About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, October 7, 2011

Bersinarlah Mutiara !




Bersinarlah Mutiara !

Aku dalam hujanan melihat pemuda terperangkap,
Terperangkap di dalam dunia ilusi ciptaan durjana,
Dunia yang tidak berbatas,
Dunia yang digelumangi lumpur,
Dunia yang mereka sangkakan intan permata
Sebenarnya di lembahan puaka,
Gelap
Tidak bercahaya.

Wahai pemuda,
Wang ringgit menjadi kejaranmu,
Hiburan menjadi makananmu,
Kemegahan menjadi tujuan hidupmu,
Wanita menjadi permainanmu,
Hasad dengki dan cemburu menjadi aqidahmu,
Terkesima dunia cahaya melihatmu

Wahai pemuda harapan cahaya,
Marilah membebaskan diri dari belenggu jahiliyyah durjana,
Menjauhkan diri dari segala syaitan jin dan manusia,
Meleraikan perhambaan kepada dunia dan sesama manusia,
Beralih kepada Dia yang Maha Kuasa

Ketahuilah wahai pemuda,
Jika wanita menjadi idamanmu,
Bidadari jelita sedia menunggu di syurga,
Jika harta menjadi kejaranmu,
Gunungan emas dan lautan permata tersedia di sana,
Jika gelaran menjadi keutamaanmu,
Kemulian Dia sedia untuk dikalungkan kelehermu,
Tetapi semua itu hanya menjadi nyata,
Jika engkau hanya mengabdikan diri kepadaNya,
Tanpa penat lelah mengesakan keagunganNya.

nukilan: 
Ammar Adnan
7.00 pm 8 Oktober 2011


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...