Skrg sudah bulan 4,2010.
Dah lama aku tinggalkan sekolah.
Ye, lebih empat bulan tp aku masih ridukan zaman persekolahan.
Aku sentiasa dambakan detik2 itu, terutamanya semasa peperiksaan SPM.
Keadaan aku di dalam dewan masih jelas terpahat dalam mindaku.
Syahir di depanku, Izyan Suryana di sebelah kananku dan Budriz di belakangku.
Waktu SPM aku tidak rasakan seperti peperiksaan sebenar.
Aku hanya rasakan waktu itu seperti ujian2 biasa.
Aku tidak tahu mengapa, aku tidak ada mood untuk menjawab soalan.
Mungkin kerana kejadian yang menimpaku sebelum itu. Ya, mungkin.
Aku hanya jawab yg aku mampu.
Aku masih ingat aku meninggalkan ruang dlm kertas Matematik Tambahan.
Karangan Bahasa Melayu aku juga xsemegah ujian2 biasa.
Essay English ku juga sama seperti percubaan.
Physic, Kimia, Bio aku jawab sebaik mungkin. Tapi aku berasa hampeh dengan paper Fizik.
Aku xtahu kenapa, tp masa menjawab soalan seperti aku terlupa ape2 yg telah aku pelajari sebelum itu.
Dalam hatiku masa itu, "Cikgu Nizam, maafkan saya kalau xdapat Fizik A".
Tambahan pula aku menjawab kertas 2 dalam keadaan agak tertekan kerana
sebelum itu, aku telah menyemak kertas 1 bersama rakan2.
Aku salah 4, sesuatu yg xdapat aku terima!!
Melihat rakan2ku salah 1 atau 2, siap ade yg full mark lg, benar2 membuatkan aku cemburu.
Ape2 pon, aku dah berusaha sebaik mungkin.
Aku rasa SPMlah peperiksaan paling santai yg pernah aku duduki.
Aku berasa amat tenang sepanjang masa SPM, kecuali paper fizik.



Dan kini,
Alhamdulillah berkat usaha dan doa yg tidak putus2.
Aku berjaya melakar satu sejarah baru dalam hidupku.
Sejarah yg tak mungkin dapat aku lupakan.
Kejayaan dalam SPM milikku.

Tapi, aku terfikir..
Adakah kejayaan ini satu rezeki atau hanya ujian?
Aku terima kedua-duanya.
Aku bersyukur dengan rezeki yang Maha Pemberi kurniakan ini.
Pada masa yg sama, aku tidak leka dalam ujian ini.
Aku harus terus berusaha untuk menjadi orang berjaya!
"Ammar, ingat - 10 balik pada 1" Seorang hamba Allah yg penuh ilmu didadanya mengingatkan aku.
Insya-Allah, xkan ku lupakan pesanan itu.
Takkan aku jalan mendongak langit, takut terjatuh terpijak lubang.
Takkan aku jalan menghadap lantai, takut melanggar tiang di hadapan.
Biarlah aku jalan seperti biasa,
kadangkala melihat ape yg ade diatas,
Kadangkala mendongak lubang di jalanan.
Aku tetap akan jadi aku!

2 comments:
same la kita...
that was how i felt when sitting for the spm..
it's like nothing..
:)
ye ke.. mmg btol.. rase mcm malas je nk tulis.. xtaw nape..
lg bdebar UK1.. haha ;p
Post a Comment