Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah tersenyum. Seorang hamba Allah pernah bertanya,"wahai Salahuddin, mengapa engkau tidak tersenyum?" Dia menjawab,"Manakan aku akan tersenyum tatkala Baitul Maqdis masih di bawah tawanan kristian."
Itulah Salahuddin. Lihat peribadinya. Memikirkan ummat yang berada dalam kesusahan ketika itu. Persamaannya adakah terletak pada diri kita wahai muslim dan mukmin? Kini, Kashmir, Palestin, Iraq, Lubnan dan sbg masih dalam kepayahan. Tetapi, kita bersenangan makan dan minum dan sesekali berhibur di bumi Malaysia ini. Sekadar renungan bersama. Mungkin kita tidak mampu membebaskan kesemua wilayah Islam yang berada di bawah jajahan jahiliyyah tetapi percayalah bahawa kemampuan kita lebih daripada apa yang kita sangkakan. Percayalah bahawa yang membataskan kemampuan kita itu ialah kesenangan dan kelekaan dunia yang dicipta oleh jahiliyyah. Mari kita membuka mata. Sebarkan kalimah syahadah selagi mata masih celik, jantung masih berdegup. Wallahualam.

No comments:
Post a Comment