Assalamu’alaikum…
Kepada anak-anakku yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah..Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud..Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat… Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku… sedangkan dia melakukannya terang-terangan..tanpa segan silu… di depan ratusan mata… dengan rakaman AV. Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya… Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik….. Kesemuanya silap si da’i …. sedangkan semua kita adalah da’i..

(Disinikah aku??)
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat..cuma perubahan perlulah slow…. perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi… 40 tahun lagi.. Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat spontan bila tersentuh api…. kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka..?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun… sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya…. berada di atas ubun-ubunnya…!

*atau di sini??
Cukup !…. aku memang bukan di planet yang betul…
Adakah anda semua perasan wahai anak-anakku…?
Wassalam
*Diciplak dari group SAF
*Dari blog muntalaq.wordpress.com
*Catatan 23 ogos 2003 – yang baru sempat di publishkan sekarang..
*Catatan 23 ogos 2003 – yang baru sempat di publishkan sekarang..

2 comments:
pehhh...
citation yg mantap, tapi ko perlu improve utk wat ToK essay dgn EE, sbb citation format sebegini tak menjamin masa depan...
btw, suka lagu nih..
*non-IBianz takkan faham komen aku ini...
@abe am:: Memang la. ni bukan TOK essay. cukup dengan sitation simple2. haha :)
Post a Comment