Saya pernah bercerita sebelum ini bahawa saya pernah ziarah ke bumi Aceh [Setinta Pengalaman Di Bumi Aceh] [Aceh: Mengimbau Pengalaman, Menuai Pengajaran]
Satu perkara menarik terjadi disana, tatkala saya menonton salah sebuah rancangan tv. Ada seorang bertanya, "Kau rasa apa beza kau dengan air." Dan jawapannya.. wahh, sungguh osem ^^
Maka dengan itu, saya terasa ingin berkongsi perkara ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang.
[Amaran: Jawapan2 kepada soalan sebentar lagi bisa membuatkan anda muntah hijau dua hari dua malam. Takpon anda akan 'perasan' dan terawang awang di langit selama beberapa bulan. Muahaha]
Sebelum anda melihat jawapan, saya mencadangkan anda berfikir sejenak jawapan yang sesuai. Selamat mencuba !
__________________________________________________________________
Soalan 1: Awak rasa apa beza awak dengan air?
(sila fikirkan apa apa jawapan dulu)
Jawapan: Air mengalir di sungai, tapi awak mengalir di hati saya.
Amacam, ada nak termuntah hijau tak? Hoho. Eh, ape senyum sorang2 tu ^_^
Okeh, mari tengok soalan seterusnya.
Soalan 2: Awak rasa apa beza awak dengan raja?
Jawapan: Raja bertakhta di singgahsana, tetapi awak bertakhta di hatiku
Soalan 3: Awak rasa apa beza awak dengan biskut?
Jawapan: Biskut jika dibiarkan lama akan lemau (masuk angin), tetapi awak tidak akan lemau di hati saya
Soalan 4: Awak rasa apa beza awak dengan bunga?
Jawapan: Mana-mana bunga hatta bunga ros sekalipun pasti akan layu, tetapi awak akan tetap segar di hati saya.
Soalan 5: Awak rasa apa beza awak dengan gula gula?
Jawapan: Gula gula hanya manis di mulut, tapi awak manis di hati saya. ^_^
____________________________________________________________________________
Wahaha, amacam? Ada rasa macam nak termuntah hijau tak? Eh, jangan menitis air mata terharu pulak. ^_^
Apa apa pun, soalan ini saya amat galakkan untuk anda tujukan kepada kawan kawan anda yang anda amat cintai dan kasihi. Lebih lebih lagi kepada orang orang yang sama berjuang di jalan ini.
Saya pernah mencuba dengan beberapa orang rakan, dan saya dapati hanya ada 2 reaksi iaitu ketawa dan senyap. Yang ketawa tu mungkin cover sebab terharu, huhu dan yang senyap tu mungkin terharu jugak. >.<
Konklusinya, soalan ini amat baik untuk merapatkan ukhuwwah. Yang penting sekali jangan mengeksploaitasi soalan jiwang ini untuk kegunaan maksiat, seperti untuk kapel2 anda *koff kofff* Saya tidak bertanggungjawab dan tak mahu menambahkan saham neraka.
Jadi, silalah share jika anda rasa soalan ini amat berguna dan mampu membuatkan lebih ramai orang muntah hijau.
okthanksbye, jzkk.
(kredit kepada rakan2 yg cukup kreatif sehingga mencipta soalan2 baru)
(kredit kepada rakan2 yg cukup kreatif sehingga mencipta soalan2 baru)






7 comments:
akak dah lepas semua tu...hahahha..untuk yang tengah mabuk bercinta bolehlah...tapi kalau dah putus tengok je lah nanti hihih
wah, nak try jugak lah~~~ XD
nak tengok reaksi ikhwah2 tu... :D
Dipersilakan :D
ok first time bkk blog ni sbb terpaut kat blog Inche Gabbana :)
jumpa plak post yg super sweet :D
mmg geli nak ckp kat kawan2 yg kita sayang sbb cam pelik
tp bile dah ckp, maknany we really meant it...seriously ukhwah krn Allah mmg beza dgn hanya berkawan sbb sama klas n etc...
n sy dah try kat sorang akhawat n reaksi die adlh gelak jgk...
sama je la sister or brother, kalau terharu + malu2 + tak biasa = gelak adlh solution
jazakallahu khair bro :)
alhamdulillah. biasa lah tu. ukhuwwah tu kan sweet. hu2 :P
u're lucky ammar. at least, diorang gelak or senyap.
mcm kawan-kawan saye, diorg mesti ckp geli. lg down. haha. well, x pernah try pon soalan2 kat post ni tp previous experiences menunjukkan yg diorg geli :P
tp blm cube kat semua lg. hmmm, this gives me ideas >:D
ho2. besalah tu. laki kot! haha. control macho selalu :P mcm org tu jgk la. eh? haha
Post a Comment