About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Saturday, October 8, 2011

Kucing Ulu Klang

Alhamdulillah, tsumalhamdulillah :)


meowwwww.. ehh (?)

Ujian Kucing Ulu Klang (Baca: UKCAT) telah berlangsung di University of Sheffield, SEA Office pada hari khamis yang lepas. Untuk pengetahuan sekalian, ukcat exam hanya tertakluk kepada para pelajar yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti2 di Ulu Klang (UK) dalam bidang perubatan dan pergigian. Keputusan ujian ini merupakan antara kriterion yang diambil berat oleh pihak2 university di UK.


Dalam ujian ini, 4 aspek yang akan diuji iaitu verbal reasoning, quantitative reasoning, abstract reasoning dan decision making.


_________________________________________________________________________________


Sudah menjadi lumrah. Tanyalah kepada mana2 pelajar yang menduduki peperiksaan ukcat ini, pasti keluhan-keluhan kosong akan kedengaran. Itu perkara biasa, dan saya pun salah seorang dari mereka. Mungkin.


kenapalah susah sangat..dah la masa x cukup.. @#$%^.^


Mengapa mengeluh? Hmmm, satu persoalan yang cukup menarik.
Jawapannya ialah kerana ujian ini memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dalam masa yang amat singkat. Jadi, kebiasaannya, pada permulaan ujian, calon akan menjawab dengan baik, tapi towards the end, mereka (termasuk saya) akan mula menggelabah dan menggelepar mungkin :D
Kadangkala siap berpeluh mouse walaupun dalam bilik exam ada air cond. Fuhhhhh~


Dan ramai je antara calon2 tersebut yang berkata:


"Kalaulah aku boleh pusing balik masa, mesti aku study awal. Aku akan prepare awal2 supaya bila time exam x menggelabah dan dapat result yang baik..." kata wak suparno.


"Itu masa sebelum exam, saya banyak bazir masa buat benda x guna. tengok movie la, shopping la, bla bla bla...... kalaulah saya guna masa betul2 untuk prepare, ini exam mesti senang punya..." Mutusamy menambah.




_________________________________________________________________________________


Begitulah manusia, mereka sentiasa menyesal kerana tidak menggunakan masa sebaik-baiknya. Masa yang ada selalunya dihabiskan untuk benda2 yang tidak berfaedah atapun perkara2 jahiliyyah. Oleh sebab itu, amalan2 islamiyah pula kita abaikan dan kita lupakan. Ini ialah situasi yang biasa dan kerapkali kita hadapi masa ini.


Saya rasa tidak perlu kita melihat terlalu jauh atau leihat kepada amalan2 sunat, cukuplah sekadar kita melihat bagaiman kita menjaga solat kita. Amat susah untuk kita kekalkan solat di awal waktu, lebih2 lagi berjemaah. Btol x?


solat subuh di waktu dhuha (?)
Digambarkan pada hari akhirat kelak, ramai yang menuntut daripada Allah Taala untuk dikembalikan seketika ke dunia agar mereka dapar mengumpulkan amal mereka supaya dapat masuk ke syurga. Bahkan bukan sahaja orang2 kafir yang memohon, malah orang2 beriman juga akan mengeluh melihatkan kesenangan syurga di tingkat atas mereka. Keluhan kerana tidak menggunakan masa sepenuh-penuhnya untuk mengabdikan diri dan beribadat kepada tuhan mereka. 





فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ                                                                      

"Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan bersungguh - sungguh urusan yang lain pula." (94:7)


_________________________________________________________________________________


Jadi marilah kita menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara2 yang tidak berfaedah dan berguna (^___^)

2 comments:

Inche gabbana said...

Alangkah bestnya kalau tenaga, masa dan segala kesungguhan yang ditaburkan pada kucing ulu klang tu, kuantiti yg sama atau lebih lagi boleh dihabiskan ntok D&T kan..? ;)

all the best ammar. IAllah i will always pray the best for you n the rest.. ^^

Hamba Ilahi said...

huhu. yup betul tu inche gabbana ^^

semoga kita semua terus diberikan kekuatan di atas jalannya ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...