About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Monday, December 27, 2010

Azam 2011


Azam? poyonya.. Ish2, cakaplah ape2 pon, nak buat azam jgak sbb sebelum nie x pernah buat azam tahun baru pon.. hehe XD

Azam 2011:

1) Pertingkatkan iman dan amal.
2) Perbaiki dan jaga ukhwah sesama keluarga dan rakan.
3) Menjadi lebih rajin dalam membuat assignment dan kerja2 harian.
4) Tidak menangguhkan kerja seperti sewaktu sem 1.
5) Memahami subjek dengan lebih baik.
6) Score test dan exam.
7) Menjadi kebih aktif dan proaktif dalam setiap perkara.
8) Melakukan sesuatu dengan ikhlas dan seronok.
9) Buat Hospital Attachment x kira ape2 aral melintang. Kalo susah sgt nak deal ngan orang lain, buat sorg2 pon tak pe.
10) Cakap bila perlu. Kurangkan aktiviti mitochondria kat mulut.

Sunday, December 26, 2010

Uneven pupil is caused by:




Uneven pupils or mydriasis is caused by:

1) Eye medication
-Some eyedrops cause pupils in ones eye to dilate more than other.

2) Plants
-Brugmansia plants which are poisonous. Found in parts of America.

(*Brugmansia plant or Angel Trumpet)
-Neurological disorder.

-Accident. Need to be taken to ER immediately.

5) Tumors
-Brain tumor. Uneven pupils, followed by several headache.

6) Nerve damage
-Nerve that run from the base of the brain to other parts of the brain are susceptible to damage by injury.


Save lives. Act immediately.

Tuesday, December 21, 2010

saat langit berwarna merah saga~


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksan
a puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmuKetika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjua
ngan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam
cinta-NYA


Merah saga merupakan lagu yang disampaikan oleh kumpulan Shoutul Harakah untuk memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang adik2 dan abang2 kita di Palestina. Memang menyentuh hati apabila melihat keberanian mereka dalam video tadi. Si Yahudi guna senapang tetapi saudara kita hanya guna batu. Wow! Hebat betul iman dan aqidah mereka kan. Pegangan dan fahaman mereka pon mesti mantap.

Antara yang menarik ialah apabila seorang tu cakap dia rela ditembak mati oleh Apatche drpd cardiovascular disease. Kenyataan tu menunjukkan betapa org Islam dkt sana langsung x takut mati. Cuba bayangkan satu hari nanti Malaysia vs Singapura. Bukan lawan bola sepak, tapi perang betul. Singapore siap dengan jet canggih diorg tapi kita rakyat biasa ni nak guna ape je. Berani x kita melawan time tu. Ish3, lemahnya iman kitaa berbanding saudara kita kat Palestina tu kan.
(*boeing AH-64A Apache)


Tulah sebenarnya beza antara org Islam dan kafir. Kita hidup untuk mati, tapi diorg hidup takut mati. Pernah sekali saya terbaca artikal yg menyatakan antara sebab barat menentang penubuhan ketenteraan kerajaan Islam adalah kerana sebab ini. Kerana mereka takut menentang tentera Islam yang sedikitpun tak takut mati. Sebab tu ada orang yahudi (tak ingat nama sape) cakap, "kita tidak akan dapat menang berperang dengan orang Islam. Jadi, kita kerana merangka pelan dan dokrin baru untuk menjatuhkan mereka." Sejurus itulah wujudnya hiburan, media keterlaluan, teknologi khayalan, etc.. Tapi tak pe, kita gunakan benda tu semua untuk menentang mereka balik. Kita boleh gunakan alat2 tu untuk satukan umat Islam seluruh dunia. InsyaAllah :)



Monday, December 20, 2010

Alkisah akal dan nafsu~




Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. (*petikan I <3>

Jadi jelaslah sebab mengapa Allah meletakkan berbagai2 peraturan kepada lelaki dan perempuan yang mana tujuannya untuk mengekang nafsu ini. Antaranya, Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30;

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

dan juga dalam ayat berikutnya;

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Wahhhh, macam2 Allah suruh kita buat kan. Tutup sana, tutup sini, jaga sana, jaga sini. Ish3, leceh betullah. Hmmm, tapi leceh2 pon bersebabkan.
Dan sejurus apabila kita alpa akan firman Allah, maka syaitan dengan gembiranya akan membelai dan merangsang nafsu kita untuk melawan akal fikiran kita. Itulah sebabnya berlaku berbagai2 kes dan social ill sekarang ini.

