? Saat bila? Mungkin anda juga serupa dengan saya. Akan tetapi satu keyakinan dan kepastian saya, perjumpaan kita bukan satu perjumpaan biasa-biasa. Perjumpaan kita bukan perjumpaan di jalanan, walaupun secara literalnya begitu. Malah perjumpaan kita bukan kerana kita masuk ke dalam kolej yang sama. Bahkan, pertemuan kita ini sebenarnya telah diaturkan dengan cantik dan halus oleh yang Maha Pencipta.

Kita terserempak di jalan tarbiyah, saat kita masih terasa hebat dan kagum dengan keputusan SPM kita yang tidak seberapa itu. Kita sama berjalan, tertawa gembira saat ke Taman Botani dan Alamanda (walaupun tak semua). Kita juga orang yang sama terbakar-bakar himmahnya tatkala mendengar pengisian Ini Sejarah Kita mahupun Syahadatul Haq. Ya itulah pertemuan kita. Pertemuan di jalan tarbiyah dan dakwah yang mulanya lebar tetapi kian hari kian sempit.

"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana." (Al Anfal:63)

 Yakin dan imanilah bahawa yang mempersatukan hati kita ialah Dia, bukannya kolej, IBO, Alamanda, kelas, kaum, frisbee, bola tampar pagi ahad, iftar belakang surau yang terkadang sampai bersepah dan sampai tak habis makanan terpaksa suruh Dzufar habiskan, dan banyak lagi. Ini semua perantara sahaja. Tanpa belas kasihan dan keizinannya mungkin salah seorang dari kita sudah lari pergi mencari kebebasan diri. Maka bersyukurlah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan. Karena persahabatan kita disandarkan pada suatu yang tidak rapuh, tidak gugur dan tidak jatuh. Insyallah selagimana kita sandarkan semua ini padanya kita tidak akan berpisah.


Maka bergembiralah.



Tiada sebab untuk tidak kita bergembira, walaupun dalam duka. Karena insyallah kita telah, sedang dan akan terus melakukan jual beli yang paling baik di dunia. Jual beli yang mungkin hasilnya tidak nampak dan tidak dapat terus, tetapi suatu jual beli yang amat-amat-amat menguntungkan. Masakan tidak. Bayangkan ada orang tawarkan kita nak bagi modul untuk berniaga. Free of charge tanpa keluar se-sen pon. Malah orang tu nak beli balik sume yang kita ada nih. Wahh.

Saya yakin ramai yang dapat melihat keuntungan extravaganza seperti ayat di atas sekali, tapi cuma soal keimanan saja memainkan peranan. Makanya dengan itu, marilah ikhwan kita sentiasa memperkemas keimanan kita terhadap ayat-ayat di atas. Yakinlah bahawa jika kita kehilangan apa-apa di dunia ini kita tidak rugi apa pon seperti hilang orang tersayang, harta-harta, tidak lulus dalam peperiksaan dan kehilangan anggota badan. Begitu juga walaupun kita mendapat semua idaman dunia ini, ia tidak memberikan tanbah nilai apa pon kerana yang berhak untuk menambah nilai diri kita ialah taqwa semata-mata. Biarlah walau kita punya keluarga paling masyhur, rumah paling besar, kereta paling laju, keputusan exam paling gilang gemilang warna warni, walaupun kaki yang pantas berlari itu semua pinjaman dia buat kita sahaja untuk kita membuat jual beli ini. Apakah gunanya semua yang diberi kalau setakat hanya untuk menunjuk. Nauzubillahi min zalik, moga kita dijauhkan.

Maka ikhwan, bergembiralah.

Lupakan segala ketaksuban dan kekecewaan selama ini karena kita hendak mengejar sesuatu yang lebih besar.

Buat Ikhwan yang dapat keputusan exam yang baik mahupun yang mengalami kesulitan, bekerjalah dan teruslah bekerja. Bukanlah exam ghayah kita. Ya, kita telah didoktrinkan sejak kecil sehingga exam ni menjadi darah daging kita, matlamat kita. Maka saat itulah tarbiyyah hadir, mengikis sedikit demi sedikit pemikiran ini sehingga kita benar-benar yakin akan tujuan hidup kita dan ghayah kita. Mungkin terkadang kita tewas kita tewas, tapi sentiasalah meminta kekuatan darinya.

