About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, January 27, 2012

Jangan biarkan diri anda gemuk


Assalamualaikum..

Satu perkongsian yang cukup zass. ouch ! Semoga bermanfaat. Dicedok dari muharikah wordpress.

________________________________________________________________________________________________________



" lama saya tak menulis di sini. Saya menulis ini untuk kamu yang sentiasa mahu menghirup mata air segar dari taman mawadah di atas ukhuwah kita kerana Allah Taala
Sungguh juga aku tahu, kamu mahu menghirup tenaga dan semangatku, agar kamu dapat terus berjalan di atas muka ALlah ini dengan penuh tegar sekali, walaupun dirimu sudah penat dan letih berjalan di atas muka bumi Allah ini.
Apa yang kamu lalui di bumi sana, pasti juga akan kamu temui di bumi realiti malaysia yang sedang kemarau dan kekontangan ini.
Di mana sahaja Allah campakkan kamu, pasti di situ kamu akan diuji untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah.
Kamu akan sentiasa merasa dahaga, dahaga dalam mencedok mata air hidayah, juga kamu akan kemaruk pada bimbingan seorang murabbi.
Dan itulah keadaan yang menguntungkan, kerana walau sedikit air kamu dapat nikmati, kamu akan terus bersyukur.
Begitu jauh jarak memisahkan kita, dan aku tahu, kau berharap agar aku memahami situasimu, dan terus menerus berharap aku terus memberi padamu. walaupun aku tahu, kau segan menegurku kerana takut menganggu kesibukanku.
Zaman kita berbeza dengan syuyukh terdahulu.
Generasi terawal kita bermula dari dagang. Bermula dari seorang. Akhirnya mereka membina diri mereka sendiri.
Mereka membaca, dengan sendiri
mereka menuntut ilmu, dengan sendiri
Mereka mengejar kefahaman, dengan sendiri.
kerana itu, apabila mereka kembali ke Malaysia untuk mencorakkan dakwah di sini, mereka mampu untuk berdiri teguh sendiri, independent, dan terus melangkah tanpa henti.
Ada yang kecundang, tapi ramai juga yang masih istiqamah di atas saff ini.
Bila di tanya, sapa murabbi mereka, sapa pembimbing mereka, siapa yang menyebabkan mereka istiqamah, ternyata sebenarnya tidak ada.
Kerana mereka sendirilah yang berusaha untuk memantainkan diri mereka.
Yang menjadi bekalan ampuh buat mereka selama puluhan tahun, adalah apa yang mereka pelajari dan miliki sewaktu mereka di alam siswa.
Dan kini, dakwah di negara kita tertegak asasnya, di atas usaha mereka.
Generasi kita berbeza sekali.
Nak suruh baca sendiri :
HA? baca buku?? tebal tak?
Nak suruh dengar rekording sendiri :
hurrmm.. tak de lah rekording . mana ntah simpan.
nak suruh gi cari sendiri ilmu-ilmu tambahan :
sibuklah, banyak kerja!
Akhirnya, kita menjadi generasi yang gemuk kerana banyaknya lemak kemalasan, dan jahil kerana bekunya kita dalam menuntut ilmu. Manja, kerana semua benda nak disuapkan, barulah nak meningkat!!
Heyyyyyyyyyyyyyy!
Bangunlah! ( okay, tak reti nak buat gaya sebenarnya)
Kita tak boleh terus begini!! Bagaimana kita nak mensustainkan diri kita, jika kita sendiri lemah dalam mengawal diri kita??
Kita takkan selama-lamanya berada dalam zon selesa.
Kita takkan selama-lamanya dalam keadaan ditatang bagai minyak yang penuh.
Akhirnya kita rasa sangat frust dan kecewa, kerana terlalu asyik mencomparekan usrah lama kita dahulu yg amat super best, dengan usrah sekarang yang kurang dirasai nikmat serta peningkatan.
Tarbiyah Allah itu, tak datang secara teori.
Bila tiba masanya, ia akan datang secara praktikal.

It will hit u very hard.