Jadi;

tugas kitalah untuk menyebarkan berita ni dekat orang lain. Apa yang kita harap dari orang lain kalau kita yang dah tahu pun masih melanggar suruhanya kan? Jadi, nak tak nak kita kena buat dan ajak orang laksanakan suruhan ni sekali.

Tapi, sebelum tu;

Saya tertarik dengan satu isi (@pandangan) dalam satu sesi ceramah di Kolej Mara Banting (saje nak promote kolej.. hehe) Pada malam Jumaat tu, ada seorang hamba Allah ( tak ingat nama dan jawatan die ape), die cakap tentang social ills yang berlaku sekarang. Buang bayi, rogol, zina, liwat etc.. Dan dia menyatakan ketidaksetujuannya kepada beberapa pihak yang mengimplementasikan beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Baby Hatch, Sekolah Hamil, Kondom free, what else. Dan masalah ini tak sust, malah bertambah.

Tambahnya, sebenarnya cara penyelesaiannya mudah dan memang terpampang depan mata kita. Ya, surah an-Nur tadi sudah menjelaskan. Masih ada lagi beberapa dalil dalam kitab suci al-Quran yang memberikan cara yang relevan. Ibaratnya, ada orang yang melombong di hulu sungai hingga menyebabkan air keruh. Tetapi kita sibuk menapis di hilir sungai untuk membersihkan air itu. Baik kita hentikan perlombongan dekat hulu sungai tu terus. Lebih mudah dan selamat.

(ok2, dah jauh sgt dari topik ni)

Jadi berbalik kepada cerita akal dan nafsu tadi, jom kita tanya diri kita "Siapakah kita, siapakah Dia?"

Kisah Hari Sabat~

Alkisah inilah cerita orang dahulu kala, hikayat namanya, di sebuah negeri di tepi laut yang indah-indah belaka. Tersebutlah orang, negeri itu diberi nama Eilah adalah juga. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkan ceritera nama melainkan pendeta yang bijaksana lagi mulia.

Tersebutlah firman Allahu Ta'ala, yang melarang penduduk Eilah kesemuanya bekerja dan mencari rezeki adanya, pada hari Sabat adalah juga, melainkan beribadah sepenuh masa sehari purnama. Maka kesemua rakyat jelata taat dan patuh pada perintah Tuhan yang Esa kerana takut ditimpa seksa yang maha dahsyatnya.

Arakian setelah lama masa berlalu, ikan-ikan di lautan tiada timbullah jua, melainkan pada hari Sabat setiap masa. Rakyat Eilah bertapak-tapak ke rumah ibadah terlihatlah juga gerangan ikan-ikan yang gemuk dan sihat belaka, melompat-lompat kegirangan ria. Maka kempunanlah juga mereka, terleleh air liur membasahi muka, dek tidak merasa kelazatan ikan Eilah adanya.

Tersebutlah perkataan sekumpulan pemuda, yang tidak menahan melihat riang rianya ikan-ikan Eilah di perairan, lantas memikir rancangan terlalu amat licik perinya.

"Ya kita semua menanggung ini bersama, setiap pagi Sabtu sebelum rahib bangun ke kuil memuja, kita dahulu ke tepian pantai memasang jala. Terbit sang suria penyeri alam buana, kita pantas bersama mereka pergi memuja Tuhan yang Maha Pencinta. Maka sebelum sang suria melabuh punggungnya, kita ke pantai semula menarik jala, pasti labanya terlalu amat berharga! "

Begitulah peri jahatnya rancangan mereka, mahu persenda Tuhan yang Esa. Lupakah mereka Tuhan yang Esa itu Maha Mengetahui lagi Melihat segala dosa noda mereka?

Arakian rancangan mereka berjalan lancar, sebagai tanda Tuhan menguji iman di dada. Saban Sabtu mereka berbuat onar, tatkala penduduk Eilah taat menyembah dan memuja. Sayugia mereka mendapat laba yang besar, sehinggakan penduduk Eilah menjadi curiga semuanya. Masakan mereka menangkap ikan-ikan di lautan sementelah tiada lagi ikan melainkan pada hari Sabat juga?

