Pernah atau tidak kita jatuh sakit? Mesti pernah kan? Samada sekecil-kecil deman ataupun sebesar-besar gestational diabetes.
Saya juga begitu. Saya orang yang tidak kerap jatuh sakit, tapi pernah lah jugak. Saya dah lupa bila kali terakhir saya mengalami deman-deman, bila kali terakhir saya ke klinik atau hospital untuk berawat dan bila kali terakhir mulut saya merasa pahitnya ubat.
Seingat saya kali terakhir saya ke klinik untuk tujuan rawatan ialah ketika di SMS Johor dulu, sewaktu Form 3 kot, sebab jari yang membengkak terkena bedilan bola hoki. Tetapi selepas mendapat ubat, saya simpan saja dan adakalanya buang. Kadang-kadang sedekah kat orang lain. Huhu ^_^

Saya amat tidak sukakan ubat!
Ya! Terutamanya ubat pil yang besar gedabak dan ada serbuk pahit di dalamnya. Arghhh! Itu satu kenyataan yang tak dapat disangkal. Eh, tak semestinya tak suka makan ubat tak boleh jadi doktor tau. Hihi. Saya teringat satu kenangan semasa saya Form 2, ketika ada perlawanan Hoki Peringkat Negeri Johor. Saya ketika itu agak hebatlah jugak bersukan, hew hew, dan alhamdulillah mewakili Daerah Kluang man. Malam sebelum perlawanan final menentang Johor Bahru, jurulatih pasukan menyuruh kami semua menelan ubat untuk memastikan stamina kami kekal tip top. Tapi, gulp, ubatnya besar bangat sihhh! Mana mungkin saya nak telan! Hoho. Cuba dan terus mencuba, setelah bergelen-gelen air habis, alhamdulillah ubat tu masih tak melalui kerongkong ni. Akhirnya saya buang saja. (membazir ubat mahal kot) Ish ish ish +__+
Namun saya agak banyak juga mengalami kemalangan tak berbau semasa kecil. Hoho. Saya pernah patah kaki kanan gara-gara melompat ala-ala superman dari katil bayi ke arah lantai yang baru di mop. Pernah juga saya pecah kepala dan berdarah akibat terjatuh longkang besar semasa bermain pancing-pancing. Tulang hidung ni tidak kurang pernah berdarah-darah sehingga tersembul tulang hidung akibat terkena pukulan penyerang lawan semasa saya mempertahankan kawansan D hoki daripada dibolosi. Wahh, macam-macam pernah kena. Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa dan terus hidup. Tapi ini tidak pernah bermakna saya sengaja mencari sakit dan suka akan kesakitan yang saya alami.Makanya, telah menjadi satu sunnatullah bahawa manusia ini tidak sukakan kesakitan. Manusia inginkan kedamaian dan kesihatan. Kalau tidak, masakan kita berdoa untuk kesihatan yang baik. Masakan kita sanggup berhabisan wang untuk ubat dan operasi? Masakan kita sanggup menjelajah lautan untuk berubat? Manusia tidak sukakan kesakitan dan kecelakaan.
Manusia juga, tidak mahu tidak, akan berasa sedih apabila orang yang tersayang mereka jatuh sakit. Contohnya, ibu bapa kita sakit jantung dan kena melalui operation. Mesti sedih kan. Apatah lagi kalau koma 3 bulan.
Maka timbul pula satu persoalan.
Kita sebagai da'ie dan manusia di luar sana tahu dan perasan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Bukannya deman ataupun chicken pox, tetapi sakit tenat. Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Saban tahun kes pelacuran semakin meningkat. Buang bayi di mana-mana, dalam lubang jamban, longkang mahupun tong sampah. Kecopetan di tempat public seperti LRT tidak kurang hebatnya. Ketika perayaan besar, sang perompak amat ditakuti kerana berleluasanya mereka saat itu. Apatah lagi tipu menipu dalam berniaga dan rasuah dalam berurusan. Itu belum dilihat ketidakjujuran dalam berjawatan. Allahu allah.
Jika kita seorang yang peka, paling kurang seorang yang pernah menyelak surat khabar, mahu tidak mahu, kita akan sedar hakikat ini. Manakan tidak, belilah apa-apa surat khabar di dunia ni mesti ada saja pasal masalah sosial dan kejadian jenayah. Kalau di Malaysia ni, tentulah akhbar Metro yang paling sensasi sekali. Muka depan paling tak boleh blah.
