About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Wednesday, March 16, 2011

flying without wing.

surat yang bermakna oleh Muhammad Muizzudin kepada 'kepimpinan' negara.

Betapa kita, pembentuk masa depan Islam dan negara perlu mengambil pengajaran dan memperbaiki diri kita.

Monday, March 14, 2011

macam2 =.=




Assalamualaikum. Disini bukan untuk mengecam illustrasi berita harian ni sebab saya percaya ramai yang dah melakukannya. Hoho. Popular Malaysia masuk CNN.

Tapi sebenarnya karikatur ni membawa seribu satu pengajaran. Bahawa sebenarnya sehebat mane pon kita, xkira la sehebat ultraman taro ke, ultraman zeus ke, ultraman gaia ke, superman ke, merlin ke, kalau Allah mahu timpakan azabnya maka hancurlah kita. Walau kita insan yang bergelar Tan Sri, Dato' mahupun raja, kita tidak terlepas dari azab dan kebinasaan Allah.

Allah baru je turunkan bencana gempa bumi yang disusuli tsunami, itupun habis hancur satu Jepun. Jepun tu, negara maju yang banyak persediaan dengan bencana alam. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah melebihi kekuasaan manusia.

*haa, kalau ni pulak, apa jadi. hancur.

Bayangkan kalau Allah turunkan dekat Indonesia, Jepun, Filipina serentak gempa bumi, sekali dengan gunung berapi. X hancur ke satu Malaysia. Confirm rata 1Malaysia. Hmm, Kebelakangan ni ada pulak si polanah muncul dekat tv dan mengatakan bahawa bencana yang menimpa Jepun tu sebenarnya akibat kecuaian dalam mebangunkan teknologi hijau dan mesra alam. Oh, tidak tidak. Salah besarlah anda kalau berfikiran sama macam tu. Ingatlah

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman, "Jadilah engkau." Maka ia terus menjadi. (Yasiin, 36:82)

Maka, marilah kita bertaubat kepada Allah pada setiap masa dan bertakwa kepadanya dengan sebenar2 takwa. Sementara masa masih ada.

Wassalam

Friday, March 11, 2011

Si Tukang Cukur

Alkisah di sebuah negeri bernama Atlantis, seorang laki-laki bernama Gatsby datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya.

Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan Nik, si tukang cukur yang melayaninya. Berbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan,
hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

"Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Gatsby terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"..

"Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang
mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap Nik dengan nada yang tinggi.

Gatsby pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, dia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak Lebih meluas lagi.

Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Gatsby pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.


Gatsby kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"... Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Gatsby tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggahnya sang tukang cukur.

Gatsby kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat!" tegas Gatsby. "Itulah contohnya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh
dunia ini...."

Hehe.. Amacam?
Kalau anda suka kisah ini, ambil pengajaran dan kirimkan pada yang lain. Kalau anda juga berpikir sama seperti sang tukang cukur, abaikan saja kisah ini.

Thursday, March 3, 2011

Emosi Yang Bercelaru.


Kupasan emosi oleh En. TOK amat menarik sekali. Betapa sebenarnya manusia ini memerlukan emosi dalam menjalankan kehidupan. Kurangnya emosi menyebabkan seseorang itu kurang 'penangan' dalam kehidupan, tapi kalau terlebih pulak, bahaya juga.


*yang mana satu anda ketika ini

EMOSI.
Perkataan ni membawa lebih banyak maksud negatif dalam masyarakat berbanding positiviti.
Benda ni jelas dilihat dalam masyarakat Melayu. Cuba bayangkan ada org dtg dekat dengan kita dan secara terus terangnya berkata, "ko pehal emosi sangat ni!".
Mesti kita kata dalam hati, "Aik, apehal pulak mamat/minah ni nak cakap aku emotional??"
Jelas, apa yang kita gambarkan mestilah bnda negatif. Ade ke kita suka orang cakap kita emosi. Padahal, gembira itu emosi, riang itu emosi, teruja itu emosi, simpati itu emosi, bla3..

