About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Saturday, October 22, 2011

Barang Yang Hilang



Assalamualaikum. Baru2 ini saya ada mengalami beberapa kejadian yang begitu menyentuh hati.

Begini ceritanya.......

___________________________________________________________________________

Saya ada rakan, yang saya namakan di sini sebagai encik WH. Dia ada meminjam barang (broadband) daripada rakan saya yang seorang lagi iaitu encik A. Ditakdirkan Allah, pada suatu hari Jumaat, sebelum kami hendak keluar beramai2 ke suatu tempat yang menarik, encik A meminta broadbandnya daripada encik WH. Alamak !!! Check poket kiri. Check poket kanan. Check beg.Hilang..!! Begitu sedih encik WH. Ke hulu ke hilir dia mencari, ibarat cacing kepanasan, apatah lagi lipas kudung !

Petang itu, barang yang hilang tersebut masih tidak dijumpai. encik WH berasa kesal dan kecewa tambah sedikit perasaan bersalah. Petang itu, encik WH tidak jadi mengikut saya, encik A dan beberapa rakan lain keluar ke tempat yang seronok tersebut. Gara2 broadband sebatang, rosak percutian riang gembira ! Eh, sedikit over. Encik WH akan datang keesokannya ke chalet yang kami sudah tempah tersebut.

Keesokannya. Hampa! Dukacita. Kesal!

Encik WH kelihatan x bersemangat dan sungguh murung sekali TT_TT walaupun ketika berkuak lentang di swimming pool bersaiz ala2 olimpik.

Dipendekkan cerita, kami bersemuka di dalam bilik. Encik WH sedang membaca doa dibawah dengan begitu tekun. Ibaratnya sedang menyesali dosa yang teramat besar.



Saya berasa sedih sedih sedikit atas kemalangan yang menimpa encik WH. Lalu saya berserita masalah tersebut kepada encik I yang bertanggungjawab menguruskan bahagian kewangan unuk kami menyumbangkan sedikit wang kepada encik WH tersebut. Tiba2:


"Encik I, jom kumpul duit derma untuk encik A yang hilang broadbandnya!" pinta saya dengan bersemangat sekali.
" Broadband encik A?? Benda tu ada dekat aku la !!. kenapa?" encik I menjawab dengan selamba.


Fuhhhh. ^_^


Saya sangkakan sudah hilang, tapi..
_____________________________________________________________________________


Lihat, doa itu senjata mukmin bukan. masa unutk kita berhubung dan meminta pertolongan dariNya




Jika anda meyakini akan kekuasaan Allah, maka pertolongan Allah akan tiba.


(>.~)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...