Sekalipun engkau meracuni mata sekelilingku,
Engkau tidak bisa menutup mata hatiku.
Engkau sangka engkau perkasa.
Engkau sangka engkau berwibawa?
Padahal, engkau hanya pembawa bencana.
Si Durjana!
Si Durjana,
Ingatlah malam tidak akan gelap selama- lamanya.
Siang tidak akan sentiasa ditemani cahaya.
Jangan engkau biarkan nafsu bertakhta di dada.
Nanti mati hati, Merana diri.
Laungmu, "Jadilah seperti al- Ghazali dan Ibnu Sina!"
Tetapi, sebutkan siapa mahu percaya!
Kerana engkau tidak lain,
Hanya seorang Pendusta.
Pendusta..
Jika engkau fikir aku tidak akan berjaya, engkau binasa.
Cercalah aku di sini sana,
Kutuklah aku dimana-mana kerna itu tidak akan berjaya.
Walau tubuhku sekelumit butiran pasir di pantai,
Walau tubuhku sekecil buih di lautan.
Tetapi, hatiku sebesar dunia.
Jiwaku selebar tujuh angkasa raya.
Kepada Yang Terasa..
Tunggu engkau!!
Aku pasti berjaya!
Walau terbuta mataku,
pasti akanku gegar dunia!
YA, GEGARKAN DUNIA!

No comments:
Post a Comment