"Dan katakanlah, bekerjalah kamu dan Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Ar   Rasul dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (At TAubah:105)

JOM!

Syiar3x !!


Saturday, July 14, 2012

Aku Yang Cemburu.


Tatkala melangkah tadabbur alam,
aku melihat burung terbang melata,
berkicau penuh rasa kasih dan cinta,
aku mendengar bunyi rururu~
rupanya sang angin menderu menafsir perasaan rindu,
dan ku lihat hijau mendamaikan setiap ketika,
pokok dan daun harmoni menari bersama
demi jiwa dan raga penduduk dunia


Aku cemburu.


Dan aku melihat si batu bersahaja
selamba dalam panasan api mentari
tanpa memikirkan apa yang terjadi di dunia,
tidak kurang geseran air-air di sungai sana
wah sungguh riang gembira di pagi raya
menyejukkan mengasyikkan mendamaikan menyegarkan,
si ikan apa kurangnya berseronok memakan apa sahaja yang aku lemparkan,
si pacat ralit memperkosa tanpa dosa,
sang gunung tetap megah kacak bergaya memasak
lantas tidak bercerai bumi kita.


Aku cemburu.


Namun apakan daya
aku manusia bukan makhluk biasa
makhluk yang diturunkan kitab yang jelas yang ditolak si ganang
makhluk yang diberikan peringatan dan arahan untuk dikehadapankan
makhluk yang terbeban jiwanya dengan dosa pabila khilaf melanda
makhluk yang mempunyai sekatan masa dalam ruangnya
makhluk yang tersedia tanggungjawab yang harus dilunaskan
'abid dan khalifah


makhluk yang itu, makhluk yang ini.
argh.


Aku cemburu.


Mereka semua sudah tersedia keislamannya
namun aku perlu ikhtiar mencari titisan cahaya
malah wajib pertahan sampai ke tanah ajal
yang bukan seperti memakan ais kacang berperisa-perisa
butuhkan usaha 
butuhkan daya
butuhkan pengorbanan tiap-tiap apa


Aku cemburu
namun aku puas
karena balasannya kelak berjaya, tidak lain tidak
syurga;  kekal selamanya.

Hamba Ilahi
25 Syaaban 1433 H
0254 pagi

mode: mencari kekuatan. minta doa.

Thursday, July 12, 2012

Don't Stop. Don't Give Up.

Satu kata-kata yang cantik dan benar saya terlihat di Facebook:

"Nikmat berbuat maksiat akan hilang tapi dosa akan kekal, penat beribadah akan hilang tapi pahala akan kekal."

Moga Allah beri kekuatan untuk terus bermujahadah melawan kefuturan !



[Don't Stop. Don't Give Up. Just Walk. Till Die]


Wallahualam.

Bilamana.

Ikhwan,

Bilamana Allah sudah menarik nikmat syukur dari kita, itu suatu musibah.

Karena menurut Profesor Hamka,

"Terkadang makam syukur itu lebih tinggi dari sabar. Ramai terpaksa bersabar tetapi berapa ramai yang melafazkan kesyukuran apabila dikurniakan nikmat."

Mari bersyukur tiap masa dan ketika.

"Wahai Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh."






Wallahua'lam.

Thursday, July 5, 2012

Di Bawah Bayangan Al Quran

" Hidup di bawah bayangan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia hidup seseorang"
[Petikan Mukaddimah Fi Zilal Quran]

Apa itu Fi Zilal Al Quran? 

Ringkasnya, ia adalah sebuah tafir al quran yang dikarang oleh As Syahid Syeikh Syed Qutb. Ia adalah sebuah tafsir yang agak berbeza berbanding tafsir yang lain kerana tafsir ini menghuraikan al quran kepada perkara yang lebih utama berbanding perkara-perkara yang cabang. Ia banyak membincangkan al Quran dari sudut aqidah berbanding hukum2, balaghah dan sebagainya.

Bagi para da'ie, tafsir zi lal merupakan antara panduan yang berguna bagi memahami al Quran pada konteks hari ini. Jadi, jom download sementara boleh. Kalau nak lagi qowiey, boleh beli dekat pasaran. Satu set penuh, approximately RM1,000.00 kot.



http://tafsirzilal.wordpress.com/ ] <----------- sila klik link ini utk download.