Ahh, biarlah EMOSI tu membawa maknanya yang sendiri.
Tapi nk cakap kat sini bahawa org yg menulis betul2 tgh emosi.
Emosi yang bercampur baur. Banyak betul benda yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan empunya diri tertekan, sedih, kecewa...
Kegagalan demi kegagalan terpalit di muka ini. Dush2..

Hmm, heran sungguh betapa hati ini masih tidak tenang =.=". Masih adakah palitan hitam dekat hati ini? Astaghfirullah hal azim. Tatkala diri ini menghitung kegagalan demi kegagalan yang Allah kurniakan, teringat pula satu perkara. Jeng2..

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman 55:13)

Bukan sekali Allah ulang ayat tu dalam surah Ar-Rahman. Berkali2 tu. Ya, mmg betul. nikmat yang Dia kurniakan dekat kita memang berlambak2. Lihat sekeliling kita, mana satu nikmat yang bukan dikurniakan Dia. Pokok, burung, ayam, ikan, gunung, udara, air, matahari, bintang, rumput, bakteria, sel, darah putih mahupun merah, enzyme, ATPase, Growth hormone, mitochondria, awan, ibu, bapa, adik, kakak, abang, bapak saudara, mak saudara, duit, petrol, diesel, dakwat, minyak wangi, rambut yang hitam, muka yang hensem, hidung yang cukup lubangnya, kaki yang tidak tempang, otak yang bijak, harta, anak2, EMOSI ....................etc........

Jadi, la tahzan. Setiap yang berlaku ada ibrahnya. Dalam kita mengeluh bahawa Allah x sayangkan kita, x bagi lulus test bio, x bagi menang lawan bola, kita terlupa bahawa nikmat Allah berikan dekat kita meliputi langit dan bumi. Hatta, EN. EMOSI juga Allah kurniakan dekat kita untuk kita belajar sesuatu daripadanya.

Wallahualam~

Thursday, February 24, 2011

Dakwah Si Botak



Assalamualikum. Wah, teringat zaman kanak2 dulu waktu WWF dan WWE menjadi rancangan kegemaran. Memang best r. Sape je yang x suka, bapak2 dan anak2 semua tengok. Ingat lagi hari Selasa ada RAW and then hari Sabtu plak ade Smackdown.

Masa dulu2, memang The Rock menjadi pujaan ramai disamping Triple H, Big Show, Undertaker, Kane, Mr McMan dan bla3.. Eleh, x kan x ingat. Hehe, itu waktu saya kecik la. Waktu masih x de scanner yang mane satu jahiliyyah dan yang mane islamiyah.

Tapi kali ni nak cerita pasal sorang mamat gusti nie. Memang terkenal. Rasenya icon WWE kot. Die botak dan terkenal dengan stunner dia. Ya, dengan berat 380 paun (suka hati je), dipersembahkan stone cold steve austin.

*stone cold stunner

Apa yang menariknya dengan batu sejuk ni? (baca: stone cold). Mungkin kepala die yang menyinar dan leher dia yang besar kot. Ohhh, tidak tidak. Lebih dari itu. Ke arak yang dia suka jirus lepas habis lawan?? Ohh, tidak tidak. Lebih dari itu. =.= habis tu ape??

Hoho, itu yang kita tak tahu. Sebenarnya mamat batu sejuk nie sebenarnya seorang pendakwah kristian, professional. Ya, memang professional. Ape yang dia dakwahkan? Hehe, itu la kita x perasan.

Si batu sejuk ni sebenarnya terkenal dengan satu slogan yang selalu kita sorakkan x kira la bayi ke, budak tadika ke, budak darjah 5 ke mahupun bapak2 di rumah. Iaitu Austin 3:16.


Slogan tu sebenarnya dicipta dari ayat bible sebenarnya. Chapter 3, verse 16 of John version. John 3:16.

Ya, inilah sebenarnya ayat akidah orang kristian yang berkata bahawa "Jesus is God, Allah is God, the holy spirit is God. All are not 3 but 1."

