About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Sunday, April 17, 2011

kenapakah =.=

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan memicit gambar tersebut untuk pembesaran mega. Sekian terima kasih. Harap maklum.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak bina base memang nampak macam x berapa penting berbanding dinding luar, tapi hakikatnya sebaliknya, bukan. ~

Gembira Bulatan Dalam Rumah.

Perhatian! Tajuk sila baca dari belakang ke depan ^^

Kali ini saya nak berkongsi pula tentang pengalaman membawa bulatan gumbira yang kedua. Kami memulakan dating (baca: perjumpaan) kami dengan membacakan sedikit potongan surat cinta. Ya, surat cinta bertajuk Saff dan alhamdulillah kami mentadabbur sedikit ptotongan ayat-ayat cinta tersebut, berkenaan ukhuwwah~

Kali ini saya berasa riang gembira untuk bercerita tentang rumah. Ya, rumah tapi bukan calang-calang rumah. Rumah yang saya nak cerita ni ada lima tiang sahaja dan di dalam rumah ini lengkap dengan segala-galanya. Memang besar tahap gunung Kinabalu rumah ni. Rumah Tuan Gatsby, ohh tidak tidak (hanya utk pelajar2 sekolah IB yg kaji Tuan Gatsby. huaha). Siyes siyes, rumah yg saya nak cerita ni jauh lebih besar dari segala macam bangunan di dunia bumi mahupun marikh.

(Rumah ni masih kecil. Percayalah!)

Sebelum saya bercerita kepada ahli kumpulan bulatan tentang rumah ini, saya berasa teruja untuk bermain satu permainan simple. Main teka2. (permainan diciplak dari Inche Gabbana.ho3). Saya bertanya empat kata kunci mudah dan mereka hanya perlu menyebut apa-apa yg bermain di fikiran mereka.

____________________________________________________________________

Kata kunci pertama: HIBURAN.
jawapan mereka: Siti Nurhaliza, Malaysian Idol, AF, Juara Lagu

Seterusnya: POLITIK
jawapan: x telus, korupsi, rosmah, najib, boring

Berikutnya: EKONOMI
jawapan: nkra, cina, harga minyak naik bukan salah kerajaan tetpi kalau menurut buku econs sebenarnya adalah disebabkan bla bla bla (ijam)

last skali: ISLAM
jawapan: errrrr, ceramah?, usrah, penting, alQuran
(ketepatan game adalah berdasarkan jumlah pemain, semakin ramai pemain, semakin tepat data)
_____________________________________________________________________

Dari game tersebut nampak bukan apa situasi kita sekarang ini. Macam mana GF berlaku sehingga kita selalunya memisahkan atau mensekularkan agama daripada kehidupan seharian. tengok jawapan utk perkataan ISLAM tu, semuanya berkaitan dengan sebahagian kecil Islam sahaja.

Dalam hadis arbain:
"Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)"

dan kalau ikut meniti intipati hadis tersebut, rasulullah mengatakan Islam itu didirikan oleh 5 dasar iaitu 5 rukun Islam yang kita dah tahu semenjak darjah 1. Dan persoalan yang bermain-main dalam diri pengarang ialah "Seluas manakah Islam itu sebenarnya?" Adakah cukup dengan lima perkara tersebut?

0ohh, sebenarnya tidak! 5 perkara itu sebenarnya hanyalah dasar dan Islam itu jauh lebih luas. Apakh maksudnya =.=?? Maknanya Islam itu sebenarnya merangkumi setiap aspek kehidupan yang kita lalui samada hiburan, ekonomi, sosial, mahupun politik. Islam itu kan Ad-Deen (>.<)

Apa kaitannya dengan rumah lima tiang tu? Fikir-fikirkanlah. Dalam rumah ada bermacam-macam benda. Ada sofa, tv, ps, swimming pool, mejs snooker, dapur, bilik mandi yang sebenarnya boleh kita andaikan sebagai aspek-aspek dalam kehidupan kita. Contohnya, seperti diatas. Jadi sebenarnya Islam itu boleh kita analogikan sebagai keseluruhan rumah itu. Bukan hanya pada 5 tiang sahaja. Itulah gambaran betapa luasnya coverage Islam dalam kehidupan, lebih luas dari coverage celcom, maxis ataupun YES 4G. huhu.

