About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, January 27, 2012

Jangan biarkan diri anda gemuk


Assalamualaikum..

Satu perkongsian yang cukup zass. ouch ! Semoga bermanfaat. Dicedok dari muharikah wordpress.

________________________________________________________________________________________________________



" lama saya tak menulis di sini. Saya menulis ini untuk kamu yang sentiasa mahu menghirup mata air segar dari taman mawadah di atas ukhuwah kita kerana Allah Taala
Sungguh juga aku tahu, kamu mahu menghirup tenaga dan semangatku, agar kamu dapat terus berjalan di atas muka ALlah ini dengan penuh tegar sekali, walaupun dirimu sudah penat dan letih berjalan di atas muka bumi Allah ini.
Apa yang kamu lalui di bumi sana, pasti juga akan kamu temui di bumi realiti malaysia yang sedang kemarau dan kekontangan ini.
Di mana sahaja Allah campakkan kamu, pasti di situ kamu akan diuji untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah.
Kamu akan sentiasa merasa dahaga, dahaga dalam mencedok mata air hidayah, juga kamu akan kemaruk pada bimbingan seorang murabbi.
Dan itulah keadaan yang menguntungkan, kerana walau sedikit air kamu dapat nikmati, kamu akan terus bersyukur.
Begitu jauh jarak memisahkan kita, dan aku tahu, kau berharap agar aku memahami situasimu, dan terus menerus berharap aku terus memberi padamu. walaupun aku tahu, kau segan menegurku kerana takut menganggu kesibukanku.
Zaman kita berbeza dengan syuyukh terdahulu.
Generasi terawal kita bermula dari dagang. Bermula dari seorang. Akhirnya mereka membina diri mereka sendiri.
Mereka membaca, dengan sendiri
mereka menuntut ilmu, dengan sendiri
Mereka mengejar kefahaman, dengan sendiri.
kerana itu, apabila mereka kembali ke Malaysia untuk mencorakkan dakwah di sini, mereka mampu untuk berdiri teguh sendiri, independent, dan terus melangkah tanpa henti.
Ada yang kecundang, tapi ramai juga yang masih istiqamah di atas saff ini.
Bila di tanya, sapa murabbi mereka, sapa pembimbing mereka, siapa yang menyebabkan mereka istiqamah, ternyata sebenarnya tidak ada.
Kerana mereka sendirilah yang berusaha untuk memantainkan diri mereka.
Yang menjadi bekalan ampuh buat mereka selama puluhan tahun, adalah apa yang mereka pelajari dan miliki sewaktu mereka di alam siswa.
Dan kini, dakwah di negara kita tertegak asasnya, di atas usaha mereka.
Generasi kita berbeza sekali.
Nak suruh baca sendiri :
HA? baca buku?? tebal tak?
Nak suruh dengar rekording sendiri :
hurrmm.. tak de lah rekording . mana ntah simpan.
nak suruh gi cari sendiri ilmu-ilmu tambahan :
sibuklah, banyak kerja!
Akhirnya, kita menjadi generasi yang gemuk kerana banyaknya lemak kemalasan, dan jahil kerana bekunya kita dalam menuntut ilmu. Manja, kerana semua benda nak disuapkan, barulah nak meningkat!!
Heyyyyyyyyyyyyyy!
Bangunlah! ( okay, tak reti nak buat gaya sebenarnya)
Kita tak boleh terus begini!! Bagaimana kita nak mensustainkan diri kita, jika kita sendiri lemah dalam mengawal diri kita??
Kita takkan selama-lamanya berada dalam zon selesa.
Kita takkan selama-lamanya dalam keadaan ditatang bagai minyak yang penuh.
Akhirnya kita rasa sangat frust dan kecewa, kerana terlalu asyik mencomparekan usrah lama kita dahulu yg amat super best, dengan usrah sekarang yang kurang dirasai nikmat serta peningkatan.
Tarbiyah Allah itu, tak datang secara teori.
Bila tiba masanya, ia akan datang secara praktikal.

It will hit u very hard.

