
*yang mana satu anda ketika ini
EMOSI.
Perkataan ni membawa lebih banyak maksud negatif dalam masyarakat berbanding positiviti.
Benda ni jelas dilihat dalam masyarakat Melayu. Cuba bayangkan ada org dtg dekat dengan kita dan secara terus terangnya berkata, "ko pehal emosi sangat ni!".
Mesti kita kata dalam hati, "Aik, apehal pulak mamat/minah ni nak cakap aku emotional??"
Jelas, apa yang kita gambarkan mestilah bnda negatif. Ade ke kita suka orang cakap kita emosi. Padahal, gembira itu emosi, riang itu emosi, teruja itu emosi, simpati itu emosi, bla3..
Ahh, biarlah EMOSI tu membawa maknanya yang sendiri.
Tapi nk cakap kat sini bahawa org yg menulis betul2 tgh emosi.
Emosi yang bercampur baur. Banyak betul benda yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan empunya diri tertekan, sedih, kecewa...
Kegagalan demi kegagalan terpalit di muka ini. Dush2..
Hmm, heran sungguh betapa hati ini masih tidak tenang =.=". Masih adakah palitan hitam dekat hati ini? Astaghfirullah hal azim. Tatkala diri ini menghitung kegagalan demi kegagalan yang Allah kurniakan, teringat pula satu perkara. Jeng2..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman 55:13)
Bukan sekali Allah ulang ayat tu dalam surah Ar-Rahman. Berkali2 tu. Ya, mmg betul. nikmat yang Dia kurniakan dekat kita memang berlambak2. Lihat sekeliling kita, mana satu nikmat yang bukan dikurniakan Dia. Pokok, burung, ayam, ikan, gunung, udara, air, matahari, bintang, rumput, bakteria, sel, darah putih mahupun merah, enzyme, ATPase, Growth hormone, mitochondria, awan, ibu, bapa, adik, kakak, abang, bapak saudara, mak saudara, duit, petrol, diesel, dakwat, minyak wangi, rambut yang hitam, muka yang hensem, hidung yang cukup lubangnya, kaki yang tidak tempang, otak yang bijak, harta, anak2, EMOSI ....................etc........
Jadi, la tahzan. Setiap yang berlaku ada ibrahnya. Dalam kita mengeluh bahawa Allah x sayangkan kita, x bagi lulus test bio, x bagi menang lawan bola, kita terlupa bahawa nikmat Allah berikan dekat kita meliputi langit dan bumi. Hatta, EN. EMOSI juga Allah kurniakan dekat kita untuk kita belajar sesuatu daripadanya.
Wallahualam~

2 comments:
Yes, ada hikmah disebalik semua kejadian. Kita tidak akan merasa nikmatnya syukur jika tidak diuji. Kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Semua itu sunnatullah. Asalkan kita yakin pada janji-Nya, insya Allah Allah tidak akan menghampakan hambaNya~ All da best ammar.. my doa is always for u!
suke entry nie....:)
Post a Comment