Wallahualam

Peluh Besar. Wahaha.

Salaam ala'ik.

Wahaha, lihat bagaimana mereka sudah berpeluh besar. Ni baru berapa persen rakyat Malaysia yang boikot. Kalaulah kesedaran ni dipertingkatkan dan diperluaskan kepada masyarakat, mesti bangkrup McD cawangan Malaysia tak lama lagi. The fact that they have come to confront the society about this matter really shows their concern and worries on their sales. Which means that the boycott done up until now, are developing success (dah macam komentari bms plak).

 'Ala kulli hal, jom kita menukar selera. Daripada burger McD kepada burger Pak Cik Ramlee. Wahh, mudah bukan. Rase bukan jauh beza pon. Tak pon masak sendiri burger dekat rumah. Kebiasaannya orang makan McD ni sebenarnya ialah org yg jump into the bandwagon je. Just follow the crowd. Kalau fikir secara logik pon, x masok akal, burger seketul, air secawan, kentang sikit and then it cost up to RM 10.00. Jom2, tukar selera. Katakan tidak kepada McD. Bukan sebab mereka dari barat, tapi sebab mereka membantu Zionist laknatullah dari segi kewangan.

Alhamdulillah, dah setahun lebih saya tidak makan McD. Huh, tak mati pon. Perut tak berkeroncong pon. Padahal sewaktu sekolah menengah dahulu, sayalah antara peminat tegar McD. Pantang outing akan pergi mendapatkan McFlurry dan Ayam Goreng Spicy. Yummy!

[sila klik gambar untuk pembesaran mega]

I know we can do it!

Saturday, June 30, 2012

Sebab Buat Maksiat.



7 sebab kenapa buat maksiat:

source: ikim.fm


  1. Jahil. Memang tidak tahu dan tidak faham. Tiada ilmu. Kemungkinan dibesarkan dalam keluarga yang juga tidak tahu atau di luar negara. Kita patut merasa kasihan dengan mereka ni. Kena juga bantu dan bagi penyelesaian. Contoh: suruh dengar IKIM, pergi ceramah, dan lain lain.



  1. Sifat mazmumah (kelemahan) individu. Memang nature suka buat macam tu. Ada yang mazmumah dia pansa baran. Ada yang mazmumah dia mengumpat. Ada yang mazmumah dia perempuan. Tengok perempuan je cair. Ada yang mazmumah tu amanah. Penyelesaiannya jangan meletakkan diri di sebelah mazmumah tersebut. Elakkan diri untuk jauhkan diri dan tak berserempak dengan perkara yang kita lemah tu. Contoh, mazmumah ialah perempuan. Penyelesaian, jangan mengambil jalan yang akan menemukan dengan perempuan atau elak membuka internet seorang diri. Contoh lain, mazmumah ialah pakaian berjenama, mahal, dan chantek. Penyelesaian, jangan pergi shopping ;D

  1. Nafsu. “Musuh kamu yang sebesar besar ialah nafsu kamu yang terletak di antara dua lambung kamu”. Sifat nafsu suka merenget. Contoh “aduhhh, cantiknyaa baju kat kedai tu tadii.. kenapa laa aku x beli tadii.” “Waduhhh, ganteng bangett priaa itu. Putra siapa ya?” Ada yang siap mengambil hawa nafsu sebagai tuhan. Contoh, di sebuah pulau ada yang menyembah replika kemaluan lelaki.

  1. Ajakan Syaitan. Ciri2 syaitan ialah membisikkan kepada hati manusia (rujuk tafsir fi zilal surah An Nas) Bisikannya terkadang mengajak kepada hasad. Terkadang mengajak kepada permusuhan. Terkadang kepada rasa tidak cukup. Terkadang kepada rasa malas dan jemu. Syaitan telah bersumpah di hadapan Allah untuk memporak porandakan manusia. Supaya dapat join the club dekat neraka nanti ;) Bagaimana sih mahu menepisinya? Mohon pertolongan Allah. (rujuk surah An Nas ayat pertama)

  1. Orang yang jenis keras hati. Contoh kisah satu orang tua yang tidak mahu memberi laluan kepada Rasulullah di suatu lorong, walaupun telah diminta oleh anaknya. Terkadang orang jenis ini melakukan maksiat kerana dicabar, oleh sebab perasaan tidak mahu kalah.