Tarbiyah peristiwa itu akan menghenyak kamu, akan menghentak kamu, dan menggoncang-goncang jiwa kamuuuuuu…..
sehingga kamu akan bertanya pada Allah…
‘ mata nasrulllah?????
Bila nak datangnya pertolongan dari Allah ini? Batinku dah terseksa rasa nak mati, dah tak larat sangat bertahan neh!
Sehinggalah akhirnya, ALlah taala datangkan bantuan tak terduga, atas kesabaran kita dan doa tanpa putus kepadaNya.
Di situ,
akan kamu hirupi satu nikmat, teramat lazat tak terperi.
Nikmat mendapat redhaNya, dan nikmat mendapat bantuan direct dari Allah, serta nikmat dikabulkan doa.
Ternyata, dari peristiwa itu, kamu akan lebih memahami Deen kamu, berbanding puluhan sesi usrah yang kamu hadiri, juga daurah-daurah bulananmu.
Ternyata, keperitanmu mengharungi jalan tarbiyah ini, akan mematangkan kamu akan erti kehidupan. Kamu akan mula mengerti, bagaimana seharus tarbiyah itu, menyelinap masuk, dan hidup dalam kehidupan realiti kita, bukan sekadar retorik simpanan di buku nota kecil yang comel.
Dari pengalaman itulah, kamu tumbuh sebagai manusia yang amat peka hatinya dan besar jiwanya.
Sehingga kamu dapat melihat dunia ini dengan bashirah, penuh kefahaman,. Memasuki satu dunia yang takkan dapat dirasai oleh orang yang tak melalui jalan tarbiyah kehidupan ini.
Begitu juga, hati dan fikiranmu akan terbuka untuk mendidik pewaris dakwahmu. Kamu akan lebih banyak berfikir, banyak bermuhasabah, dan banyak merangka formula.
Itulah yang menjadi bekalan utuh kamu di medan jihad sebenar di Malaysia.
Apabila hatimu kukuh untuk dakwah
Apabila perasaanmu terwarna dengan Islam
bila cintamu bulat hanya untuk Allah,
kamu akan tegap di atas jalan penuh mehnah ini
Kamu akan berjalan terus, walau banyaknya halangan kamu di hadapan.
Kerana matlamat kamu amat jelas.
Matlamat kamu hanyalah ALlah, serta redhaNya.
Dan kamu akan hidup mendahulukan Dia dalam semua perkara.
Akhirnya apabila kamu telah teguh di atas jalan ini, kamu terus mengorak langkah membina manusia lain, walaupun dirimu terputus bekalan dalam memberi!
Kerana kamu tahu, bekalan itu datangnya dari Allah.
Kamu harus sahaja rajin mencarinya tanpa disuruh dan diberi apa-apa!
Dunia, takkan pernah sempurna, cuma kita perlu menerima keadaan dunia kita ini dengan sempurna.
Aku tahu aku tak mampu memberikan banyak perkara buat kamu. CUma aku berharap, kamu akan sentiasa bersungguh berkarya meraih redha Allah, mencari cinta dan sakinah melalui Dia.
Seterusnya, kamu berterusan dalam amal ini, kerana dakwah inilah yang menjadi wasilah bagi para Nabi dan sahabat menuju syurga Allah. Tiada jalan lain.
Sehinggalah dakwah ini menjadi kehidupan kamu dan darah daging kamu.
Aku ingin memeluk tubuhmu dan sentiasa memberi kata semangat buat kamu.
Kerana aku pernah berada di tempat kamu, ketika melihat redupnya harapanku untuk hidup demi terus memberi kepada binaanku.
Akhirnya aku bertemu dengan mataair himmah mencurah ke dadaku, saat aku menerima pertolongan dari Allah,yang pelbagai bentuknya. Samada manusia yang didatangkanNya untukku, ataupun penulisan yang Alllah takdirkan mataku membacanya. Semuanya membasahkan dan menyegarkan aku .
Moga kamu terus tegar dan tabah dalam berjuang, Bergantunglah sepenuhnya pada Allah. sepenuhnya, sehinggalah kamu menemui pelbagai hikmah, yang tak pernah kau sangkakan.
Moga satu masa nanti, kita akan menghirup udara yang sama, berdekatan antara satu sama lain.
Wassalam "

Ukhtimu di jalan dakwah
AisyahZ
KL

Wednesday, January 25, 2012

akh yang sebenar

Al akkhossodiq labudda, ayyaquna murobbial

"seorang akh yang sebenar, tidak bukan tidak, ialah seorang murobbi"



Tuesday, January 17, 2012

Anda tahu ngak ?

