About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Monday, September 17, 2012

Tiada Seindah Mimpi Semalam

Semalam aku mendapat mimpi yang indah.
Mimpi yang aku kesalkan kerana terjaga darinya.

Aku tak tahu dari mana ia bermula, tapi tiba-t

Ke Kolej Gabus.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

"Dan nikmat TuhanMu yang manakah hendak kamu dustakan."

Dalam hidup ni, terlalu banyak nikmat yang Allah taala telah kurniakan kepada kita. Dan kebiasaannya nikmat-nikmat ini telah lahir bersama-sama dengan kita di hospital. Manakan tidak. Badan yang sihat, penglihatan, tangan dan kaki yang sempurna, otak yang segar berfikir. Kesemua nikmat yang ada ni selalunya   susah untuk kita hargai, terkadang saya pon begitu, sebabnya kita tak dapat menghargai ketiadaan nikmat ni.


Nikmat yang selalu kita hargai ialah nikmat yang mendatang dalam hidup ni. Sepertinya result exam yang membolehkan fly,  dapat hadiah daripada mak bapak, dapat adik baru dan sebagainya.

Jadi tanpa menidakkan kepentingan untuk bersyukur pada nikmat-nikmat yang baru mendatang ni, apalah kiranya  jika kita mengambil beberapa saat daripada masa yang amat banyak Allah beri kepada kita untuk kita renung dan ucapkan Alhamdulillah kepada nikmat yang sentiasa di samping kita.

"Apa yang ada ialah harapan kita." - Hamka.

____________________________________________________________________

Dan insyallahu taala, 19 september ni, Allah telah memberi saya satu lagi nikmat untuk menyambung 'pelajaran' di bumi Ireland. Satu peluang yang amat besar, yang dipilih oleh Allah semata-mata. Insyallah akan menetap di University College Cork selama 5 tahun. Jadi semoga Allah sentiasa mempermudahkan dan memberikan kekuatan sepanjang bermusafir di sana. Allahu musta'an.

Mari terbang!

Friday, August 31, 2012

Hai Obat Hai Obat, Mari Beli Obat..

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah atau tidak kita jatuh sakit? Mesti pernah kan? Samada sekecil-kecil deman ataupun sebesar-besar gestational diabetes.

Saya juga begitu. Saya orang yang tidak kerap jatuh sakit, tapi pernah lah jugak. Saya dah lupa bila kali terakhir saya mengalami deman-deman, bila kali terakhir saya ke klinik atau hospital untuk berawat dan bila kali terakhir mulut saya merasa pahitnya ubat.

Seingat saya kali terakhir saya ke klinik untuk tujuan rawatan ialah ketika di SMS Johor dulu, sewaktu Form 3 kot, sebab jari yang membengkak terkena bedilan bola hoki. Tetapi selepas mendapat ubat, saya simpan saja dan adakalanya buang. Kadang-kadang sedekah kat orang lain. Huhu ^_^


Saya amat tidak sukakan ubat! 

Ya! Terutamanya ubat pil yang besar gedabak dan ada serbuk pahit di dalamnya. Arghhh! Itu satu kenyataan yang tak dapat disangkal. Eh, tak semestinya tak suka makan ubat tak boleh jadi doktor tau. Hihi. Saya teringat satu kenangan semasa saya Form 2, ketika ada perlawanan Hoki Peringkat Negeri Johor. Saya ketika itu agak hebatlah jugak bersukan, hew hew, dan alhamdulillah mewakili Daerah Kluang man. Malam sebelum perlawanan final menentang Johor Bahru, jurulatih pasukan menyuruh kami semua menelan ubat untuk memastikan stamina kami kekal tip top. Tapi, gulp, ubatnya besar bangat sihhh! Mana mungkin saya nak telan! Hoho. Cuba dan terus mencuba, setelah bergelen-gelen air habis, alhamdulillah ubat tu masih tak melalui kerongkong ni. Akhirnya saya buang saja. (membazir ubat mahal kot) Ish ish ish +__+

Namun saya agak banyak juga mengalami kemalangan tak berbau semasa kecil. Hoho. Saya pernah patah kaki kanan gara-gara melompat ala-ala superman dari katil bayi ke arah lantai yang baru di mop. Pernah juga saya pecah kepala dan berdarah akibat terjatuh longkang besar semasa bermain pancing-pancing. Tulang hidung ni tidak kurang pernah berdarah-darah sehingga tersembul tulang hidung akibat terkena pukulan penyerang lawan semasa saya mempertahankan kawansan D hoki daripada dibolosi. Wahh, macam-macam pernah kena. Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa dan terus hidup. Tapi ini tidak pernah bermakna saya sengaja mencari sakit dan suka akan kesakitan yang saya alami.





Makanya, telah menjadi satu sunnatullah bahawa manusia ini tidak sukakan kesakitan. Manusia inginkan kedamaian dan kesihatan. Kalau tidak, masakan kita berdoa untuk kesihatan yang baik. Masakan kita sanggup berhabisan wang untuk ubat dan operasi? Masakan kita sanggup menjelajah lautan untuk berubat? Manusia tidak sukakan kesakitan dan kecelakaan.

Manusia juga, tidak mahu tidak, akan berasa sedih apabila orang yang tersayang mereka jatuh sakit. Contohnya, ibu bapa kita sakit jantung dan kena melalui operation. Mesti sedih kan. Apatah lagi kalau koma 3 bulan.

Maka timbul pula satu persoalan.