Gabungan kelima lima sebab di atas akan menyebabkan seseorang itu melakukan maksiat tanpa merasakan bersalah, jauh daripada perasaan kasihan.

  1. Ada peluang. Tak nak buat pon, tapi ade peluang buat, buat je lah. Jadi dalam Islam tidak boleh bagi peluang dan ruang untuk maksiat. Sebab tu Islam suruh tutup aurat dengan sempurna. Jangan pakai terbelah2 atau ketat. Orang yang pakai pakaian terbelah lebih merangsangkan daripada orang yang tidak berpakaian. Ada unsur suspen di situ. Sebab tu banyak berlakunya zina. Sebab banyaknya peluang untuk membisakan kita melakukan zina. “Fitnah itu tidur, Allah melaknat siapa yang mengejutkannya.” Jadi, jangan bagi orang peluang untuk membuat maksiat. Contohnya jangan meninggalkan laptop dalam kereta tanpa berkunci. Salah kita tu. Contoh lain, facebook. Menayang macam macam gambar dekat situ.

  1. Bi’ah (suasana sekeliling). “Seseorang itu akan terpengaruh dengan agama orang yang berada di sekelilingnya.” Siapa kawan2 anda?


Namun melihatkan situasi hari ini, penyelesaian mudah untuk semua ini adalah dengan memastikan bahawa diri kita sentiasa mendapat didikan agama yang berterusan (tarbiyah) melalui usrah dan halaqah. Apabila menyertai usrah, insyaAllah sekurang kurangnya akan ada orang yang mula concern akan perlakuan kita. Baik murabbi kita mahupun rakan seusrah. InsyaAllah sedikit sebanyak dapat menghindarkan diri dan merubah diri kita untuk benci kepada maksiat.
__________________________________________________________

wallahualam.

Friday, June 29, 2012

Ghurabaa'


(a precious lyrics yet a motivation to those who fight in His way)

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)

They who before this was a ghurabaa' in their land, now alhamdulillahi taala, can make a daulah. Verily, all victory is from Allah, the only lord of the entire world.

Peace.

Tuesday, June 26, 2012

Butuhkan Rijal Rijal

Dewasa ini dunia menyaksikan gelombang kebangkitan Islam di serata dunia. Baik di Shams, Mesr, Tunisia, Suriah dan sebagainya. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia.

[Brother in Mesir]

Namun di sebalik kegembiraan semua ini, masih banyak kerja yang perlu kita lakukan. Kerja untuk mentarbiyah individu individu muslim di luar sana. Kerja untuk menyelamatkan mereka dari curang api neraka kepada keindahan jalan Allah. Kerja untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya Islam yang terang benderang. Dan kerja untuk tampil ke muka untuk membasuh daki, lumpur kejahilan saudara saudara kita kepada kebersihan dan kemurnian Islam.

Makanya oleh itu, kita butuhkan rijal-rijal yang kental
Rijal-rijal yang tidak mudah leka.
Rijal-rijal yang tidak mudah lalai.
Rijal-rijal yang kuat semangatnya.
Rijal-rijal yang mempunyai iman yang amiq.
Rijal-rijal yang kerjanya daqiq.
Rijal-rijal yang amalannya mutawassil.
Rijal-rijal yang izzah akan agamanya.
dan pastinya rijal-rijal yang tidak mudah dihanyutkan oleh arus perdana dunia.



Bukannya rijal yang mudah melatah.
Bukannya rijal yang mudah mengeluh.
Bukannya rijal yang manja.
Bukannya rijal yang masih culas bergerak.
Bukannya rijal yang hanya mengharapkan kemanisan ukhuwwah semata mata
Bukannya rijal yang juga terhanyut dengan arus dunia.
Bukannya rijal yang mementingkan perkara yang furu'
Bukannya rijal yang masih melayan cintan cintunnya.
Bukannya rijal yang hanya memikirkan baitul muslim setiap masa dan ketika.
Dan bukannya rijal yang menganggap agama ini agama ajaib.