Assalaamualaikum warahmatulah.

Anda tahu atau tidak,

Siapakah orang paling kuat di dunia?

Anda tahu atau tidak,

Siapa orang yang paling bijak di dunia?

Anda tahu atau tidak,

Apakah senjata paling ampuh di dunia ini ?




Orang yang paling kuat di dunia, bukanlah seorang ahli bina badan mahupun ahli gusti, inikan pula pemain ragbi.. Tetapi orang yang paling kuat di dunia ialah orang yang dapat menguakkan selimutnya tatkala azan subuh berkumandang di hening pagi yang angin sejuk bertiup sepoi sepoi bahasa.

Ya, anda lihatlah di kiri dan di kanan anda ! Mereka yang mampu berlari berpuluh-puluh kilometer tanpa henti di petang hari tapi malangnya tidak mampu melangkah ke surau pada pagi hari.

Mereka yang mampu mengangkat pemberat berpuluh-puluh kilogram di gym kolej pada petang hari selasa, tidak mampu untuk menarik pintu biliknya pada jam 6.00 pagi untuk menjawab panggilan Tuhannya.

Bahkan, mereka yang sibuk menonjolkan kekuatannya di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar melalui drama-drama juga tidak mampu bangun, membuka mata mengangkat dua tangannya untuk memperbesarkan tuhannya.





Ramai mungkin mengatakan Albert Einstein paling bijak di dunia. Tidak kurang ramai yang mengatakan Stephen Hawking, Macio Kaku, mahupun Isaac Newton. Ada juga mengatakan Steve Jobs. Tetapi sebenarnya:

"Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada nabi (s.a.w) yang bersabda; 'orang yang paling pandai/bijak itu ialah barangsiapa yang mengira-ngira pada dirinya (yakni menghisab dunia sebelum matinya) dan beramal apa-apa sesudah matinya (yakni menyiapkan sebanyak mungkin amalan untuk akhiratnya), dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti dirinya (yakni menghisab kesedapan dunia), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah'"






Dan senjata yang paling ampuh di dunia ini bukanlah M16 mahupun pistol Eagle, tetapi ialah doa seorang muslim.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al baqarah:153)


Maka jika kamu berada dalam saat-saat getir, mintalah kepada Dia. Kerana apa? Kerana dia Maha Kaya ! Maha Pemurah ! Maha Pemberi Rezeki ! Maha Besar !




Sekian. ^.^

Saturday, January 7, 2012

Sila Jawab Soalan Ini Sekiranya Anda Seorang Yang Ohyeah Lagi Osem

Assalaamualaikum warahmatullah muslimin muslimat yang dirindui lagi dikasihi kerana Allah.

Saya pernah bercerita sebelum ini bahawa saya pernah ziarah ke bumi Aceh [Setinta Pengalaman Di Bumi Aceh] [Aceh: Mengimbau Pengalaman, Menuai Pengajaran]

Satu perkara menarik terjadi disana, tatkala saya menonton salah sebuah rancangan tv. Ada seorang bertanya, "Kau rasa apa beza kau dengan air." Dan jawapannya.. wahh, sungguh osem ^^

Maka dengan itu, saya terasa ingin berkongsi perkara ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang. 

[Amaran: Jawapan2 kepada soalan sebentar lagi bisa membuatkan anda muntah hijau dua hari dua malam. Takpon anda akan 'perasan' dan terawang awang di langit selama beberapa bulan. Muahaha]


Sebelum anda melihat jawapan, saya mencadangkan anda berfikir sejenak jawapan yang sesuai. Selamat mencuba !

__________________________________________________________________


Soalan 1: Awak rasa apa beza awak dengan air?

(sila fikirkan apa apa jawapan dulu)



Jawapan: Air mengalir di sungai, tapi awak mengalir di hati saya.

Amacam, ada nak termuntah hijau tak? Hoho. Eh, ape senyum sorang2 tu ^_^
Okeh, mari tengok soalan seterusnya.



Soalan 2: Awak rasa apa beza awak dengan raja?



