Alkisah pada satu ketika dahulu, pada ketika kocek mempunyai wang beribu-ribu, banyak benda yang saya angan-angankan. Nak beli itulah inilah. Nak handphone touchscreen, nak gadget2 canggih. hoho. Tapi yang paling x boleh go (baca: blah) ialah saya memang nak beli Macbook Pro. Ish, mantap kot. Time nie memang membuak2 nak beli sebab abang saya dah nak balik dari USA, jadi bolehla tempah. huhu. Pastu pulak, orang cakap lap top nie x payah guna anti-virus. Fuhh. Haha, tapi alasan yang paling jujur lagi lurus ialah sebenarnya nak lain daripada yang lain. Yeelah, kan cool lagi bergaya kalo guna product Apple :) hoho, x boleh go kan..!
Tapi, apakan daya Puan Mama dan Encik Baba tidak bersetuju..! Akhirnya setelah puas bermesyuarat bersama mereka, akhirnya mereka tolong membelikan saya komputer yang serba murah ini.. ehhh, mind the word 'tolong'.. maknanya bukan menggunakan duit mereka ya..! (cehh, bajet berdikari seketika) :D

Ohhh, betapa mudahnya duit $3000 dicurahkan dengan yakinnya untuk membeli sebuah laptop yang cool lagi bergaya (ehh, ramai orang puji kot :P jangan jeles) koff2. Bukan itu saja, juga $700 untuk handphone sentuh permukaan (baca:touchscreen). Wahh, mudah bukan duit mengalir utk membeli. Ala, 700 je, apalah sgt utk handphone :P
TETAPI.. PELIKKAN PABILA..
(katakan) ada seorang makcik ataupun anak kecil yang comot lagi menyedihkan datang dekat kita, sambil berkata dengan suara yang sungguh kasihan;
"Bang, tolong bang derma. Saya dah lama tak makan."
Maka kita yang sedang makan di restoran pun tersedak sebentar. Ish, kesiannya makcik ni :( Kena tolong nie sambil mengeluarkan sekeping not biru.
ATAUPUN PABILA..
"Assalamualaikum brother. Kami dari viva palestine dan Aqsa Syarif ingin mengumpul dana untuk saudara seislam kita di Palestin. Tolong bang, insyaAllah besar ganjarannya disisi Allah. Sambil dia menunjukkan gambar..."


Dan dalam hati berkata,"Ish sedihnya diorang nie. Comel budak tu. Kesian dia kecik2 dah berperang.."
DAN SEKALI LAGI MENGELUARKAN NOT BIRU ITU..

Alhamdulillah, terbuka juga hati kita untuk menginfakkan harta di jalan Allah. Ikhlas tu. Mak cakap "Takpe, biar sedikit asalkan ikhlas."
Tapi errrr... kenapa seringgit je a.k.a sepuluh sposen. Kita kitta kurang berkira dalam hal2 lain. Kalo beli benda lain seperti makanan di resipi rahasia (baca:secret resipi) ataupun mak donald(err,jgn beli yg nie..sekutu kuat Israel) , tanpa segan silu dan tanpa ragu2 kita mengeluarkan not $50 dengan puasnya.. yummy..
Kalo kita nak pergi main bowling atau shopping, dengan mudahnya kita mengeluarkan not-not merah. kalah mesin ATM bank rakyat dekat KMB.
fuhhhh..
Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa kadangkala mudahnya tangan ini mengeluarkan wang yang besar untuk memuaskan nafsu yang semua sedia maklum, termasuk adik saya yang darjah 4, memang akan menyesatkan kita jika tidak dikawal.
Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa kadangkala tangan ini menggapai seringgit (je pon) dengan ragu2 untuk memberi kepada makcik dan pakcik yang kudung kakinya samada di tepi jejantas mahupun pasar malam.
Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebelum ini kita mengaku "Sesungguhnya Solatku Ibadahku HIDUPKU Matiku hanya kerana Allah SWT", tetapi kita masih bakhil untuk mengeluarkan wang kepada saudara seakidah kita.
Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebenarnya kita belum layak lagi untuk ke syurga seperti Abdulrahman bin Auf mahupun Saidina Abu Bakar yang menyerahkan seluruh harta mereka untuk Jalan Ini.
Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebenarnya kita mengabaikan dan lupa akan firman Allah:
"Dan jangan sekali-kali orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dengan karunia-Nya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka. Padahal (kikir) itu buruk bagi mereka. Apa (hartanya) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan (dilehernya) pada hari kiamat..." (Ali-Imran:180)
Tapi masih mampu tersenyum atas perbuatan kita itu.
Ikhwah fillah, sedih bukan! Sedih bukan! Sedih bukan! Sedih bukan!
Rupa-rupanya betapa dunia ini telah bersarang bebas di dalam hati dan jiwa kita.

*peringatan untuk diri dan semua*
Ya, janganlah kita ragu-ragu untuk memberi kerana Islam. Sesnugguhnya perasaan ragu-ragu itu ialah bisikan syaitan kedalam hati dan jiwa kita. Berdoalah kepada Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi agar diperjauhkan dari semua ini. insyaAllah.
wallahualam~aa~


No comments:
Post a Comment