Perhatian! Tajuk sila baca dari belakang ke depan ^^
Kali ini saya nak berkongsi pula tentang pengalaman membawa bulatan gumbira yang kedua. Kami memulakan dating (baca: perjumpaan) kami dengan membacakan sedikit potongan surat cinta. Ya, surat cinta bertajuk Saff dan alhamdulillah kami mentadabbur sedikit ptotongan ayat-ayat cinta tersebut, berkenaan ukhuwwah~
Kali ini saya berasa riang gembira untuk bercerita tentang rumah. Ya, rumah tapi bukan calang-calang rumah. Rumah yang saya nak cerita ni ada lima tiang sahaja dan di dalam rumah ini lengkap dengan segala-galanya. Memang besar tahap gunung Kinabalu rumah ni. Rumah Tuan Gatsby, ohh tidak tidak (hanya utk pelajar2 sekolah IB yg kaji Tuan Gatsby. huaha). Siyes siyes, rumah yg saya nak cerita ni jauh lebih besar dari segala macam bangunan di dunia bumi mahupun marikh.

(Rumah ni masih kecil. Percayalah!)
Sebelum saya bercerita kepada ahli kumpulan bulatan tentang rumah ini, saya berasa teruja untuk bermain satu permainan simple. Main teka2. (permainan diciplak dari Inche Gabbana.ho3). Saya bertanya empat kata kunci mudah dan mereka hanya perlu menyebut apa-apa yg bermain di fikiran mereka.
____________________________________________________________________
Kata kunci pertama: HIBURAN.
jawapan mereka: Siti Nurhaliza, Malaysian Idol, AF, Juara Lagu
Seterusnya: POLITIK
jawapan: x telus, korupsi, rosmah, najib, boring
Berikutnya: EKONOMI
jawapan: nkra, cina, harga minyak naik bukan salah kerajaan tetpi kalau menurut buku econs sebenarnya adalah disebabkan bla bla bla (ijam)
last skali: ISLAM
jawapan: errrrr, ceramah?, usrah, penting, alQuran
(ketepatan game adalah berdasarkan jumlah pemain, semakin ramai pemain, semakin tepat data)
_____________________________________________________________________
Dari game tersebut nampak bukan apa situasi kita sekarang ini. Macam mana GF berlaku sehingga kita selalunya memisahkan atau mensekularkan agama daripada kehidupan seharian. tengok jawapan utk perkataan ISLAM tu, semuanya berkaitan dengan sebahagian kecil Islam sahaja.
Dalam hadis arbain:
"Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)"
dan kalau ikut meniti intipati hadis tersebut, rasulullah mengatakan Islam itu didirikan oleh 5 dasar iaitu 5 rukun Islam yang kita dah tahu semenjak darjah 1. Dan persoalan yang bermain-main dalam diri pengarang ialah "Seluas manakah Islam itu sebenarnya?" Adakah cukup dengan lima perkara tersebut?
0ohh, sebenarnya tidak! 5 perkara itu sebenarnya hanyalah dasar dan Islam itu jauh lebih luas. Apakh maksudnya =.=?? Maknanya Islam itu sebenarnya merangkumi setiap aspek kehidupan yang kita lalui samada hiburan, ekonomi, sosial, mahupun politik. Islam itu kan Ad-Deen (>.<)
Apa kaitannya dengan rumah lima tiang tu? Fikir-fikirkanlah. Dalam rumah ada bermacam-macam benda. Ada sofa, tv, ps, swimming pool, mejs snooker, dapur, bilik mandi yang sebenarnya boleh kita andaikan sebagai aspek-aspek dalam kehidupan kita. Contohnya, seperti diatas. Jadi sebenarnya Islam itu boleh kita analogikan sebagai keseluruhan rumah itu. Bukan hanya pada 5 tiang sahaja. Itulah gambaran betapa luasnya coverage Islam dalam kehidupan, lebih luas dari coverage celcom, maxis ataupun YES 4G. huhu.

(Dalam Islam itu lebih luas, berbagai, indah, cantik daripada ini :)

juga ini!
Habis2 cerita, kami pon berborak-borak. Merapatkan hubungan kot. dan perjumpaan seterusnya? Ohhh tidak. kita lihat nanti XD
Wassalam~

4 comments:
memang murabbi akan mempengaruhi mutarabbi di bawahnya...
sbb siyes3 itu digunakan...
=_=...
ader menulis gak pasal ni...
http://andaikitafaham.blogspot.com/2010/07/rumah-atau-tiang.html
ammar..
mantap3..teruskn tau=)
am: mantap! siyes3 nti baca ^^
falah: insyaAllah kalau jari masih ada kesanggupan menaip XD
Post a Comment