"Ukhuwwah Beyond Borders"
Itulah moto satu harakah Islamiyah di Singapura, Asean Leader Network Ukhuwwah group. Moto ini saya dapat tahu apabila menghadiri satu program di hutan batu. Pada awalnya saya dimaklumkan bahawa kami akan mengendalikan sesi ISK (baca: Ini Sejarah Kita @ Ini Sungguh Kool @ Ini Sumpah Kool) sesi remaja lingkungan umur 12 - 18 tahun, namun kejutan menerjah apabila kami tiba di sana. Mana remaja2nya? yang kami lihat hanyalah kumpulan2 bapak2 yang sungguh tampan dan bergaya, berjambang dan berjanggut. Macam orang arab pon ada. Okeh, this is wild from my expectation. Nak2 pulak, si pemberi ISK menyuruh kami menyelinap masuk untuk membantu bengkel yang akan diadakan bila2 masa. Okeh, ini sumpah segan. Umur mereka 40 tahun ke atas, saya pula tidak lebih hanyalah setahun jagung.
Selepas bertaaruf lebih lama, saya mula mengetahui bahawa mereka merupakan golongan2 from wide range of age from Singapore, come to Malaysia for mukhayyam (baca: camping). Wahh, mereka sungguh bersemangat.
[ukhuwwah itu sumpah osem!! its beyond borders!]
[Orang yang berukhuwwah senantiasa berada dalam satu bulatan. Satu bulatan dimana anda akan berasa selamat dan bahagia jika berada di dalamnya]
[Jika kita punyai masalah ukhuwwah, perkara yang perlu disemak semula ialah tahap keimanan kita. Kenapa? Kerana orang2 yang beriman pasti bersaudara. This is Allah's word]
Sebelum tu, apa tu ukhuwwah sebenarnya. Apa bezanya ukhuwwah dengan persahabatan biasa? Apa bezanya ukhuwwah antara orang - orang muslim yang beriman dengan persahabatan antara Mutusamy dan Rajamutu mahupun bersama Tun Boen Heong? Apakah gelak ketawa suka suka hati sebab main game Naruto Shipuden itu boleh digelar ukhuwwah?
Jadi, berdasarkan kefahaman saya yang cetek ini (semoga Allah menambahkan kefahaman saya, amin), ukhuwwah itu ialah jalinan atau ikatan antara insan insan yang berlandaskan atau bersandarkan kepada Allah subhanallahu taala. Jadi, anda fikirlah jawapan untuk persoalan persoalan retorik di atas.
Seperti yang saya gambarkan pada awal post tadi, ukhuwwah itu amat unik dan menarik, kadangkala pelik. Ia unik dan menarik kerana ukhuwwah ini amat teguh, kuat dan supportive. Sudah beberapa kali rakan kami kehilangan telefon bimbit dan jam tangan, dan kami telah mengumpul wang antara kami untuk membantu ikhwah tersebut. MasyaAllah, sehinggakan wang yang terkumpul jauh melebihi nilai sebenar kehilangan. Dan yang dasyatnya, tidak setitik rasa beban itu menusuk kalbu ini. Itulah yang menarik dan unik tentang ukhuwwah ini. Dan ukhuwwah ini juga kadangkala menjadi pelik. Bayangkan, logikkah apabila dua insan (atau lebih) yang tidak pernah bersua muka, tidak pernah bertegur sapa, tidak pernah nampak batang hidung, tidak pernah tahu namanya, malah yang jauh tempat tinggalnya, boleh berborak rancak, berpelukan, bergembira, senyum tawa, berkongsi cerita, malah rindu untuk berjumpa dengannya lagi di lain masa? Jika kita lihat dari kaca mata biasa, ia tidak logik sama sekali, tetapi setelah anda memakai kaca mata ukhuwwah itu anda akan mengerti apa2 yg saya utarakan ini.
[You should know that the strongest bond in this world isn't hydrogen bond, covalent bond or metallic bond, but it is Ukhuwwah Bond]
"Antara kegembiraan dan keseronokan seseorang ikhwah itu ialah melihat wajah wajah ikhwah lain. Jika berjumpa maka hilanglah segala bebanan di fikiran"
[Ukhuwwah itu sungguh manis, semanis gula gula jeli. yummy ^_^]
Akhir kalam, ketahuilah bahawa:
"Jika persahabatan itu kerana pangkat, ia akan bergantung pada pangkat,Jika persahabatan itu bergantung pada tiang, maka tiang akan jatuh,Tetapi jika persahabatan itu bersandar pada Allah, maka Allah itu kekal dan hidup selama lamanya"
Uhibbuka fillah, Jazaakallahu khair (^_^)






1 comment:
sumpah osem aktiviti kamu di johor ya!
Post a Comment