Tarbiyah peristiwa itu akan menghenyak kamu, akan menghentak kamu, dan menggoncang-goncang jiwa kamuuuuuu…..
sehingga kamu akan bertanya pada Allah…
‘ mata nasrulllah?????
Bila nak datangnya pertolongan dari Allah ini? Batinku dah terseksa rasa nak mati, dah tak larat sangat bertahan neh!
Sehinggalah akhirnya, ALlah taala datangkan bantuan tak terduga, atas kesabaran kita dan doa tanpa putus kepadaNya.
Di situ,
akan kamu hirupi satu nikmat, teramat lazat tak terperi.
Nikmat mendapat redhaNya, dan nikmat mendapat bantuan direct dari Allah, serta nikmat dikabulkan doa.
Ternyata, dari peristiwa itu, kamu akan lebih memahami Deen kamu, berbanding puluhan sesi usrah yang kamu hadiri, juga daurah-daurah bulananmu.
Ternyata, keperitanmu mengharungi jalan tarbiyah ini, akan mematangkan kamu akan erti kehidupan. Kamu akan mula mengerti, bagaimana seharus tarbiyah itu, menyelinap masuk, dan hidup dalam kehidupan realiti kita, bukan sekadar retorik simpanan di buku nota kecil yang comel.
Dari pengalaman itulah, kamu tumbuh sebagai manusia yang amat peka hatinya dan besar jiwanya.
Sehingga kamu dapat melihat dunia ini dengan bashirah, penuh kefahaman,. Memasuki satu dunia yang takkan dapat dirasai oleh orang yang tak melalui jalan tarbiyah kehidupan ini.
Begitu juga, hati dan fikiranmu akan terbuka untuk mendidik pewaris dakwahmu. Kamu akan lebih banyak berfikir, banyak bermuhasabah, dan banyak merangka formula.
Itulah yang menjadi bekalan utuh kamu di medan jihad sebenar di Malaysia.
Apabila hatimu kukuh untuk dakwah
Apabila perasaanmu terwarna dengan Islam
bila cintamu bulat hanya untuk Allah,
kamu akan tegap di atas jalan penuh mehnah ini
Kamu akan berjalan terus, walau banyaknya halangan kamu di hadapan.
Kerana matlamat kamu amat jelas.
Matlamat kamu hanyalah ALlah, serta redhaNya.
Dan kamu akan hidup mendahulukan Dia dalam semua perkara.
Akhirnya apabila kamu telah teguh di atas jalan ini, kamu terus mengorak langkah membina manusia lain, walaupun dirimu terputus bekalan dalam memberi!
Kerana kamu tahu, bekalan itu datangnya dari Allah.
Kamu harus sahaja rajin mencarinya tanpa disuruh dan diberi apa-apa!
Dunia, takkan pernah sempurna, cuma kita perlu menerima keadaan dunia kita ini dengan sempurna.
Aku tahu aku tak mampu memberikan banyak perkara buat kamu. CUma aku berharap, kamu akan sentiasa bersungguh berkarya meraih redha Allah, mencari cinta dan sakinah melalui Dia.
Seterusnya, kamu berterusan dalam amal ini, kerana dakwah inilah yang menjadi wasilah bagi para Nabi dan sahabat menuju syurga Allah. Tiada jalan lain.
Sehinggalah dakwah ini menjadi kehidupan kamu dan darah daging kamu.
Aku ingin memeluk tubuhmu dan sentiasa memberi kata semangat buat kamu.
Kerana aku pernah berada di tempat kamu, ketika melihat redupnya harapanku untuk hidup demi terus memberi kepada binaanku.
Akhirnya aku bertemu dengan mataair himmah mencurah ke dadaku, saat aku menerima pertolongan dari Allah,yang pelbagai bentuknya. Samada manusia yang didatangkanNya untukku, ataupun penulisan yang Alllah takdirkan mataku membacanya. Semuanya membasahkan dan menyegarkan aku .
Moga kamu terus tegar dan tabah dalam berjuang, Bergantunglah sepenuhnya pada Allah. sepenuhnya, sehinggalah kamu menemui pelbagai hikmah, yang tak pernah kau sangkakan.
Moga satu masa nanti, kita akan menghirup udara yang sama, berdekatan antara satu sama lain.
Wassalam "

Ukhtimu di jalan dakwah
AisyahZ
KL

2 comments:

Anonymous said...

betul tu,kebanyakan ilmuwan ISLAM terdahulu berjaya kerana mereka gigih,tidak pernah mengenal erti putus asa.Al-quran menjadi kitab rujukan utama,malahan juga sumber kekuatan dalaman diri.sejarah bukan untuk dipelajari tapi perlu dihayati dan diambil iktibar.dengan ledakan teknologi,kita sebenarnya bukan lagi maju kehadapan tapi semakin mundur kerana kemalasan semakin tercipta apabila banyak perkara boleh didapatidengan cepat dan mudah.lantas penghargaan pada sesuatu ilmu semakin terhakis

Anonymous said...

betul tu,kebanyakan ilmuwan ISLAM terdahulu berjaya kerana mereka gigih,tidak pernah mengenal erti putus asa.Al-quran menjadi kitab rujukan utama,malahan juga sumber kekuatan dalaman diri.sejarah bukan untuk dipelajari tapi perlu dihayati dan diambil iktibar.dengan ledakan teknologi,kita sebenarnya bukan lagi maju kehadapan tapi semakin mundur kerana kemalasan semakin tercipta apabila banyak perkara boleh didapatidengan cepat dan mudah.lantas penghargaan pada sesuatu ilmu semakin terhakis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...