Semua jawapan tersebut benar kerana kehidupan merupakan suatu perkara yang abstrak. Kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain. Begitu juga erti kehidupan. Setiap orang mempunyai perspektif dan olahan yang berbeza tentang kehidupan. Bagi aku pula kehidupan ini ialah satu perjalanan. Satu perjalanan yang amat jauh dan memenatkan. Dalam satu perjalanan itu jugalah terkandungnya satu cerita, satu peristiwa, satu nakhoda dan satu nostalgia.

Namun apa yang pasti, aku tidak akan berhenti meluahkan kenangan-kenangan pahit dan manisku itu agar kenangan tidak akan hanya menjadi kenangan. Biarlah kenangan dan pengalamanku ini menjadi pengajaran, panduan dan pedoman kepada insan lain terutamanya kepada si kaki kecil. Selagi nyawa dikandung badan, mata pena aku tidak akan kering dari tinta agar kenanganku tidak hanya menjadi perhiasan hati aku, tetapi menjadi cahaya yang menyuluh lorong-lorong kelam.

No comments:
Post a Comment