About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Monday, September 17, 2012

Ke Kolej Gabus.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

"Dan nikmat TuhanMu yang manakah hendak kamu dustakan."

Dalam hidup ni, terlalu banyak nikmat yang Allah taala telah kurniakan kepada kita. Dan kebiasaannya nikmat-nikmat ini telah lahir bersama-sama dengan kita di hospital. Manakan tidak. Badan yang sihat, penglihatan, tangan dan kaki yang sempurna, otak yang segar berfikir. Kesemua nikmat yang ada ni selalunya   susah untuk kita hargai, terkadang saya pon begitu, sebabnya kita tak dapat menghargai ketiadaan nikmat ni.


Nikmat yang selalu kita hargai ialah nikmat yang mendatang dalam hidup ni. Sepertinya result exam yang membolehkan fly,  dapat hadiah daripada mak bapak, dapat adik baru dan sebagainya.

Jadi tanpa menidakkan kepentingan untuk bersyukur pada nikmat-nikmat yang baru mendatang ni, apalah kiranya  jika kita mengambil beberapa saat daripada masa yang amat banyak Allah beri kepada kita untuk kita renung dan ucapkan Alhamdulillah kepada nikmat yang sentiasa di samping kita.

"Apa yang ada ialah harapan kita." - Hamka.

____________________________________________________________________

Dan insyallahu taala, 19 september ni, Allah telah memberi saya satu lagi nikmat untuk menyambung 'pelajaran' di bumi Ireland. Satu peluang yang amat besar, yang dipilih oleh Allah semata-mata. Insyallah akan menetap di University College Cork selama 5 tahun. Jadi semoga Allah sentiasa mempermudahkan dan memberikan kekuatan sepanjang bermusafir di sana. Allahu musta'an.

Mari terbang!

7 comments:

Anonymous said...

Salam wahai Hamba Ilahi,

Sekalung tahniah pada pencapaian dan nikmat yang Allah beri untuk menimba satu pengalaman baru yang sememangnya tidak semua berpeluang merasainya.Syukur kerana Allah masih lagi mempermudahkan jalan yang di impikan.Semoga Allah memanyungi jalan yang bakal di lalui.Teguhkan hatimu,tabah dan sabarlah dalam perjuangan mu.Kuatkanlah keazamanmu,tegakkanlah deen sebagai tiang keimananmu.

Terbanglah dengan semangat yang tidak mudah kalah dan pulanglah dengan kerendahan budi tapi penuh dengan kemuliaan.Sahutlah perjuangan ilmuwan kita,mudah-mudahan kamu juga tergolong dalam golongan itu.

Salam perjuangan dan selamat berjuang demi Islam yang suci.

Anonymous said...

Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia)
pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai
ditanya mengenai lima perkara :
1.umurnya untuk apa dihabiskan
2.masa mudanya untuk apa dihabiskan
3.hartanya dari mana dia dapatkan
4.dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut
5.dan sudahkan dia beramal dengan ilmu yang dia ketahui.
(Riwayat al Tirmizi no.2340)

Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni dalam sebuah bukunya ada
menegaskan.
"Sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau
akan menjadi orang yang ternama (tokoh) pada usia
matangnya."

Saya tidak bodoh andai saya gagal selepas berdoa dan berusaha.
Itu suatu ujian yang akan meningkatkan diri saya di sisi-Nya.
Namun saya ternyata bodoh jika saya malas berdoa dan berusaha.
Syukurlah, saya telah menunjukkan kepada Allah SWT bahawa saya
telah membayar dengan usaha dan doa.
-Ust Fatimah Syarha

p/s:Selamat maju jaya di tempat baru ;D

Hamba Ilahi said...

Terma kasih

Anonymous said...

Congratulation mr ammar.If u dont mind,may i ask you "why did you choose medicine"?Apart from other field,why medicine is your first choice?Any particular reason?
Kindly appreciate if you can answer my questions.thank you

*Enjoy your flight to Cork.:D

Anonymous said...

see u at cork

Hamba Ilahi said...

Anonymous:

I just interested and enjoy studying human body. n I feel doing what i wanna do. No cliche n particular reason. Its just, do istikharah, pick anything that you feel good and do it without turning back! ;)

Above all, you should be thinking on going beyond all the dreams in this world; becoming mukmin n enter jannah. ^^

Hamba Ilahi said...

roomate kah? ^-^ hew2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...