Anda tahu atau tidak,
Siapakah orang paling kuat di dunia?
Anda tahu atau tidak,
Siapa orang yang paling bijak di dunia?
Anda tahu atau tidak,
Apakah senjata paling ampuh di dunia ini ?
Orang yang paling kuat di dunia, bukanlah seorang ahli bina badan mahupun ahli gusti, inikan pula pemain ragbi.. Tetapi orang yang paling kuat di dunia ialah orang yang dapat menguakkan selimutnya tatkala azan subuh berkumandang di hening pagi yang angin sejuk bertiup sepoi sepoi bahasa.
Ya, anda lihatlah di kiri dan di kanan anda ! Mereka yang mampu berlari berpuluh-puluh kilometer tanpa henti di petang hari tapi malangnya tidak mampu melangkah ke surau pada pagi hari.
Mereka yang mampu mengangkat pemberat berpuluh-puluh kilogram di gym kolej pada petang hari selasa, tidak mampu untuk menarik pintu biliknya pada jam 6.00 pagi untuk menjawab panggilan Tuhannya.
Bahkan, mereka yang sibuk menonjolkan kekuatannya di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar melalui drama-drama juga tidak mampu bangun, membuka mata mengangkat dua tangannya untuk memperbesarkan tuhannya.
Ramai mungkin mengatakan Albert Einstein paling bijak di dunia. Tidak kurang ramai yang mengatakan Stephen Hawking, Macio Kaku, mahupun Isaac Newton. Ada juga mengatakan Steve Jobs. Tetapi sebenarnya:
"Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada nabi (s.a.w) yang bersabda; 'orang yang paling pandai/bijak itu ialah barangsiapa yang mengira-ngira pada dirinya (yakni menghisab dunia sebelum matinya) dan beramal apa-apa sesudah matinya (yakni menyiapkan sebanyak mungkin amalan untuk akhiratnya), dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti dirinya (yakni menghisab kesedapan dunia), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah'"
Dan senjata yang paling ampuh di dunia ini bukanlah M16 mahupun pistol Eagle, tetapi ialah doa seorang muslim.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al baqarah:153)
Maka jika kamu berada dalam saat-saat getir, mintalah kepada Dia. Kerana apa? Kerana dia Maha Kaya ! Maha Pemurah ! Maha Pemberi Rezeki ! Maha Besar !
Sekian. ^.^




No comments:
Post a Comment