Kita sebagai da'ie dan manusia di luar sana tahu dan perasan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Bukannya deman ataupun chicken pox, tetapi sakit tenat. Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Saban tahun kes pelacuran semakin meningkat. Buang bayi di mana-mana, dalam lubang jamban, longkang mahupun tong sampah. Kecopetan di tempat public seperti LRT tidak kurang hebatnya. Ketika perayaan besar, sang perompak amat ditakuti kerana berleluasanya mereka saat itu. Apatah lagi tipu menipu dalam berniaga dan rasuah dalam berurusan. Itu belum dilihat ketidakjujuran dalam berjawatan. Allahu allah.

Jika kita seorang yang peka, paling kurang seorang yang pernah menyelak surat khabar, mahu tidak mahu, kita akan sedar hakikat ini. Manakan tidak, belilah apa-apa surat khabar di dunia ni mesti ada saja pasal masalah sosial dan kejadian jenayah. Kalau di Malaysia ni, tentulah akhbar Metro yang paling sensasi sekali. Muka depan paling tak boleh blah.

Allahu Allah.

Maka timbul persoalan lagi.

Dalam kesakitan teruk masyarakat ini, sejauh mana kita rasa sedih akan semua ni. Pernah atau tidak kita menitiskan air mata ketika membaca berita tentang masalah-masalah ni. Pernah atau tidak kita mendoakan supaya masyarakat kita diampunkan dan diberi hidayah. Pernah atau tidak kita bermuhasabah diri dengan realiti umat kita pada hari ini. Pernah atau tidak.

Seharusnya mengikut sunnatullah, kita berasa sedih. Apatah lagi kita seorang manusia yang celik. Manusia yang dikurniakan Allah nikmat otak yang mampu berfikir, nikmat aqal yang mampu menilai. Manusia yang diangkat Allah untuk menjadi da'ie.


Mari bermuhasabah.

Masyarakat sedang tenat moralnya. Mungkin ini bukan salah mereka kerana sesetengah mereka mangsa keadaan. Mereka dilahirkan dalam bi'ah sebegitu. Mana mungkin mereka akan tahu melainkan mereka diberitahu. Sebagaimana mana mungkin kita akan tahu bahawa bumi itu sfera jika kita tidak diberitahu okeh sang guru. Maka yang harus bekerja keras ialah kita kerana kita tahu hakikat ini. Ya, anda. Anda yang membaca post ini. Rasanya tidak perlu untuk mendapat gelaran ustaz untuk menegur bukan. Sebagaimana kita tak perlu nak dapat gelaran Profesor Madya Apiq K (lol) untuk mengajar bio kepada rakan-rakan (randomness).

Dari Abu Sa'id al Khudri katanya, aku mendengar Rasulullah bersabda: 
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan hatinya.  Itulah selemah-lemah iman."

Satu hadis yang common, yang mana sepatutnya semua antara kita tahu dan hafal sebab hadis ini ada dalam silibus SPM (ke PMR?). Yang rasanya bahawa semua maklum bahawa tangan bermakna kuasa, lidah bermakna lisan, hati bermakna menjauhkan diri.

Maka apalah kiranya jika kita mengamalkan hadis ini di tengah kekabutan masyarakat kita hari ini. Mencegah apa yang kita lihat, menasihat rakan-rakan kita yang mungkin tidak tahu atau kurang didikan agama mereka, dan menjauhkan diri kita daripada lembah maksiat.


Bukan kerja polis sahaja untuk membanteras jenayah, kerja kita juga tahu!


Wallahu'alam.

Saturday, August 25, 2012

Alhamdulillah: "Bandung"

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

Kali ini Allah bagi lagi satu peluang untuk menjelajah di buminya.
Satu peluang yang amat baik untuk melihat kehalusan, kehebatan, dan kesempurnaan ciptaan Allah.

Sama seperti perjalanan ke Acheh, banyak ibrah yang aku dapat melalui perjalanan ini.
Insyallah tulisan mengenai pengalaman dan pengajaran di bumi Bandung ni akan menyusul selepas beberapa ketika.

Yang buatkan perjalanan (pelancongan sebenarnya) ni bermakna sebenarnya ialah kerana ia adalah perjalanan bersama satu keluarga. Hanya kakakku yang berada di Australia tidak turut sama! Wahaha. Sian dia. Selama ni mesti susah nak gathering 8 orang anak beranak ni. Sorang dekat US, Sorang kat Permata Pintar, Sorang 5th year medic, Sorang baru lepas kuar dari hutan kelapa sawit, yang lagi 3 belum keluar rumah. Wahaha.

Bila dapat kumpul ramai-ramai ni, insyallah moga moga dapat memperbaik ukhuwwah dalam family.

Oh, harini nak pulang ke bumi Malaysia, jadi nak jalan-jalan dulu disini. berjumpa masyarakat setempat.




Wallahualam.

Wednesday, August 15, 2012

Moreh Ramadhan #6


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah 
tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.











Al quran bukan harus sekadar dibaca ibarat mentera. Ianya harus difahami dan diaplikasi kerana ianya manual kehidupan kita!

Moreh Ramadhan #5




Wahaha.

Ramadhan bukan pesta makanan!

Cute and fun video! lololo ;)


Wallahualam

Moreh Ramadhan #4


Okeh, saya tahu Ramadhan dah nak habis *sobs* tapi belum pernah terlambat untuk memanfaatkan dan memperbaharui niat dalam Ramadhan nie?

Siyes video ini best! Jom tengok!


Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...