Maka sekumpulan manusia yang takut seksaan Tuhan menimpa, menasihati pembuat dosa dan noda, seraya berkata:

"Bertaubatlah wahai manusia, sedangkan pintu taubat itu senantiasa terbuka. Bertaubatlah wahai manusia, sebelum ajal datang menyentap jiwa. Bertaubatlah manusia, sebelum kau terlambat sesal tidak berguna!"

Sedangkan nasihat mereka tidak diendah, hatta dicaci dan dimaki jua adanya.

"Wahai bodoh juga kamu semua, masakan kami melepaskan pekerjaan yang mendatangkan keuntungan berganda..?"

Alangkah masygulnya hati, berduka lara dihamun sedemikian rupa. Arakian terlalu bersungguh juga hemat mereka, berputus asa bukan pilihan, sehinggalah semuanya tunduk pada Tuhan yang Esa. Maka mereka terus melarang jua, adapun nasihat mereka tidak diendahkan sama.

Tatkala itu, muncul pula sekumpulan manusia, memarahi dan mencerca:

"Wahai manusia hamba Rabb yang Berkuasa! Masakan kamu semua bahalol semuanya, tidak menggunakan akal di kepala? Mengapa mahu berjerih-perih menasihati mereka, adapun neraka jualah tempat mereka semuanya? Mengapa perlu berlelah letih melarang mereka, adapun Tuhan pasti akan mengazab mereka jua adanya? Pedulikan mereka semuanya! Ayuh kita kembali taat padaNya, pemilik kerajaan langit dan bumi, neraka dan sorga!!

Arakian naik murkalah Tuhan langit dan bumi, kerana penduduk Eilah membiarkan maksiat berleluasa melainkan sedikit sahaja. Lantas diturunkannya azab dan seksa, tiada siapa yang terlepas melainkan sedikit sahaja.

Penduduk Eilah yang menjala pada hari Sabat mulia, semuanya bertukar menjadi kera yang hina. Kelak tatkala mereka semuanya menghadap Rabb yang Esa, di alam akhirat yang tidak pernah tua, mereka diseksa berulang kali tiadalah peri belasnya.

[Kredit Gambar]
Adapun sekumpulan manusia Eilah yang takut akan seksaan TuhanNya, mereka terlepas jua daripada seksaan keras neraka durjana. Itulah balasan Tuhan yang Pengasih, kepada mereka yang di dunianya melarang dari maksiat berulit noda.

Sedangkan manusia tolol yang melarang dari ayat-ayat TuhanNya, sayugia mereka juga dihumban ke dalam neraka terlalu amat peritnya, hatta melecur terbakar mulut dan hati yang ingkar kepada perintah yang mulia. Demikianlah akibat manusia yang keras kepalanya, busuk hatinya, adapun berat menjadi saksi ke atas kebenaran yang nyata.

Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada azab api nerakaMu! [Kredit Gambar]

Demikianlah alkisah penduduk Eilah adanya, kisah kitab suci yang benar-benar belaka. Menjadi pengajaran berguna hendaknya, buat manusia alam buana, agar sentiasa ditanam di jiwa, kebenaran itu wajib jugalah disaksikan sebegitu rupa.

***

Kisah penduduk Eilah ini terkandung dalam surah al-A'raf, diceritakan melalui empat ayat ringkas bermula daripada ayat 163 sehinggalah ayat 166, juga di dalam surah al-Baqarah, ayat 65 dan 66.

Pengkisahan semula kisah mereka seperti di atas adalah berdasarkan kreativiti penulis semata-mata, dengan harapan pembaca akan lebih terkesan apabila membacanya.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang meyembunyikan kesaksian yang telah diberikan Allah kepadanya?"
al-Baqarah, 2:140


Allahu A'lam. Moga mesej yang cuba hendak disampaikan berjaya meresap ke dalam jiwa. Dan moga kita semua akan menjadi saksi yang benar sebenar-benarnya di akhirat nanti..

Tuesday, December 14, 2010

Ar-Rahman; Ar-Rahim


Sahabat seakidahku sekalian, marilah kita sama2 berpesan2 ke jalan Allah, sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah al-Asr.

