Assalaamua'laikum warahmatullah.
__________________________________________________________________________________________
Sahabat - sahibah sekalian,
Dunia hari ini menyaksikan betapa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan masa hadapan seorang insan. Dan tujuan pendidikan yang kita tuntuti itu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tujuan kerjaya kita pada masa hadapan.
Saya tertarik untuk mengajukan beberapa soalan yang jawapannya sudah pasti:
Siapakah anda ketika ini? *selain manusia of course*
Ramai akan menjawab, "Mesti lah pelajar ! Haishh, tu pun nak tanya ke?" *sambil geleng kepala*
________________________________________________________________________________________
Tak kurang ramai juga yang akan menjawab...
"Aku ialah bakal doktor. Aku akan ambil specialist dalam bidang sakit puan. Lepas tu aku akan jadi pengurus hospital.........."
Tak pun... "Aku ialah bakal dentist. Aku akan rawat semua gigi di bima sakti ni. Muahahaha *gelak keji*...."
Tak pun, " Aku ialah bakal engineer yang bakal mengubah dunia menjadi suatu tempat yang lebih baik agar manusia sekaliannya terutamanya orang Melayu akan hidup senang lenang tanpa kesusahan dan kemiskinan di dalam dunia yang ini, seperti yang telah diutarakan oleh Usman Awang dalam puisinya Kuala Sedili" *ehhhhhh (?)*
atau, "saya bakal menjadi seorang professor dan pensyarah melayu pertama yang akan memberikan lecture di Universitas Harvard Kuala Kubu Baru...."
Kalau tak pun, "Saya akan menjadi seperti Steve Jobs. Saya akan mulakan business saya sedikit demi sedikit dan saya akan mula masuki pasaran dunia dalam 5 tahun selepas keterlibatan saya dalam dunia business........lepas tu innalillah wainnalillahi rajiuunn...."
__________________________________________________________________________________________
Sahabat,
Semua yang dinyatakan adalah realiti dunia hari ini..
Betapa ramai antara kita, dan mungkin kita, mengejar untuk menjadi seorang pekerja profesional.
Kita sendiri mungkin pada saat ini sedang menyiapkan diri untuk menjadi seperti mereka2 yang diatas..
doktor, dentist, guru, pensyarah, akauntant, arkitek, engineer, pensyarah, pemotivasi, artist, orang seni, ekonomist, peniaga tegar, pembawa lori, pilot.. Ini semua merupakan pekerjaan yang sering kita dengari kalau kita bertanyakan si kecil, dan ini jugalah impian ramai antara kita kelak bukan !
__________________________________________________________________________________________________
Namun, tahukah anda, walau siapa kita pada masa ini dan masa hadapan, kita akan menjadi seorang posmen.
Bukan posmen biasa ! Tetapi posmen yang cukup bergaya ! ^_^
Kenapa posmen (?) Sebab tugas sebenar kita ialah untuk menyampaikan.
Sampaikan apa (?)
Sampaikan surat - surat daripada Tuhan Alam Semesta kepada sekalian umat manusia.
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu...." (Al Baqarah:143)
.
|
"Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyembunyikan kesaksian terhadap Allah..?" [al-Baqarah, 2:140]
Mahukah kita menjadi orang yang zalim (?) Kesaksian itu mestilah kita sentiasa sebarkan kepada umat manusia. Seperti yang telah dinyatakan Allah dalam firmanNya dlm (2:143), kita adalah umat pertengahan yang menjadi saksi kepada sekalian umat manusia.
____________________________________________________________________________________________
Apakah signifikannya sebagai seorang saksi (?)