(Dalam Islam itu lebih luas, berbagai, indah, cantik daripada ini :)

juga ini!

Habis2 cerita, kami pon berborak-borak. Merapatkan hubungan kot. dan perjumpaan seterusnya? Ohhh tidak. kita lihat nanti XD

Wassalam~

Thursday, April 14, 2011

Bulatan Gembira yang pertama ^^

*Entri ini hanya buat yang mengerti (>.<")


Sudah 2 minggu bergelar sebagai pengendali bulatan. Satu pengalaman yang penting dan amat baru untuk diri ini. Peserta-peserta bulatan terdiri daripada 3 orang kesemuanya iaitu Razin Asyraf (room mate), FaSu and also Ijam. Kesemuanya manusia-manusia yang ceria dan hal ini menyebabkan proses taaruf berjalan lancar. Berdebar-debar jugak nak bawak orang ni. Jadi, sebelum nak memulakan bulatan ni, sentiasa terkenang balik apa-apa yang akhi Faiq buat dekat kitorg. Ya, makanan! Satu alat yang menarik untuk memancing hati-hati manusia ^^
Jadi, 'malam pertama' ni penuh dengan senda gurauan dan parti. Huhu.

Sekarang tengah pandang kehadapan (baca: looking forward) supaya lebih ramai dapat join bulatan yang menggembirakan ni. Dan tengah fikir ape nak cerita kat ahli2 bulatan yg lain pada perjumpaan seterusnya.

Wednesday, March 16, 2011

flying without wing.

surat yang bermakna oleh Muhammad Muizzudin kepada 'kepimpinan' negara.

Betapa kita, pembentuk masa depan Islam dan negara perlu mengambil pengajaran dan memperbaiki diri kita.

Monday, March 14, 2011

macam2 =.=




Assalamualaikum. Disini bukan untuk mengecam illustrasi berita harian ni sebab saya percaya ramai yang dah melakukannya. Hoho. Popular Malaysia masuk CNN.

Tapi sebenarnya karikatur ni membawa seribu satu pengajaran. Bahawa sebenarnya sehebat mane pon kita, xkira la sehebat ultraman taro ke, ultraman zeus ke, ultraman gaia ke, superman ke, merlin ke, kalau Allah mahu timpakan azabnya maka hancurlah kita. Walau kita insan yang bergelar Tan Sri, Dato' mahupun raja, kita tidak terlepas dari azab dan kebinasaan Allah.

Allah baru je turunkan bencana gempa bumi yang disusuli tsunami, itupun habis hancur satu Jepun. Jepun tu, negara maju yang banyak persediaan dengan bencana alam. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah melebihi kekuasaan manusia.

*haa, kalau ni pulak, apa jadi. hancur.

Bayangkan kalau Allah turunkan dekat Indonesia, Jepun, Filipina serentak gempa bumi, sekali dengan gunung berapi. X hancur ke satu Malaysia. Confirm rata 1Malaysia. Hmm, Kebelakangan ni ada pulak si polanah muncul dekat tv dan mengatakan bahawa bencana yang menimpa Jepun tu sebenarnya akibat kecuaian dalam mebangunkan teknologi hijau dan mesra alam. Oh, tidak tidak. Salah besarlah anda kalau berfikiran sama macam tu. Ingatlah

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman, "Jadilah engkau." Maka ia terus menjadi. (Yasiin, 36:82)

Maka, marilah kita bertaubat kepada Allah pada setiap masa dan bertakwa kepadanya dengan sebenar2 takwa. Sementara masa masih ada.