Allahu Allah.
Maka timbul persoalan lagi.
Dalam kesakitan teruk masyarakat ini, sejauh mana kita rasa sedih akan semua ni. Pernah atau tidak kita menitiskan air mata ketika membaca berita tentang masalah-masalah ni. Pernah atau tidak kita mendoakan supaya masyarakat kita diampunkan dan diberi hidayah. Pernah atau tidak kita bermuhasabah diri dengan realiti umat kita pada hari ini. Pernah atau tidak.
Seharusnya mengikut sunnatullah, kita berasa sedih. Apatah lagi kita seorang manusia yang celik. Manusia yang dikurniakan Allah nikmat otak yang mampu berfikir, nikmat aqal yang mampu menilai. Manusia yang diangkat Allah untuk menjadi da'ie.
Mari bermuhasabah.
Masyarakat sedang tenat moralnya. Mungkin ini bukan salah mereka kerana sesetengah mereka mangsa keadaan. Mereka dilahirkan dalam bi'ah sebegitu. Mana mungkin mereka akan tahu melainkan mereka diberitahu. Sebagaimana mana mungkin kita akan tahu bahawa bumi itu sfera jika kita tidak diberitahu okeh sang guru. Maka yang harus bekerja keras ialah kita kerana kita tahu hakikat ini. Ya, anda. Anda yang membaca post ini. Rasanya tidak perlu untuk mendapat gelaran ustaz untuk menegur bukan. Sebagaimana kita tak perlu nak dapat gelaran Profesor Madya Apiq K (lol) untuk mengajar bio kepada rakan-rakan (randomness).
Dari Abu Sa'id al Khudri katanya, aku mendengar Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."
Satu hadis yang common, yang mana sepatutnya semua antara kita tahu dan hafal sebab hadis ini ada dalam silibus SPM (ke PMR?). Yang rasanya bahawa semua maklum bahawa tangan bermakna kuasa, lidah bermakna lisan, hati bermakna menjauhkan diri.
Maka apalah kiranya jika kita mengamalkan hadis ini di tengah kekabutan masyarakat kita hari ini. Mencegah apa yang kita lihat, menasihat rakan-rakan kita yang mungkin tidak tahu atau kurang didikan agama mereka, dan menjauhkan diri kita daripada lembah maksiat.
Bukan kerja polis sahaja untuk membanteras jenayah, kerja kita juga tahu!
Wallahu'alam.

8 comments:
SALAM,
saya seorang pelajar perubatan,namun hakikatnya saya sendiri tidak mengambil ubat.Sakitlah demam ke,selsema dan sebagainya,pasti bukan ubat yang saya cari(kenapa?biarlah rahsia,hehehehe),Alhamduliilah,walaupun jatuh sakit sebab kadang2 terlalu stress,tapi masih boleh sembuh dalam satu malam tanpa ambil sebarang ubat( saya lebih selesa mengguna kan kaedah alternatif,hehehehe).Alhamdulillah masih boleh ke kelas keesokkan harinya dalam keadaan yang sihat.Kalau orang lain mungkin sudah lama menjadikan alasan sakit sebagai satu tiket untuk tidak ke kelas n mendapatkan MC.Pernah saya diajukan oleh seorang insan yang berilmu, "mengapa mahu menjadi seorang doktor yang akan senantiasa memberi ubat kepada pesakit sedangkan dirimu sendiri takkan mengambilnya meskipun kamu sendiri sakit".(saya menjawab sambil memberikan senyuman buat beliau).ok tutup cerita tue,sebenarnya ingin saya berkongsi bersama saudara tentang 1 perkara yang berlaku secara realiti dalam dunia perubatan moden,hakikatnya ubat-ubatan yang kita ada perlu kita akui yang majoritinya dimiliki oleh orang kafir,banyak ubat2 yang mngandungi DNA khinzir.Persoalannya sampai bila keadaan ini harus berlaku,saya melihat bukan bidang peruabtan yang menjadi isu,namun ubat-ubatan yg dibekalkan perlulah halal lagi menyucikan serta memberi kebaikan kepada tubuh badan.seperti yang sedia maklum,makanan akan menjadi darah daging,masakan kita sanggup makan makanan yang akhirnya memberi kemudaratan kepada tubuh badan bukan?jujurnya saya melihat isu ini bukan remeh.Ayuh bangkit memperjuang kn yang nyata.Bukan mudah menjadi seorang doktor yang benar2 berpegang pada Islam kerana persekitaran kita tidak melambangkan yang sepatutnya.mana mungkin akan ada buah yang lazat jika akarnya pincang.Sejujurnya,setelah saya mempelajari ilmu perubatan moden,saya sendiri masih rasa kosong,seperti ada yang kurang.Alhamduliilah sedikit sebanyak saya menemukan jawapannya.percayalah saudara,tidak cukup mempelajari ilmu perubatan moden tanpa diselarikan dengan perubatan islam.Subhanallah terkadang saya merasakan yang ilmu haemopati itu jao lebih hebat dari perubatan moden.jika dihalusi perubatan moden nescaya banyak yang tertinggal jaoh berbanding dengan perubatn islam.