Cuba bayangkan situasi tersebut:
Anda sedang berjalan keluar dari pintu pagar Kolej Maha Busy sambil memerhatikan langit biru dan awan putih yang berarak sepoi2 bahasa. Kemudian, burung layang2 membelah langit dalam kawanannya, pulang ke sarang masing2. Anda amat berasa riang gembira tatkala menggalas beg kikilala untuk pulang ke kampung halaman. Wahh, sudah hampit sebulan tidak pulang, betapa rindunya pada udara segar di halaman rumah dan betapa rindunya suara anak2 kecil bermain bola tatkala matahari merah di ufuk barat...................Tiba-tiba.....Boommm !! Anda menyaksikan kereta perodua viva melanggar sebuah anak kecil di persimpangan jalan di luar pintu pagar kolej anda.Lalu, dengan lajunya, kereta tersebut memecut laju, meninggalkan kanak-kanak yang terbaring itu sambil darah dikepalanya memancut-mancut.. Anda menjadi saksi kepada kejadian itu.... Apa yang akan anda lakukan?
Jadi apakah tugas anda sebagai seorang saksi kepada kejadian accident tersebut. Pastinya memceritakan sekalian butir2 mengenai kejadian tersebut kepada pihak mahkamah bukan. Jika anda tidak menceritakan mengenai apa yang telah anda saksikan, maka anda adalah seorang yang zalim dan berhak untuk dihukum dan dipersalahkan.
______________________________________________________________________________________________
Begitu juga seperti kesaksian anda terhadap Islam.
Anda telah bersaksi Allah itu Esa.
Anda telah bersaksi bahawa tiada ilah (baca:sembahan) selain Allah.
Anda telah bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Anda telah bersaksi bahawa Islam adalah satu2nya kebenaran.
Anda telah bersaksi bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara.
Anda telah bersaksi bahawa Islam perlu ditegakkan.
Jadi, adalah zalim jika anda yang telah tahu dan menyaksikan segala macam jenis kebenaran ini, tetapi anda tidak menyebarkannya. Anda menyimpannya seorang diri tanpa menegur dan menyebarkannya kepada umat Islam yang berada dalam kecelaruan di luar sana. Anda menyangka anda sudah cukup amalan, cukup solat siang dan malam, cukup puasa, bayar zakat, anda akan masuk syurga senang2. Bagaimana dengan rakan bilik anda yang berada dalam larutan dunia? bagaimana dengan saudara mara anda yang tidak tahu kewajipan menjaga ikhtilat mereka?
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu...." (Al Baqarah:143)
"Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyembunyikan kesaksian terhadap Allah..?" [al-Baqarah, 2:140]
Menyorokkan kebenaran dan kesaksian tidak akan sekali2 menjadikan anda kool bergaya hamba yang disayangi Allah. Bahkan andalah yang paling zalim (walaupun anda comel tahap doraemon)
Jadi, tugas kita di dunia ini selain beribadah kepadanya, ialah untuk menyebarkan syahadah (baca: kesaksian) yang telah kita akui. Menyebarkan surat daripada Allah kepada sekalian manusia. Tidak ubah seperti posmen bukan. Bukan posmen biasa tetapi Posmen Yang Beriman.
(sambil tersenyum riang gembira)
Sekian.











4 comments:
"Ya Allah Ya Rabbi teguhkan I'man kami, moga tabah hati tak berbelah bahagi" (Jalan Da'wah)
untuk akhi, yup, jawapan yang sama bile kite bertanya mahupun kite yang ditanya...
moga akhi dan kite semua sentiasa bersemangat menyampai dan menyeru kejalan kebaikan...
:]
herie: insyaAllah
assalamualaikum~
setuju sgt! kdg2 org mengejar pangkat, harta dsb. tp kita x sedar yg kita ada tugas yg lg besar yg perlu kita laksanakan~!
Subhanaallah,Maha Suci Allah memberikan kelebihan bagi anda untuk melihat keadaan sekeliling dengan bukan hanya pada mata hati namun dengan jiwa yang tak pernah kosong dalam menegakkan deenNYA.Yuh laksanakan yang haq,moga Allah melindungi perjalanan anda.
Post a Comment