About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Wednesday, November 30, 2011

Maka Bermulalah Suatu Kisah Di Pinggir Kota...

*Peringatan: Ini adalah karya asli. Watak, latar tempat, latar masa mahupun latar masyarakat merupakan imaginasi penulis tanpa dengan sengajanya melibakan yang masih wujud atau yang sudah pergi menemui Tuhannya*

_______________________________________________________________________________________

Wan Abdul Latif bin Wan Aziz merupakan ketua Kampung Pandan Jaya. Datuk kepada 3 orang cucu ini merupakan seorang insan yng begitu pengasih lagi penyayang. Sikapnya yang begitu menghormati orang tua serta menyantuni yang muda menyebabkan dia amat disukai oleh penduduk Kampun Pandan Jaya sekaliannya. Disebabkan sikapnya yang tidak seperti 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' mahupun bukan seorang yang tinggi hidungnya, maka masa lapangnya banyaklah dihabiskan untuk bermuayasyah (baca: berkenal-kenalan) dengan penduduk kampungnya yang sungguh mesra itu. 

(Wak Atip dengan kopiahnya)


"Wak Atip, laparrrrr," luah cucunya yang paling kecil, Zakaria. "Sabar ye Ya, nanti wak buat cucur udang banyak-banyak," pujuk si ketua kampung itu yang amat dikenali dengan nama Wak Atip.

Walaupun Wak Atip merupakan seorang ketua kampung, namun tidaklah dia terlepas hakikat bahawa dia merupakan insan biasa lagi marhean di sisi Tuhannya. Maka itu, lebihan masa bersama-sama masyarakat dan cucunya dihabiskan dengan beribadah kepada Pencipta sekalian langit dan bumi.

Hidupnya tidaklah berada dan kaya raya seperti Firaun laknatullah mahupun seperti Qarun si pengejar harta dunia. Cukup dengan hasil pendapatannya sebagai guru Madrasah al Jannah yang tidak jauh bezanya dengan pendapatan seorang petani, namun rezekinya alhamdulillah cukup, ibarat burung yang kelaparan pada waktu pagi namun kepenuhan perutnya dengan rezeki Tuhan pada petang hari (okeh, jangan rosakkan analogi ni.. amik dari quran kot) 




.....................................................................bersambung......................................................................................


malam ni akan pulang ke selangor tercinta balik. Akan ada mukhayyam yang super best di Tanjung Tuan, Melaka dan seterusnya sedikit kerja amal di Acheh, Indonesia. Sila doakan keselamatan pergi dan balik saya ya ! (^_^)

2 comments:

CheCardio said...

wah! sudah mula aktif ya!

Hamba Ilahi said...

ehem2, che cardio apa kurangnya ^_^ !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...