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Dalam kita meniti kehidupan ini, sudah semestinya kita melakukan berbagai-bagai jenis dosa. Amat mustahil jika kita katakan dalam sehari kita tidak melakukan apa-apa dosa kerana dalam dunia yang serba canggih ini, bermacam2 perkara dapat kita lakukan dengan pantas.
Ini secara tak langsung membuatkan masa kita itu lebiiiiih panjang berbanding dengan orang pada zaman dahulu yang mana mereka hanya dapat melakukan beberapa perkara sahaja salam sehari.

Dalam Islam, tiada jalan tengah. Apa2 yang kita lakukan itu pastinya samada menjurus ke jalan makruf atau jalan mungkar. Dan setiap yang kita lakukan itu mendapat balasan samada pahala atau dosa. Mari kita berfikir dan merenung sejenak. Berapa lamakah kita luangkan masa untuk kita menghampiri jalan yang makruf itu? Ya, solat dan berzikir. Tetapi, memadaikah? Berapa sangat sahaja masa yang kita gunakan ke arah perkara makruf. 120 minit sehari? Cukupkah untuk kita berbangga dengan 120 minit itu ataupun lebih tepat 8.333333333333% daripada hari kita?

Amat sukar untuk kita mengelak daripada dosa lagi2 pada zaman yang dikemudi oleh orang barat. Apabila perkara lucah dan zina menjadi bahan bualan dan ketawa, apabila penceraian menjadi tajuk berita, apabila bunuh membunuh terjadi begitu sahaja, apabila kandungan minuman dan makanan itu tidak diambil kira, bisakah kita mengelakkan diri daripada dosa?

Iman kita tak akan mampu selamanya untuk menjaga mata, tangan, hati dan anggota kita kerana iman ada pasang surutnya. Dek kerana ini, ramai yang berputus asa untuk terus berada dijalan Allah dan menyahut seruan Allah dalam surah Al-Asr itu tadi.

"Aku tak layak nak nasihat orang. Aku banyak buat dosa."

Itulah antara perkara yang kita harus lupuskan dalam kotak pemikiran kita kerana kita harus sedar bahawa Allah itu AR-RAHMAN, AR-RAHIM. MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG, MAHA PENERIMA TAUBAT yang mana maksud sebenarnya lebih jauh daripada perkataan bahasa melayu itu sendiri. Justeru, saya menasihatkan diri saya dan akhi sekalian, sama2lah kita memohon keampunan kepada Allah sejurus selepas kita sedar daripada melakukan dosa.

Astagfirullah hal azim 3X. sentiasalah kita beristighfar kepada-Nya. Tak susah bukan, depan TV pon boleh beristighfar.

Ya, kita seorang diri memang tidak sempurna tetapi kesempurnaan itu dapat dicapai melalui kerjasama dan ukhwah dalam persaudaraan sesama kita.

Justeru, marilah bersama2 kita berpesan2 dan mengajak rakan2 kita ke jalan makruf agar tertegaknya syariat Islam. Sanggupkah kita hidup dalam dunia-konspirasi-dan-fantasi-acuan-barat yang menindas umat Islam yang betul2 islam ?!


Wednesday, December 8, 2010

New Lappy :)



I got my own lappy after months using my mum's.
Mum and dad help to search the best for me, with limited bucks of course.
Albeit I wasn't there the moment they bought it, but I was grateful because I have mum and dad who're willing to spend their precious time for their pity children :)

I'll make full use of it. InsyaAllah~

Monday, December 6, 2010

Note.

a note to myself.

Sem Break arrived.

A break from going to class and bundle of assignments. Fuh -.- What a relief.
Lagi2 lpas exam sem 1 yg 'boleh la'

Whatever it is, a holiday doesn't mean a complete break from study and assignment.
Yes, they are still there.

So, just as reminder in case I overjoyed myself:

1) Take a good care of your prayer time. 5 times a day.
2) Complete your assignment; chem, malay a1, n business.
3) Hafazan surah an-Naba' till ad-Dhuha.
4)Reduce time to play games and sleep =.=
5) Avoid doing work alone.
6) Reflex based on sem 1 performance and find new ways to study.
7) Always help parents and siblings as there is still time being together.

Sincerely,
ammar bin adnan.

Friday, November 26, 2010

open our eyes, our heart, our minds.




Assalamualaikum dear muslim :)

One day, I was browsing through Facebook and I come to meet something interesting.
One of my friend on Facebook express his feeling. Ya, I know it is not wrong but the issue he argue about is unique.

