About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Monday, December 20, 2010

Alkisah akal dan nafsu~




Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. (*petikan I <3>

Jadi jelaslah sebab mengapa Allah meletakkan berbagai2 peraturan kepada lelaki dan perempuan yang mana tujuannya untuk mengekang nafsu ini. Antaranya, Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30;

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

dan juga dalam ayat berikutnya;

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Wahhhh, macam2 Allah suruh kita buat kan. Tutup sana, tutup sini, jaga sana, jaga sini. Ish3, leceh betullah. Hmmm, tapi leceh2 pon bersebabkan.
Dan sejurus apabila kita alpa akan firman Allah, maka syaitan dengan gembiranya akan membelai dan merangsang nafsu kita untuk melawan akal fikiran kita. Itulah sebabnya berlaku berbagai2 kes dan social ill sekarang ini.

Jadi;

tugas kitalah untuk menyebarkan berita ni dekat orang lain. Apa yang kita harap dari orang lain kalau kita yang dah tahu pun masih melanggar suruhanya kan? Jadi, nak tak nak kita kena buat dan ajak orang laksanakan suruhan ni sekali.

Tapi, sebelum tu;

Saya tertarik dengan satu isi (@pandangan) dalam satu sesi ceramah di Kolej Mara Banting (saje nak promote kolej.. hehe) Pada malam Jumaat tu, ada seorang hamba Allah ( tak ingat nama dan jawatan die ape), die cakap tentang social ills yang berlaku sekarang. Buang bayi, rogol, zina, liwat etc.. Dan dia menyatakan ketidaksetujuannya kepada beberapa pihak yang mengimplementasikan beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Baby Hatch, Sekolah Hamil, Kondom free, what else. Dan masalah ini tak sust, malah bertambah.

Tambahnya, sebenarnya cara penyelesaiannya mudah dan memang terpampang depan mata kita. Ya, surah an-Nur tadi sudah menjelaskan. Masih ada lagi beberapa dalil dalam kitab suci al-Quran yang memberikan cara yang relevan. Ibaratnya, ada orang yang melombong di hulu sungai hingga menyebabkan air keruh. Tetapi kita sibuk menapis di hilir sungai untuk membersihkan air itu. Baik kita hentikan perlombongan dekat hulu sungai tu terus. Lebih mudah dan selamat.

(ok2, dah jauh sgt dari topik ni)

Jadi berbalik kepada cerita akal dan nafsu tadi, jom kita tanya diri kita "Siapakah kita, siapakah Dia?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...