As Sheikh Al Kabeer Al Ustaz As Syahid Al Imam Hassan Al Banna pernah satu ketika berkata, ketikamana Ikhwanul Muslimun menghadapi konflik pada satu ketika dahulu (lebih kurang) :

" Musuh kita bukanlah Jamal Abd Naseer mahupun kerajaan mesir, tetapi musuh kita ialah kuasa imperialisme barat dan kelalaian diri kita sendiri."

Masyallah brotherrr, musuh kita sebenarnya ialah diri kita yang lalai rupa-rupanya.[T__T]

wallahualam.

_________________________________________________________________________________

[Kita mengimpikan untuk menjadi hebat seperti sheikh ini. Walaupun berada di atas kerusi roda tetapi menjadi sasaran musuh-musuh Allah. Wah, cool bukan! Walaweh!]
Mari menjadi syadid!!

Saturday, June 2, 2012

Kalimah Allah Pada Pokok, Ikan, Lembu, Awan, Etcetera




P.R.E.C.A.U.T.I.O.N: 
Penulisan ini akan terasa zuuuuppp nyer ke dalam hati seandainya kita rujuk pada Quran poket kita. So, sebelom bace, amik Quran masing2 awal2 ea..
\(^_^)/


------------------------------------------------------------------

A: MasyaAllah!!
B: Apesal?

A: Ni, cuba tengok nih. Pokok-pokok ni membentuk kalimah Allah dan Muhammad.
B: Mane?

A: Ni, cuba tengok betul2 susunan pokok ni, hebat giler. Jadi kalimah Allah Muhammad.
B: Astaghfirullah.. ini mantap sangat seyh. 
 

Dan selepas itu, laju butang 'Share' di fb ditekan, disebar kepada sahabat2.

------------------------------------------------------------------------------

"Wuish, dahsyatnyer ikan nih. Ada jelas kalimah Allah di situ!"
, terpegun seorang anak muda yang sedang melayari internet setelah terjumpa gambar kan yang mempunyai sisik yang membentuk kalimah Allah.
              
                

"Eh, sarang lebah ni menyusun perkataan Allah dan Muhammad. Mesti penternak lebah ni seorang yang beriman giler.", fikir seorang Facebooker.

"Subhanallah. Neil Amstrong mendengar laungan azan masa ekspedisinya ke bulan masa tahun 1969."


Dan banyak lagi kisah-kisah yang sama waktu dengannya yang terpampang di dada akhbar, yang terpampang di skrin komputer. Walau skrin monitor itu telah berubah dari zaman komputer sebesar almari, hingga ke zaman skrin komputer itu boleh dimasukkkan ke dalam poket seluar jeans kita sendiri. 


---------------------------------------------------------------------------------------

Antara benda yang agak merugikan sedang melanda umat islam hari ini, khususnya bumi Malaysia sendiri, adalah ke-obses-an kepada perkara2 ajaib dan 'mukjizat' yang berkaintan dengan kalimah Allah, kalimah Muhammad, dan lain-lain lagi. 

Rugi.
Sebab apa rugi?

Seandainya kita hanya menjadikan diri kita semakin beriman kepada Allah dengan melihat kepada perkara-perkara ajaib untuk menambahkan keimanan, maka apakah bezanya kita dengan umat-umat terdahulu?
Bani Israel khususnya. 

Dan bila dirujuk pada satu ayat al-Quran, kita akan dapati bahawa ini bukan benda baru, bahkan telah zaman-berzaman manusia mengharapkan perkara-perkara ajaib untuk menambahkan keimanannya pada Allah.

"Dan ingatlah ketika kamu berkata, "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan jelas," maka halilintar menyambarmu, sedang kamu menyaksikan."(Al-Baqarah 2:55, page 8)

Ayat ni imbas kembali permintaan Bani Israel kepada Nabi Musa a.s semasa Musa membawa ajaran Allah kepada mereka. So, nampak tak? Andai kita menunggu perkara2 ajaib untuk menambahkan keimanan kita, maka sama ajer keimanan kita dengan keimanan Bani Israel. 

Sedangkan Allah dah bagi secepuk kat atas dahi kita dalam surah Az-Dzariyat.

"Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"(Az-Dzariyat 51:20-21, page 521)


Allah SWT menyuruh manusia melihat ,berfikir & mentadabbur alam ...seperti Langit ,Gunung2 , Siang dan Malam , Bulan Matahari, binatang tumbuhan etc...supaya manusia dapat mengenal kehebatan Allah ,meningkatkan keimanan...

