__________________________________________________________________________
Awwal kalam
Assalamualaikum warahmatullah.
Semoga kalian terus berada di bawah payungan rahmat dan redha Allah serta senantiasa di dalam bayangan kejelasan al Quran.
Sukacita untuk saya mulakan warkah ini dengan memetik satu kata-kata suci dari Tuhan kita:
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At Taubah: 111)
Masih ingat saat pertemuan kita?
Ikhwan fillah, masih ingatkah kalian saat kita mula berjumpa. Di mana kita berjumpa dan bagaimana kita berjumpa? Kalau hendak diikutkan memori yang masih tersimpan, tidak mungkin kita dapat mengingat kesemuanya. Ya, mungkin kita dapat ingat seorang dua sebagaimana saya masih mengingat saya terjumpa saudara Fahmi Maslan di dalam kumpulan orientasi yang sama. Sebegitu juga bagaimana saya berjumpa dengan Na'im di tangga belakang belah kanan Surau An Nur ;) dan Darul dan Hanafi di dalam kelas.
Tetapi kekaburan masih ada tentang perjumpaan dengan beberapa ikhwah. Di mana? Saat bila? Mungkin anda juga serupa dengan saya. Akan tetapi satu keyakinan dan kepastian saya, perjumpaan kita bukan satu perjumpaan biasa-biasa. Perjumpaan kita bukan perjumpaan di jalanan, walaupun secara literalnya begitu. Malah perjumpaan kita bukan kerana kita masuk ke dalam kolej yang sama. Bahkan, pertemuan kita ini sebenarnya telah diaturkan dengan cantik dan halus oleh yang Maha Pencipta.
Kita terserempak di jalan tarbiyah, saat kita masih terasa hebat dan kagum dengan keputusan SPM kita yang tidak seberapa itu. Kita sama berjalan, tertawa gembira saat ke Taman Botani dan Alamanda (walaupun tak semua). Kita juga orang yang sama terbakar-bakar himmahnya tatkala mendengar pengisian Ini Sejarah Kita mahupun Syahadatul Haq. Ya itulah pertemuan kita. Pertemuan di jalan tarbiyah dan dakwah yang mulanya lebar tetapi kian hari kian sempit.
"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana." (Al Anfal:63)
Yakin dan imanilah bahawa yang mempersatukan hati kita ialah Dia, bukannya kolej, IBO, Alamanda, kelas, kaum, frisbee, bola tampar pagi ahad, iftar belakang surau yang terkadang sampai bersepah dan sampai tak habis makanan terpaksa suruh Dzufar habiskan, dan banyak lagi. Ini semua perantara sahaja. Tanpa belas kasihan dan keizinannya mungkin salah seorang dari kita sudah lari pergi mencari kebebasan diri. Maka bersyukurlah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan. Karena persahabatan kita disandarkan pada suatu yang tidak rapuh, tidak gugur dan tidak jatuh. Insyallah selagimana kita sandarkan semua ini padanya kita tidak akan berpisah.
Maka bergembiralah.
Tiada sebab untuk tidak kita bergembira, walaupun dalam duka. Karena insyallah kita telah, sedang dan akan terus melakukan jual beli yang paling baik di dunia. Jual beli yang mungkin hasilnya tidak nampak dan tidak dapat terus, tetapi suatu jual beli yang amat-amat-amat menguntungkan. Masakan tidak. Bayangkan ada orang tawarkan kita nak bagi modul untuk berniaga. Free of charge tanpa keluar se-sen pon. Malah orang tu nak beli balik sume yang kita ada nih. Wahh.
Saya yakin ramai yang dapat melihat keuntungan extravaganza seperti ayat di atas sekali, tapi cuma soal keimanan saja memainkan peranan. Makanya dengan itu, marilah ikhwan kita sentiasa memperkemas keimanan kita terhadap ayat-ayat di atas. Yakinlah bahawa jika kita kehilangan apa-apa di dunia ini kita tidak rugi apa pon seperti hilang orang tersayang, harta-harta, tidak lulus dalam peperiksaan dan kehilangan anggota badan. Begitu juga walaupun kita mendapat semua idaman dunia ini, ia tidak memberikan tanbah nilai apa pon kerana yang berhak untuk menambah nilai diri kita ialah taqwa semata-mata. Biarlah walau kita punya keluarga paling masyhur, rumah paling besar, kereta paling laju, keputusan exam paling gilang gemilang warna warni, walaupun kaki yang pantas berlari itu semua pinjaman dia buat kita sahaja untuk kita membuat jual beli ini. Apakah gunanya semua yang diberi kalau setakat hanya untuk menunjuk. Nauzubillahi min zalik, moga kita dijauhkan.
Maka ikhwan, bergembiralah.
Lupakan segala ketaksuban dan kekecewaan selama ini karena kita hendak mengejar sesuatu yang lebih besar.
Buat Ikhwan yang dapat keputusan exam yang baik mahupun yang mengalami kesulitan, bekerjalah dan teruslah bekerja. Bukanlah exam ghayah kita. Ya, kita telah didoktrinkan sejak kecil sehingga exam ni menjadi darah daging kita, matlamat kita. Maka saat itulah tarbiyyah hadir, mengikis sedikit demi sedikit pemikiran ini sehingga kita benar-benar yakin akan tujuan hidup kita dan ghayah kita. Mungkin terkadang kita tewas kita tewas, tapi sentiasalah meminta kekuatan darinya.
"Dan katakanlah, bekerjalah kamu dan Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Ar Rasul dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (At TAubah:105)
JOM!
Syiar3x !!



7 comments:
allahu allah...
tercharge semula bateri diri ini yg dah karat kerana lama tak digunakan.
takbir!!!
jzkk ^^v
- al Khaloofa
mantop3~! *menanges terharu
Best. Seriyes. ;)
p/s: Saat berjumpa dgn, ehem, abg kachak takde ke..?? ;D
Hmmmm, terjumpa abg kachak (ke?) di SH.. Wahaha, time tu seriyes ingat adik beradik Ammar Roslizar sebab nampak macam iras2, time tu lah.. Haha XD
wow nice post
wow nice post
www.quranteaching.com
wow nice post
www.quranteaching.com
Post a Comment