Jawapan: Raja bertakhta di singgahsana, tetapi awak bertakhta di hatiku






Soalan 3: Awak rasa apa beza awak dengan biskut?



Jawapan: Biskut jika dibiarkan lama akan lemau (masuk angin), tetapi awak tidak akan lemau di hati saya






Soalan 4: Awak rasa apa beza awak dengan bunga?



Jawapan: Mana-mana bunga hatta bunga ros sekalipun pasti akan layu, tetapi awak akan tetap segar di hati saya.






Soalan 5: Awak rasa apa beza awak dengan gula gula?






Jawapan: Gula gula hanya manis di mulut, tapi awak manis di hati saya. ^_^
____________________________________________________________________________


Wahaha, amacam? Ada rasa macam nak termuntah hijau tak? Eh, jangan menitis air mata terharu pulak. ^_^

Apa apa pun, soalan ini saya amat galakkan untuk anda tujukan kepada kawan kawan anda yang anda amat cintai dan kasihi. Lebih lebih lagi kepada orang orang yang sama berjuang di jalan ini. 

Saya pernah mencuba dengan beberapa orang rakan, dan saya dapati hanya ada 2 reaksi iaitu ketawa dan senyap. Yang ketawa tu mungkin cover sebab terharu, huhu dan yang senyap tu mungkin terharu jugak. >.<

Konklusinya, soalan ini amat baik untuk merapatkan ukhuwwah. Yang penting sekali jangan mengeksploaitasi soalan jiwang ini untuk kegunaan maksiat, seperti untuk kapel2 anda *koff kofff* Saya tidak bertanggungjawab dan tak mahu menambahkan saham neraka.

Jadi, silalah share jika anda rasa soalan ini amat berguna dan mampu membuatkan lebih ramai orang muntah hijau.

okthanksbye, jzkk.


(kredit kepada rakan2 yg cukup kreatif sehingga mencipta soalan2 baru)

Saturday, December 31, 2011

Post Terakhir 2011 Hoyeah

Assalamualaikum muslimin muslimat yang dikasihi kerana Allah ^_^

          Dalam sedar atau tidak, 2011 telah melabuhkan tirainya. 'Masa' masih patuh dan akan terus patuh atas arahan yang diberikan kepadanya iaitu untuk sentiasa bergerak, samada kita sedar atau tidak. Tanpa mengambil kira apa yang kita lakukan, samada perbuatan kita menambahkan amal mahupun tidak dan lebih teruk menambahkan dosa, masa akan dan pasti terus bergerak. Itulah keistimewaan masa.

           2011 telah melabuhkan tirai, 2012 telah muncul tanpa dipaksa ! Maka dengan itu mari bermuhasabah bersama. Apa yang telah kita lakukan dalam masa satu tahun ini ? Apakah amalan kita menamahkan amal dan saham saham syurga ? Apakah kita sebagai umat terbaik telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, amar makruf nahi mungkar


           Tahun 2011 pastinya telah melakarkan banyak kenangan kepada setiap daripada kita, tidak kira sebagai pelajar, manusia, rakan, anak, mahupun ikhwah akhawat. Dan kenangan itu pastinya pahit dan manis. Bagi diri saya sendiri, teramat banyak pengalaman manis dan juga pahit. Dan rakan rakan sekalian, ketahuilah bahawa kenangan itu akan menjadi sia sia dan akan masuk ke dalam tong sampah, sekiranya, kita tidak mengambil ibrah daripada so-called kenangan kenangan tersebut, dalam kita merangka gerak kerja kita pada masa hadapan. 

Keseluruhannya, 2011 telah menjadi saksi bahawa saya telah memperbaharui diri ini sedikit demi sedikit, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan bulat keseluruhannya (baca: all rounded) Walaupun x mencapai azam 2011 seratus peratus.

Okeh, cukup 2011 sekadar disini.

Mari ucapkan ahlan wasahlan 2012, dengan tangan yang besar.



Maka dengan itu, marilah kita menetapkan azam tahunan kita yang baru.

Kenapa nak azam baru, bukan setiap hari kena azam baru ke?

Benar, malah setiap hari harus kita berazam untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Namun, kita harus punyai satu azam yang lebih besar, dan bagi saya azam tahunan. Ibaratnya visi dan misi. Visi itu azam tahunan, misi itu azam harian.

