About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Tuesday, December 14, 2010

Ar-Rahman; Ar-Rahim


Sahabat seakidahku sekalian, marilah kita sama2 berpesan2 ke jalan Allah, sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah al-Asr.

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Dalam kita meniti kehidupan ini, sudah semestinya kita melakukan berbagai-bagai jenis dosa. Amat mustahil jika kita katakan dalam sehari kita tidak melakukan apa-apa dosa kerana dalam dunia yang serba canggih ini, bermacam2 perkara dapat kita lakukan dengan pantas.
Ini secara tak langsung membuatkan masa kita itu lebiiiiih panjang berbanding dengan orang pada zaman dahulu yang mana mereka hanya dapat melakukan beberapa perkara sahaja salam sehari.

Dalam Islam, tiada jalan tengah. Apa2 yang kita lakukan itu pastinya samada menjurus ke jalan makruf atau jalan mungkar. Dan setiap yang kita lakukan itu mendapat balasan samada pahala atau dosa. Mari kita berfikir dan merenung sejenak. Berapa lamakah kita luangkan masa untuk kita menghampiri jalan yang makruf itu? Ya, solat dan berzikir. Tetapi, memadaikah? Berapa sangat sahaja masa yang kita gunakan ke arah perkara makruf. 120 minit sehari? Cukupkah untuk kita berbangga dengan 120 minit itu ataupun lebih tepat 8.333333333333% daripada hari kita?

Amat sukar untuk kita mengelak daripada dosa lagi2 pada zaman yang dikemudi oleh orang barat. Apabila perkara lucah dan zina menjadi bahan bualan dan ketawa, apabila penceraian menjadi tajuk berita, apabila bunuh membunuh terjadi begitu sahaja, apabila kandungan minuman dan makanan itu tidak diambil kira, bisakah kita mengelakkan diri daripada dosa?

Iman kita tak akan mampu selamanya untuk menjaga mata, tangan, hati dan anggota kita kerana iman ada pasang surutnya. Dek kerana ini, ramai yang berputus asa untuk terus berada dijalan Allah dan menyahut seruan Allah dalam surah Al-Asr itu tadi.

"Aku tak layak nak nasihat orang. Aku banyak buat dosa."

Itulah antara perkara yang kita harus lupuskan dalam kotak pemikiran kita kerana kita harus sedar bahawa Allah itu AR-RAHMAN, AR-RAHIM. MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG, MAHA PENERIMA TAUBAT yang mana maksud sebenarnya lebih jauh daripada perkataan bahasa melayu itu sendiri. Justeru, saya menasihatkan diri saya dan akhi sekalian, sama2lah kita memohon keampunan kepada Allah sejurus selepas kita sedar daripada melakukan dosa.

Astagfirullah hal azim 3X. sentiasalah kita beristighfar kepada-Nya. Tak susah bukan, depan TV pon boleh beristighfar.

Ya, kita seorang diri memang tidak sempurna tetapi kesempurnaan itu dapat dicapai melalui kerjasama dan ukhwah dalam persaudaraan sesama kita.

Justeru, marilah bersama2 kita berpesan2 dan mengajak rakan2 kita ke jalan makruf agar tertegaknya syariat Islam. Sanggupkah kita hidup dalam dunia-konspirasi-dan-fantasi-acuan-barat yang menindas umat Islam yang betul2 islam ?!


2 comments:

ahmad fahmi said...

lagi best kalau tak tengok TV terus...kan Allah akan persoalkan masa kita? hik3 =P

selamat menyebarkan syahadah kebenaran,use ur time wisely =)

Hamba Ilahi said...

betul2. asalkan kita tgk program bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...