Tetapi ade manusia yg suka kepada fenomena2 pelik seperti Kalimah Allah pada badan binatang , pokok kaktus , ikan etc ...Adakah fenomena ini dapat meningkatkan keimanan?? Atau sekadar pelik bin Ajaib??

Dan atas pemikiran ini yang mendominasi kita di Malaysia hari ini, maka tak hairanlah pekerjaan sebagai wartawan majalah Mastika tak pernah hilang peluang pekerjaan..
Tak hairan majalah Variasari itu tak pernah muflis dalam cetakan mereka..

Semuanya hanya kerana sindrom malas berfikir yang wujud dalam diri kita hari ini. 

"Sungguh pada penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang MENGINGAT ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka MEMIKIRKAN tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."(Ali-Imran 3:190-191, page 75)

Cuba rujuk Quran masing2, tengok bahasa Arab, Allah guna 'Ulul Albab' pada penghujung ayat 190, yang bermaksud golongan yang berilmu dan berfikir. 

Kan penciptaan siang dan malam, langit dan bumi itu tanda kebesaran Allah bagi 'orang2 berfikir'?
Ulul albab..

Kita jadi malas berfikir, hanya tahu nak tengok benda 'ajaib' benda mukjizat...
Yang jadi, bukan generasi Ulul Albab, tapi generasi geng penghuni gua jin Ahmad Albab citer P. Ramlee, pernah tengok? Movie pe dah?? Tak ingat..

Pemikiran camni bukan isu baru era abad 20 atau abad 21, tapi memang dah ada sejak dulu lagi..
Tak cayer?
Bukak quran, rujuk surah al-Isra', alahhhhhh, surah yang femes dengan ayat "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang lucah dan buruk."(Ayat 32 surah al-Isra')

Ok, berbalik kepada perkara asal. Dalam surah al-Isra':

"Dan mereka berkata, "Kami tidak akan percaya kepadamu (Muhammad) sebelum engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami..Atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu engkau alirkan di celah-celahnya, sungai yang deras alirannya...Atau engkau mempunyai sebuah rumah dari emas, atau engkau naik ke langit. Dan kami tidak akan mempercayai kenaikan mu itu sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab untuk kami baca...Katakanlah (Muhammad), "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini HANYA SEORANG MANUSIA MENJADI RASUL?"(Al-Isra' 17: 90 - 93, page 291)

Orang Quraisy zaman Rasulullah SAW pun gedik giler, mula2 mintak nak tengok harta Muhammad SAW dulu, pastu mintak grand2 sikit, nak tengok rumah dari emas..
Pastu dah mula mem-'babeng'-kan diri, mintak Muhammad SAW jadik Superman lak dah, naik ke langit, bawak turun kitab sebijik~~
Duhhhh!!!

Siyers ayat ni epic!!
tengok apa Allah ajar kat Muhammad cara nak jawab kat depe yang tak caya Muhammad itu rasul...
Rujuk ayat 93, dekat hujung2 tu, Allah suh Muhammad SAW sebut "Subhana Rabbiii..".
Terkedu dengan permintaan bengong sedemikian~~

Dan balik pada diri kita supaya membumi dengan apa yang ditulis ini. Kita pelajar medik, lagi senang nak tengok keajaiban apa yang Allah buat..
Sia2 kita hafal palmaris longus, lengkap insertion dengan origin, innervations lagi, function pulak, tapi tak mampu menambah keimanan kita..
                                        

Pernah kita terfikir, kita baru fikir dan gerakkan jari, baru nak perform medial adductor kat wrist, tiba2 dah jadi..
Rasa nak gerak kaki, terus gerak, tak lewat sesaat, tak awal sesaat.. Betapa dalam diri kita sendiri Allah cipta sebaik-baik kejadian..
Tak perlu sampei nak bedah tengok susunan jari kita yang lima membentuk Alif Lam Lam Ha, Allah~

InsyaALLAH..
Semoga ilmu kita makin menambahkan keimanan kita, bukan makin menjauhkan diri kita..
Nazubillah~

TTTTTT_______TTTTTT


-Abe Am Olomouc-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...