He asks that why some humans use 'ana' to address themselves to other human but in contrary, they address themselves 'aku' to Allah. (In term of Bahasa). He see that this is an example of hypocrite due to the usage of the language to the different type of audiens. Even to Allah we say 'aku', why to human we say 'ana'!

This is the issue he argues about and he receives many comments. Both supporting and criticizing. Sometimes, it makes me smile at the fishy statement and make me wonder that this is one of the problem faced by ummah.

Why we have to keep up with small matters instead of other important things. I think that this is just a piece of matter that have no worries. It is better to argue other thing that is more significant such as, "How to reduce the crime rate and social ills such as zina, rempit, ..... Does it has correlation with al-Quran and Sunnah?" Or perhaps, "Why do Allah create various of language?"

Lets open our eyes, our hearts, our minds~

Thursday, November 11, 2010

sleep. WHY?

WHAT?
Sleep is naturally recurring state characterized by reduced or lacking conciousness, relatively suspended sensory and non-motor activity - inactivity of nearly all voluntary muscles.
It is distinguished from quiet wakefulness by a decreased ability to react to stimuli, but it is more easily reversible than hibernation or coma. Sleep is a heightened anabolic state, accentuating the growth and rejuvenation of the immune, nervous, skeletal and muscular systems.

FUNCTION?
1.Restoration
2.Memory Processing
3.Preservation
4.Ontogenesis


HOW LONG DO YOU SLEEP?
Different person has different hours of sleeping. Basically, children needs more sleep per day in order to develop and to function properly.

Ok, assume that you're 20 years old man and all this while, you sleep 6 hours per day.
6 hours per day means that 1/4 of the day and in term of your age, it is 1/4 of your lifetime.
How long has you sleep?

1/4 x 20 years = 5 years.

WHY DO WE SLEEP?
Is it because of the biological cycle that naturally occurs to all mankind?
You hear music, close your eyes at midnight and wake up at 6. Is that all?

SUGGESTION?
Why don't before we sleep:
1. Take ablution.
2. Perform Witir even 1 rakaat.
3. And if we don't afford and don't have time, let's just correct our intention. Make it because of Allah and it'll be an ibadah. InsyaAllah, it is worthwhile. So, we won't waste 1/4 of our lifetime for nothing.

:)

Wednesday, November 3, 2010

salahuddin al ayubi

Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah tersenyum. Seorang hamba Allah pernah bertanya,"wahai Salahuddin, mengapa engkau tidak tersenyum?" Dia menjawab,"Manakan aku akan tersenyum tatkala Baitul Maqdis masih di bawah tawanan kristian."

Itulah Salahuddin. Lihat peribadinya. Memikirkan ummat yang berada dalam kesusahan ketika itu. Persamaannya adakah terletak pada diri kita wahai muslim dan mukmin? Kini, Kashmir, Palestin, Iraq, Lubnan dan sbg masih dalam kepayahan. Tetapi, kita bersenangan makan dan minum dan sesekali berhibur di bumi Malaysia ini. Sekadar renungan bersama. Mungkin kita tidak mampu membebaskan kesemua wilayah Islam yang berada di bawah jajahan jahiliyyah tetapi percayalah bahawa kemampuan kita lebih daripada apa yang kita sangkakan. Percayalah bahawa yang membataskan kemampuan kita itu ialah kesenangan dan kelekaan dunia yang dicipta oleh jahiliyyah. Mari kita membuka mata. Sebarkan kalimah syahadah selagi mata masih celik, jantung masih berdegup. Wallahualam.

Wednesday, September 29, 2010

guess it.

hey man, i've landed home.
this was my first time experiencing it alone.
it's awesome!
guess it, could you??

I hope i'll experience more so that i can see every corner of the world within my small eye.

Wednesday, September 15, 2010

Raya!~

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin !~

To: family members and relatives, friends and teachers at SK Senai, SK Senai Utama, SMK Bandar Putra, SM Sains Johor, SBP nationwide n MARA College Banting.