Maka dengan itu, saya mengumumkan sepuluh azam 2012 untuk diri ini kecapi:

1) Menjadi muslim all-rounded (dari segi keimanan, kekuatan, akal, etc)
2) Menjadi anak yang lebih patuh kepada ibu bapa, berbanding kepatuhan 2011.
3) Menjadi rakan yang berguna dan membantu.
4) Mengawal nafsu amarah dan syahwat sebaik-baiknya.
5) Memperoleh keputusan yang baik untuk peperiksaan IB dan jika diizinkannya, sambung pelajaran di luar negara.
6) Tidak membazir masa (komputer terutamanya)
7) Mempertingkatkan amal ibadah.
8) Hafal 1 juzu' al Quran at least.
9) Melaksanakan proses takwin dan tanfiz kepada adik2 BG sebaik baiknya.
10) Update blog selalu ? errr.

Baiklah, 31 Disember 2012 nanti, insyaAllah kalau masih bernafas di muka bumi ini, saya akan kembali muhasabah sepuluh azam tersebut. InsyaAllah.

___________________________________________________________________________________________



"Wahai orang - orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)

____________________________________________________________________________________________

Friday, December 30, 2011

Aceh: Mengimbau Pengalaman, Menuai Pengajaran

Assalaamualaikum.

Sudah hampir lapan tahun bencana tsunami melanda bumi nusantara, Malaysia tidak terkecuali. Teringat saya ketika itu, dimana saya baru mengenali perkataan tsunami beberapa minggu sebelum kejadian sebenar. Maha Suci Allah, Pemilik Langit dan Bumi.


(Video daripada Uncle Youtube sekitar bencana tsunami di Acheh)

Maka dengan itu, terimbau juga kenangan saya di bumi Aceh. Pada saya berada di bumi Aceh buat masa yang sungguh singkat iaitu hanya seminggu telah menyentuh hati dan memberikan banyak pengajaran buat saya.

Maka dengan itu juga, terimbau juga kenangan hari terakhir di bumi Aceh dimana kami melawat sekitar kawasan yang dilanda badai tsunami. Sungguh memilukan. Sungguh menyedihkan. Sungguh memberikan pengajaran. 

Manusia mana akan sangka tatkala mereka bersuka gembira, badai itu meranapkan kota mereka.
Manusia mana akan sangka tatkala mereka berpayahan mengumpul wang, badai itu meranapkan kota mereka.
Manusia mana akan sangka tatkala mereka tertawa bersama keluarga tercinta, badai itu meranapkan ikatan kekeluargaan mereka.
Manusia mana akan sangka tatkala mereka sedang sujud menyembah Sang Pencipta, badai itu telah menjemput mereka menemuiNya.

Maka dengan itu jugalah, disini saya sisipkan bebarapa kepingan gambar untuk tatapan diri saya of kos, dan juga anda semua.

_________________________________________________________________________________________________

Gambar kapal yang tersadai di atas bumbung rumah. Lokasinya tak tahu berapa meter@kilometer dari pantai, tapi jauh la.










______________________________________________________________________________________________

Muzium tsunami, hari Jumaat tutup :( Bukan rezeki nampaknya.


_____________________________________________________________________________________________

Kapal besar, sumpah besar tersadai di tengah tengah kota. Digelar Kapal Apung oleh penduduk setempat.





*Ops ^^
___________________________________________________________________________________________

Disebalik kebinasaan yang dihantar Allah, alam ciptaanNya tetap indah untuk dinikmati oleh setiap mata, menenangkan jiwa ^^











"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" (Ali Imran:190)
__________________________________________________________________________________________

Masjid Baiturrahman, masjid yang tidak diranapkan oleh badai tsunami atas atas arahan Tuannya, untuk diperlihatkan kepada manusia akan kebesaranNya.

Alhamdulillah sempat bersolat jumaat disini :)
















_________________________________________________________________________________________

Mungkin itu sahaja. Semoga tragedi yang menimpa Aceh sentiasa menjadi pedoman buat kita. Bahawasanya Allah itu Maha Berkuasa, apabila Dia berkata "Jadilah" maka jadilah ia!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...