Professional tak? Mesti la, jadi penggusti pon die boleh berdakwah untuk agama dia. Dan kita yang tak tahu apa2 ni sibuk la ulang2 slogan austin 3:16 tu.
Ya, dulu kita tak tahu, tapi sekarang dah tahu. Jangan buat2 xtahu.

Mungkin dia dah x popular sangat sekarang, tapi benda ni sebenarnya nak buka mata kita bahawa sebenarnya orang2 Kristian pun merancang untuk menyebarkan agama tercinta mereka. Hmm, tapi dengar cite dia dah popular balik sekarang.

Itu cara mereka dan kebanyakan kita termakan dengan cara mereka dan pada masa yang sama kita tidak sedar bahawa kita termakan manakala hakikat yang terburuk ialah kita x mengambil pengajaran dan x berbuat apa2.

Pengajarannya? pikir2lah sendiri. Kalo xdapat jugak, tanya brother masing2.

Tapi sebagai muslim kita kena selalu ingat bahawa ,"Kebatilan yang terancang akan mengalahkan hak yang tidak terancang."

We should always aware that evil is always on their plan. We who claim to be at the righteous path should also do our planning right.

Wassalam :D

Monday, February 14, 2011

Wasiat Akhirnya

"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang2 yang beriman." (9:128)


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

*Ya Rasullullah,berilah kami syafaatmu di akhirat kelak. Amin~

Memang benar, kalau boleh biarlah cinta kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam itu setiap hari. Tetapi kalau sampai hari Maulidur Rasul pun tidak terdetik cinta kepada Baginda, apa lagi yang tersisa?

Wallahualam~

Friday, February 4, 2011

baju anda baju ape?


Kita selalu baca surat khabar dan selalu jugak kita skip ruang tengah2 surat khabar (kalo baca BH la) Kadang2 benda yg ditulis nampak remeh tapi sebenarnya banyak ibrahnya kepada kita.

Bacalah jika berkesempatan, pendek je artikel ni. Dipetik dari http://www.bharian.com.my/
Semoga lepas ni kita (ikhwah n ikhwat) lebih prihatin apa yg kita pakai.

Islam beri panduan berpakaian termasuk larangan guna lambang agama lain

RAMAI meminati pasukan bola sepak tertentu dan sokongan dizahirkan dengan memiliki jersi pasukan berkenaan. Namun, disebabkan terlalu minat dan ingin dilihat sebagai sebahagian daripada pasukan terkenal itu, ada antara kita terlepas pandang beberapa aspek yang perlu dipelihara.
Ini termasuk soal pemilihan pakaian menurut Islam hingga jersi yang mempunyai simbol keagamaan seperti lambang salib kita pakai ke sana sini sehingga membawa ke tikar solat.

Menurut Ibn Abbas seperti dinukilkan daripada Tafsir Ibn Kathir, orang pertama memperkenalkan seksaan ke atas manusia dengan kaedah menyalib ialah Firaun. Sehingga pada zaman Nabi Isa, ia dipercayai oleh orang Yahudi dan Nasrani bahawa Nabi Isa disalib.

Rentetan peristiwa itu, maka salib dijadikan lambang keagamaan bagi Nasrani. Disebabkan itu juga, antara tugas yang akan dilaksanakan dengan kebangkitan Isa al-Masih pada akhir zaman ialah menghancurkan salib.

Sahih Bukhari dalam bab kisah para nabi, Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Rabb yang jiwaku ini di tangan-Nya, sungguh sudah dekat saat turunnya (Isa) anak Maryam kepada kalian sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh khinzir, menghapus jizyah dan akan melimpah ruah harta benda (disebabkan keadilannya) sehingga tidak seorang pun mahu menerimanya dan sehingga satu kali sujud lebih baik baginya daripada dunia dan seisinya.”

