About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, October 7, 2011

Cacing Teruja.

cacing yang riang gumbira ^__^


Hari ini saya berasa ter-uja ibarat cacing kegembiraan (?) kerana khutbah jumaat pada hari ini pada saya amat menarik.


Semuanya bermula pada pukul 12.15 tengah hari pabila saya bertolak dari pangsapuri Subang Suria menuju ke perhentian bus di hadapan. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, perjalanan saya untuk ke masjid dipermudahkan Allah. Bus tiba sejurus saya menjejakkan kaki di perhentian bus tersebut. 


Perjalanan saya pada hari ini merupakan sesuatu yang baru pada saya. Sebabnya, saya menuju ke satu tempat yang saya sendiri tidak pernah pergi dan tidak tahu kedudukannya. Saya sebenarnya menginap sebentar di rumah mak cik kesayangan saya atas tujuan saya menghadiri ujian kucing uk (baca: UKCAT) pada hari khamis. Jadi, disebabkan hari ini bernama Jumaat, bukannya Selamat, jadi sudah pastinya sebagai seorang hamba yang bergelar lelaki sejati perlulah menunaikan kewajipannya pada hari tersebut.


pengembaraan - penuh cabaran !


Setelah penat berjalan mundar mandir, ke hulu ke hilir, kekulu keleo (bahasa perak..hehe) akhirnya, saya ditakdirkan untuk tiba dengan selamat di Surau An Nur, Kg Melayu, Subang. Agak basah jugaklah ketiak dan segala rongga badan serta banyak agaknya mitochondria yang kepenatan menjana ATP (=.=") untuk ke sana.


Ehhh, itu bukan persoalannya.


______________________________________________________________________


Dewan solatnya alhamdulillah selesa, seperti masjid2 dan surau lain juga. Perkara pertama yang mengujakan ialah apabila bilal membuat announcement bahawa khatib merangkap imam pada hari itu ialah seorang Imam Muda. Walaupun saya x berapa kenal sangat diorang, tapi saya tetap "wahhhhhhhhhhhhh !" :D


khutbah kenalah semangat !


Setelah azan bergema di segenap penjuru, khutbah dimulakan mengikut rutin biasa. selawat dan salam serta kata2 aluan imam. Sangap - sangapan (ade ke perkataan nie +.+) pun kedengaran, juga seperti biasa. hehe. Saya mula tertarik apabila khutbah dimulakan dengan pendifinisian akidah....bla bla bla bla.... sehinggalah khatib menyebut tentang kerapuhan akidah umat Islam di zaman ini. Selepas itu, keterujaan saya membuak-buak apabila pak khatib sudah menyentuh tentang sejarah Islam di mekkah. Dengan susunan ayat yang begitu cantik, pak khatib berjaya menyampaikan meseg kepentingan pembinaan akidah dalam setiap individu muslim. Juga, pak khatib menegaskan bahawa tanpa akidah yang mapan yang dibina oleh rasulullah ke atas para sahabat baginda, selama 13 tahun di mekah, pastinya negara Islam Medina tidak akan terbina.


_______________________________________________________________________


Ya ! Memang benar!


jangan mengantuk !



Jika ditelusuri sejarah Islam di Makkah dahulu, Rasulullah sememangnya menekankan pembinaan akidah. Da'wah yang Rasulullah jalankan, samada secara rahsia ataupun terang - terangan semuanya bertujuan membina akidah umat Islam. 
Cuba bandingkan, berapa tahun da'wah Rasulullah di Mekkah berbanding di Medina?
 Ya, di Mekkah 13 tahun manakala di Medina 10 tahun. Semuanya ini bukan berlaku dengan sengaja tetapi ialah tetapan Tuhan Yang Esa. 
Apa yang Rasulullah lakukan di Mekkah?
Tidak lain tidak bukan, tetapi hanyalah tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah para sahabat sehingga tiada lain di hati mereka kecuali Allah Taala. 
Sebab itulah, seringkali kita mendengar kisah para sahabat yang diseksa tidak putus2 diseksa musyrikin mekah namun tidak gentar dan luluh hati mereka. 
Contohnya, Khabab yang dipanggang atas bara api sehingga terpadam bara2 api tersebut oleh lemak dan darahnya. Ibarat cerita dongeng bukan, tetapi percayalah, wallahi, kisah2 seksaan para sahabat itu benar.


ini kisah benar !

Jadi rakan2, sahabat2, ikhwah2 sekalian... marilah kita membentuk akidah kita semapan-mapannya supaya kita tergolong dalam mereka2 yang akan memasuki Jannatul Firdaus ! Ameen ~







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...