Alhamdulillah, diri ini telah di beri peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki keluar dari tanah Malaysia buat pertama kalinya. Dan yang lebih mengujakan ialah lokasi tersebut di bumi Aceh, yang digelar serambi Mekah.
Aceh kepada Indonesia ialah ibaratnya Kelantan kepada Malaysia. Lebih kurang begitulah status mereka. Dalam kalangan negeri2 di Indonesia, Acehlah yang paling islamik dan yang berusaha sedaya upaya menjalankan syariat Islam.
___________________________________________________________________________________________
Ya, memang benar! Saya menyaksikannya sendiri. MasyaAllah, sungguh hebat, qawiey, supersaiya, etc mereka ini. Banyak perkara yang menyebabkan saya kagum dengan Aceh. Antaranya:
1) Kalau di negara kita, banyak advertisement kat tepi jalan (yang besar punya) pasal minyak petrol lah, pasal perempuan itulah, tetapi di Aceh ada satu jenis advertisement yang menarik hati saya. Yang tiada di Malaysia. Iaitu advertisement tentang Islam dan Ibadah. Ya, besar2 promote Islam. "Aceh Bandaraya Ibadah" "Sihat Badan Nyaman Ibadah" "Aceh Negeri Islami" Lebih kurang begitulah advertisementnya.
2) Apabila saya berbual2 dengan orang di Aceh, mereka kerap berbual dengan menghadirkan Allah dalam perbualan mereka, paham ke? =.=" Maknanya, lisan mereka disulami dengan kalimah ilahi dan selalu menasihati. Kejadian pertama ialah di luar Hotel Madinah:
...............
Pak Aceh: Lihat anak2 muda masa ini, rata ratanya sudah dipengaruhi barat. Mereka dikawal teknologi. Sebenar benarnya kita orang Islamlah yang harus mengawal teknologi.
Saya: Benar pak, Benar. Di Malaysia pun lebih kurang begini situasinya (dalam loghat Aceh ^^ )
Pak Aceh: Itulah (mengeluh) Kamu anak anak muda ini sajalah harapan Islam. Di Aceh ini sudah putus harapan terhadap anak mudanya. Berlumbalah, apa apa sajalah (sigh).......
Saya: (terkedu) Wahh, mantap2x! (monolog dalaman) ......
Ini baru berbual dengan seorang pejalan kaki yang muka memang langsung xde muka alim ulamak.. huhu..
Satu lagi kejadian ialah pada hari terakhir, ketika Pak Supir (driver bus) disuruh utk beri ucapan terakhir. Awal2 tu biasalah, terima kasih bla bla bla.. "Balik di Malaysia nanti jangan lupa solat, beribadah kepada Allah. Hanya kepada Allah kita bisa meminta pertolongan. Tanpa Allah kita ini bukan siapa siapa.....bla bla bla......"
Wahhh, driver je kot !
3) Jemaah di masjid ramai. Jauh lagi ramai dari Malaysia. Kalau subuh tu dapat la dalam 3 saf masjid. Kira ramai la untuk subuh compare dengan Malaysia.. Kalau maghrib x payah cakap la, lagi2 masa orang balik kerja. Dengar azan singgah kejap untuk solat. Kita kita? Kalau kat Malaysia baru balik kerja / kelas dengar azan, buat dekkkkk je. Macam ada batu penyerap bunyi dalam telinga. Nauzubillah.
4) Mereka mengamalkan sunnah rasulullah. Selepas solat, tiada zikir kuat2 oleh imam. Semua zikir sendiri2 dengan khusyuk dan senyap. Bukan seminit dua mereka duduk senyap macam kucing, dalam 5 - 10 minits jugaklah. Saya pulak x khusyuk tengok diorg khusyuk sangat. Lol. Kalau kat Malaysia camne ya? Kalau imam x zikir memang semua akan cabut lari balik rumah agaknya. haha ^^
____________________________________________________________________________________________
Oh, banyak lagi yang ingin saya titpkan di sini tentang Aceh. Betapa rindunya diri ini akan biah dan suasana di Aceh. Serious! hu2. X pelah, di sini saya sertakan beberapa gambar aktivitas kami di Aceh (Kami kesana untuk projek humaniti bersama anak2 yatim dan anak2 miskin) Semoga Allah menerima amal kami :) ameen ~
"tentang dunia dan akhirat. Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang anak - anak yatim. Katakanlah, "Memperbaiki keadaan mereka adalah baik!" Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara saudara mu. Allah mengetahui orang yang berbuat kerusakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah mengkehendaki, nescaya dia mendatangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al Baqarah:220)
__________________________________________________________________________________________
A picture tells a thousand words right. Then let those pictures speak :)
















4 comments:
Wah wah wah. Alhamdulillah pengalaman berharga ^.^. Benarkah cakap dlm loghat acheh? Bagus bagus. Muka pon da mcm mke org Acheh.
Okeh =.= bukan loghat acheh rasanya. Just bahasa indonesia. lol
bestnya...boleh ke tempat tu..bolehlah kita lihat bagaimana kehidupan mereka...
Abah...bagi balik tangan Ita
yup. x dapat dinafikan. jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman. Tapi apa gunanya bergunung gunung pengalaman jika ianya tidak menambahkan amal dan iman kita kepada Allah ^_^
Post a Comment