Let's blast the day with laughter of joy =)

*sorry for the late wishing. haha XD

Friday, September 3, 2010

Girls' Couch

Hye everyone =) Today is Friday and it is a day when most of Malaysian students either primary, secondary or university students return to their lovely hometown. I was also a part of it, but what makes me different from others is that I didn't returned to Kulai. As I am typing right now, I was sitting on a cosy chair, under a medium-spin fan, right in front of my Compaq laptop. Where is it? Actually, I stay for a night at my brother's apartment that is Kolej Kediaman UITM kampus Sg. Buloh. He reads medicine and he is a third year student which mean that he is doing his clinical in Sg. Buloh Hospital.

This evening, approximately at 1530 hours, my brother drive his friend and me to Sg. Buloh KTM station and there, we ride a commuter. The destination of this journey is Sogo KL. Don't ask why we go there because the answer is obviously shopping for Eidul Mubarak! But, that wasn't the main point.

The main point is I was amazed by a new commuter system (for me, maybe not for you ;D ) Just this evening I witnessed that there is a couch specialized for girls. It was the middle couch. For that girls-only couch, only girls are allowed to get in there and surely no boys! Wow, tremendous! In my opinion, I think that this is a wise action taken by the administrative because by doing so, it can help the girls a lot in term of privacy and security. This will prevent more crime cases such as preventing violates woman's dignity,pick pocketing, and many more. This will resulted in more harmonious life for woman especially.

Last but not least, I fully suggest that such way is implemented to more public transportation system in Malaysia, and if possible in the world. This will eventually diminish the crime rate and produce a harmonious life amongst Malaysian society and thus, increase the productivity of country and ummah.

Monday, August 23, 2010

money $$

Its have been 2 month here and i haven't gone home yet..
frankly, it's pretty boring because i do almost the same thing..
lab report, CAS, presentation, SPR, GNCC, lab report, CAS, presen......
It's almost like the same..
huhh, i think that i have to join another club so i won't get extremely boring..

actually, i want to have a stroll around KL,
or watch movie at Alamanda, but..
i don't have much time and money..
i'm waiting for the scholarship money..
The moment its in the CIMB account, i'll make full use of it..
hoho..
i'm thinking of treating other, especially those disabled people at PDK Telok Datok..
The money isn't mine anyway, it's the society money in the form of taxes.. am i right??

Huhh, now i realise the importance of money and the difficulties of life without money..
its not appropriate you know to borrow money from other but when in desperate, we have to do so..
But still i'm grateful for what i have right now..

Thanks to Allah who doesn't ask me to pay for the air, the fresh water, the sunlight, the greenery, the soil i stand on, the sky i dream on, the wind that cools me and many more..
Subhanallah, Ar- Rahman, ar-Rahim..

even in Surah ar-Rahman, Allah repeated:
"Then, which blessing of your Lord will you both (jinn and men) deny??"

Sunday, August 8, 2010

L I F E

Yeahh.

Life getting pretty harder.
Time oscillate slower.
Assignment mountains up.

That what an IB student learn to do!~

Sunday, July 18, 2010

Rehlah 1

Activity: Rehlah @ Recreation
Venue: Taman Botani, Putrajaya
Participant: Interested Year 1 and Year 2 KMB student + ex-KMB student

Wow, it was really an exciting programme. As it was conducted by ex-KMBian who are currently pursuing their study in overseas ; RCSI, UCD, UCC, TCD Manchester University, etc - we all especially year 1 student got really excited to hear their exciting experience. Anyhow, there is rehlah 2 which will be posted later.
Rehlah 1 is more like taaruf or ice breaking to each of us. We got to know each other by playing games and share stories.








A 114


Huhu. Hye. This is my room @ A114 in MARA College Banting =)

And beside me is Razin from SBPI Kuantan. A very happy-go-lucky man.

I've have renovated my room recently but i didn't manage to snap a picture.

The new design makes the room more spacious and tidier. I'll upload it later.

Huahaha ;)

Saturday, July 10, 2010

friendship

Friendship isn’t something that we can get from books.

neither manga or mr. google,

Experience; that is what really has connection with friendship.

You may know the face of people through your eyes, but still,

to know people to the root means to look them by your heart.

Time; that’s what makes up experience.

Life sometimes can be experimented by expressing hypothesis.

The longer you life, the more experience you’ll get.

The more experience you share, more friends approach to you.

The more friends you have, happier you’ll be.

Anyhow, friends are not those who walk behind you,

neither in front of you,

It is someone who accompany you; just beside you,

either under the blazing rays of sun or even when the light escaped throughout universe, leaving the earth fading.