Berkenaan isu sakit tenat itu,saya bersetuju dengan saudara.Cuma kita sebagai khalifah perlu sedar yang tanggungjawab berdakwah itu wajib bagi setiap muslim agar terjamin amar makruf nahi munkar."tembok jangan sibuk nak jaga tepi kain orang perlu dirobohkan andain tembok tu masih ada akan berlakunya kepincangan yang hebat.
apepun tahniah dan syabas buat saudara.saya begitu tertarik dengan isu yang dilontarkan pada kali ini.seribu erti bagi yang menghayati.
*maaf andai ada yang terkasar,sekadar insan biasa yang meluahkan pendapat.semua yang baik dari Allah,apa yang kurang dari kelemahan saya,
tarbiyah itu kool ^_^
wasalam.
anonymous:
Wahh, boleh menangis baca komen anda ni. X sangka masih ade orang yg hebat seperti anda! ;)
Betul, perubatan moden x memadai. Perlu luaskan minda untuk lihat perubatan dari prospek yang lain. Tapi, perubatan moden tu masih perubatan islam kan..? ke tak..? Cumanya mungkin ada sesetengah dalam perubatan moden yang melanggaar syarak. Juga, ada je yg so-called perubatan 'islam' ni yg melanggar syarak. syirik etc.
Btw, tak cukup sekadar sedar. Kita pon kena menyedarkan bukan. Moga bermafaat.
SAUDARA,
perubatan moden kini sebenarnya banyak yang telah dimanipulasi oleh orang barat supaya dunia tahu yang perubatan itu datangnya dari mereka dan bukan asalnya dari cendekiawan islam sendiri.
Alhamdulillah,saya berkesempatan untuk pergi ke beberapa seminar ilmu perubatan islam antara yang dianjurkan oleh DR Danial Zainal Abidin,DR Harlina Siraj,etc.Tidak ketinggalan juga produktif muslim.Alhamdulillah disana mereka banyak berkongsi ilmu n pengalaman yang bagi saya sangatlah bermanfaat.Insya Allah sekiranya ada rezeki,saya teringin untuk menimba ilmu bersama Dr Muhaya,membaca buku beliau sahaja sudah mempunyai aura apatah lagi berjumpa bertentangan mata dengan beliau.
Disini saya ingin mencadangkan kepada saudara andai ada ruang dan kesempatan,bacalah buku perubatan Islan dan Bukti sains moden karya Dr.Danial Zainal Abidin,Insya Allah mungkin ada kebaikan yang kita boleh perolehi.Mudah-mudahan ada manfaat.
Maaf,mungkin ada persoalan yang xberkesempatan saya jawab.Insya Allah ada ruang masa moga setiap ilmu yang bermanfaat itu dapat kita kongsikan.
wasalam ^_^
Wahh. Terima kasih untuk info. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membaca cadangan anda.
ate bilo kome torobang tingge malaysia?
Err. Teman pon dok tahu lagi. Sekarang ni kekulu keleo jelah nampaknya :D
jangan lupa beli medical dictionary!!!!!
Oh kena eh? haha. rasenye ade je softcopy kat internet! lol
Post a Comment