Islam menggariskan beberapa panduan berpakaian dan ada lapan syarat digariskan ulama berdasarkan penelitian mereka berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah untuk dipatuhi iaitu menutup aurat serta tidak jarang sehingga menampakkan kulit tubuh (khususnya bahagian aurat).
Pakaian juga tidak sendat sehingga menampakkan bentuk aurat, tidak menyerupai pakaian perempuan bagi lelaki dan sebaliknya bagi perempuan, tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan, bukan diperbuat daripada material diharamkan dan tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasik.

Imam Bukhari dalam bab al-Libas (pakaian) memasukkan hadis Nabi SAW daripada Aisyah katanya: “Rasulullah tidak pernah membiarkan sesuatu yang bersalib dalam rumahnya melainkan beliau menghancurkannya.”

Memakai jersi yang mempunyai lambang salib atau lambang agama lain adalah satu penyerupaan dalam menzahirkan pakaian orang kafir. Ia dilarang keras dalam Islam berdasarkan kisah disampaikan Ali.

Katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukan daripadaku.” (Riwayat Imam ar-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat)

Memakai jersi tidak menyerupai pakaian orang kafir secara khusus, namun kewujudan lambang salib pada jersi itu yang menimbulkan penyerupaan kerana salib sudah sedia dikenali sebagai lambang agama Kristian.

Seorang Muslim amat membenci kekufuran, dosa dan maksiat. Justeru, ia tidak akan reda sebarang lambang kufur atau pelaku dosa dan kaki maksiat untuk berada pada badannya atau dilihat pada pakaiannya.

Ini jelas kerana kita diminta membenci sebarang bentuk kekufuran dan kemaksiatan. Antara doa diajar Nabi SAW ialah: “Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada iman, hiasilah iman itu dalam hati kami, tanamkanlah dalam diri kami kebencian kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami di kalangan orang yang mendapat petunjuk.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari ‘Abid bin Fifa’ah az-Zarqi)

Perbuatan meredai kekufuran adalah dilarang, apatah lagi kita mempromosikannya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jangan tolong-menolong dalam perkara dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Begitu juga Imam al-San’ani dalam kitabnya Subul al-Salam memasukkan hadis diriwayatkan Abu Ya’la daripada hadis Ibnu Mas’ud katanya: “Siapa yang reda dengan perbuatan suatu kaum, maka orang itu termasuk di kalangan mereka.”

Bahkan ada sebahagian ulama menyatakan larangan lebih keras kerana perbuatan itu melambangkan ada sembahan setanding dengan Allah seperti dinyatakan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis riwayat Bukhari berkenaan pemakaian baju mempunyai lambang salib ketika solat.

Kesimpulannya, setiap Muslim perlu menanggalkan pakaian itu malah, tidak dibolehkan baginya mengambil salib baik untuk digantungkan atau tidak digantungkan, dipasang atau tidak dipasang. Juga tidak boleh baginya menampakkan syiar itu di jalan kaum muslimin, tempat umum atau khusus dan tidak menampalkan di bajunya.

Diriwayatkan daripada ‘Adi bin Hatim, aku mendatangi Nabi SAW sementara di leherku ada salib daripada emas. Maka Baginda bersabda: “Buanglah berhala itu daripadamu.” (Al Mausu’ah al Fiqhiyah)

Ada yang akan mengatakan, setiap perbuatan itu berdasarkan niat masing-masing atau kami hanya mengenakan jersi pasukan kegemaran kerana terlalu meminati pasukan itu dan bukan untuk bermegah dengan lambang salib.

Namun, niat tidak menghalalkan perbuatan yang jelas zahirnya menyimpang daripada ketetapan agama. Apatah lagi membabitkan persoalan akidah kerana tidak semestinya tidak memakai pakaian mempunyai lambang salib menghalang anda daripada meminati pasukan itu.

Bukankah cintakan Allah itu melebihi cinta kita kepada yang selain-Nya. Atau, atas alasan ‘minat’ dan ‘sokong’ maka kita meleraikan janji setia cinta kita kepada Sang Pencipta.

Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis


*lagi senang kalo pakai baju plain kan. hoho :)


wallahualam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...