This is really what we call F.R.I.E.N.D !

Guys, you should know that to friend with me really means to become my friend till death.

If possible, the afterlife. InsyaAllah.

That is what U.K.H.W.A.H really are.

Sunday, June 20, 2010

T.T time for college T.T



Hye guys. I know a lot of you had move on to university and etc.
Yeah, this time, it's gonna be mine.
For your information, tomorrow I'll move to Banting.
The registration at Mara Banting College is on Tuesday but I have to get there one day earlier right.
T.T It's some sort of sad to leave home for college but i know i have to do so as it is a part of my life.
Speaking about Banting Town surely freaking me out.
My brother and other people always said that the college was located far far away from urbanisation.
What does this mean??
Answer = I can't enjoy like other people do. Like in Pasum, they can go out every night. In KYUEM, you life in chalet. Tremendous!!

But, does it all bad. I say no.
You know right that Mara Banting College is organizing International Baccalaureate programme which is much more difficult than A-Level or Ausmat *credit to Amirul Ikhwan n Amirah Adilah ;)
So for me, the place is kinda strategic for the IB students.

Less enjoy = More study. haha, what a equation.

Whatever it is, life must be go on. Don't think much about other, it is ourself that more important. Right.
Although the english proverb say that :
All study and no play makes Jack a dull boy but, too much play can ruin the pay.

and i think i should pen off now.
Surely it'll be ages for me to update this blog later due to the time schedule served by IB.
stop facebook-ing, go packing, start studying
That exactly what kak Y told me before.

Ok2, really gotto go buddy. Wish me luck for my new life ok! >.~

Thursday, June 17, 2010

Why do we read??

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky
with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the
kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and
...tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you
but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I
close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of
water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out beforehe got back
to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a
little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to
try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty
before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was
impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water.
You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the
boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak
out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into
river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again
empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's usless!'

'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The
boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was
different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now
clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand
or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside
and out. That is the work of Allah in our lives.'

Allah The Almighty, The Most Powerful, The Most Merciful.

Rantaian Alam.


Ketahuilah bahawa:
Kayu merupakan pasak pokok..

Pokok merupakan pasak kepada gunung..

Gunung- ganang merupakan pasak kepada bumi..

dan...
Bumi merupakan medium kepada kehidupan manusia.

Firman Allah:

Ø£َÙ„َÙ…ْ Ù†َجْعَÙ„ِ الْØ£َرْضَ Ù…ِÙ‡َادًا Ùˆَالْجِبَالَ Ø£َÙˆْتَادًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?

Menebang batang pokok bererti memusnahkan pokok..
Menjatuhkan pokok bererti runtuhlah gunung..
Runtuhnya gunung bererti memusnahkan bumi..
dan..
Merosakkan bumi bererti menghuru-harakan kehidupan manusia.


Jadi:

Marilah sama-sama kita menjaga keindahan bumi dengan mengawal penggunaan bahan yang menggunakan pokok, seperti kertas.

Ingat:

Reduce, Reuse, Recycle.

Demi:

Kemakmuran masyarakat global dan kemaslahatan ummah.
Insya-Allah ;)

Tuesday, June 15, 2010

pasti tiba !~


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam, sehingga apabila orang Yahudi berlindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya: 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi".



*gambar di sebelah merupakan pokok GHARQAD. Sesiapa yg nampak pokok ni, silalah TEBANG ye.

Monday, June 14, 2010

Melihat Dari Sudut Berbeza

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik.
.
Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :
.
MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!
.
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”S
aya mengangguk kepala.
Mungkin kerana demam, saya banyak diam.
Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum.
Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
.
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit.
Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya.
Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
.
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
.
Giliran Pak Cik itu tiba.
Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan.
Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir.
Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen.
Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?
.
Firman Allah:“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” (al-Baqarah, ayat 120)Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
.
Wallahu'alam. www.quranexplorer.com --
.
Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di bumi umat islam. ‘Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung.
.
(makluman: siapa penulis sebenar artikel ini? Aku pon tidak tahu. Aku hanya copy-paste dari emel yg dikirimkan kepadaku daripada seorang akak yg berada di Perancis. Apapun, ia tidak menjadi masalah kerana ia mendatangkan kebaikan untuk kita bersama.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...