Wassalam

Friday, March 11, 2011

Si Tukang Cukur

Alkisah di sebuah negeri bernama Atlantis, seorang laki-laki bernama Gatsby datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya.

Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan Nik, si tukang cukur yang melayaninya. Berbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan,
hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

"Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Gatsby terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"..

"Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang
mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap Nik dengan nada yang tinggi.

Gatsby pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, dia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak Lebih meluas lagi.

Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Gatsby pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.


Gatsby kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"... Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Gatsby tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggahnya sang tukang cukur.

Gatsby kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat!" tegas Gatsby. "Itulah contohnya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh
dunia ini...."

Hehe.. Amacam?
Kalau anda suka kisah ini, ambil pengajaran dan kirimkan pada yang lain. Kalau anda juga berpikir sama seperti sang tukang cukur, abaikan saja kisah ini.

Thursday, March 3, 2011

Emosi Yang Bercelaru.


Kupasan emosi oleh En. TOK amat menarik sekali. Betapa sebenarnya manusia ini memerlukan emosi dalam menjalankan kehidupan. Kurangnya emosi menyebabkan seseorang itu kurang 'penangan' dalam kehidupan, tapi kalau terlebih pulak, bahaya juga.


*yang mana satu anda ketika ini

EMOSI.
Perkataan ni membawa lebih banyak maksud negatif dalam masyarakat berbanding positiviti.
Benda ni jelas dilihat dalam masyarakat Melayu. Cuba bayangkan ada org dtg dekat dengan kita dan secara terus terangnya berkata, "ko pehal emosi sangat ni!".
Mesti kita kata dalam hati, "Aik, apehal pulak mamat/minah ni nak cakap aku emotional??"
Jelas, apa yang kita gambarkan mestilah bnda negatif. Ade ke kita suka orang cakap kita emosi. Padahal, gembira itu emosi, riang itu emosi, teruja itu emosi, simpati itu emosi, bla3..

Ahh, biarlah EMOSI tu membawa maknanya yang sendiri.
Tapi nk cakap kat sini bahawa org yg menulis betul2 tgh emosi.
Emosi yang bercampur baur. Banyak betul benda yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan empunya diri tertekan, sedih, kecewa...
Kegagalan demi kegagalan terpalit di muka ini. Dush2..

Hmm, heran sungguh betapa hati ini masih tidak tenang =.=". Masih adakah palitan hitam dekat hati ini? Astaghfirullah hal azim. Tatkala diri ini menghitung kegagalan demi kegagalan yang Allah kurniakan, teringat pula satu perkara. Jeng2..

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman 55:13)

Bukan sekali Allah ulang ayat tu dalam surah Ar-Rahman. Berkali2 tu. Ya, mmg betul. nikmat yang Dia kurniakan dekat kita memang berlambak2. Lihat sekeliling kita, mana satu nikmat yang bukan dikurniakan Dia. Pokok, burung, ayam, ikan, gunung, udara, air, matahari, bintang, rumput, bakteria, sel, darah putih mahupun merah, enzyme, ATPase, Growth hormone, mitochondria, awan, ibu, bapa, adik, kakak, abang, bapak saudara, mak saudara, duit, petrol, diesel, dakwat, minyak wangi, rambut yang hitam, muka yang hensem, hidung yang cukup lubangnya, kaki yang tidak tempang, otak yang bijak, harta, anak2, EMOSI ....................etc........

Jadi, la tahzan. Setiap yang berlaku ada ibrahnya. Dalam kita mengeluh bahawa Allah x sayangkan kita, x bagi lulus test bio, x bagi menang lawan bola, kita terlupa bahawa nikmat Allah berikan dekat kita meliputi langit dan bumi. Hatta, EN. EMOSI juga Allah kurniakan dekat kita untuk kita belajar sesuatu daripadanya.

Wallahualam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...