About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Sunday, June 5, 2011

Never Go Down..!


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight














Yusuf al-Qaradawi sudah mengeluarkan fatwa bahawa haram membeli barangan yang menyokong zionis laknatullah. Ianya ibarat membeli sebutir peluru yang membunuh saudara muslim kita di Palestin. Ikhwah fillah, tidak susah bukan..! Mari kita sama-sama mulakan dengan tidak membeli produk McDonald, Tesco, Nestle, Maggi dan Kit Kat. Mudah bukan..! :D



~aa~

Thursday, June 2, 2011

Ideaot




Salam. Hmm, dalam dua tiga menjak ni banyak betul idea melimpah ruah kedalam minda nie. Nak tulis pasal tulah, pasal nilah.. Tapi.. Hmmm, malas betul tangan nak menaip.. Dengan ini, saya menyusun seratus jari kaki dan tangan secantik-cantiknya, memohon maaf kepada pembaca yang mencari hidayah Allah.. Post-post sebelum ni hanyalah untuk peringatan diri sendiri dan orang lain (kalau ada orang bacalah).. Di bawah ini saya sertakan beberapa link yang menarik untuk anda, ya anda si Pencari Hidayah.. klik jangan tak klik.. :P

Inche Gabbana - http://angelwearsgucci.blogspot.com/


Tapi baru-baru ini saya berkesempatan mendengar audio Ghazwul Fikri (alhamdulillah) oleh Dr Haizul (errr,xtahu sape =.=).. Antara point yang menarik ialah dia cakap, pada masa kini bukan kita yang sibuk mencari hidayah Allah, tapi hidayah itu yang melanggar-langgar kita tanpa henti. Tengok je la, masjid merata-rata, program agama pun berlambak, orang lain selalu je ajak pergi ceramah, pergi usrah, pergi sembahyang jemaah, pergi program.. tapi.. kadangkala kita yang melarikan diri dengan pelbagai alasan +.+ Memang jauh benar kita dengan Salman al-Farisi a.k.a Si Pencari Hidayah.

*Nur Hidayah disekeliling anda. Perasan atau tidak.

Wallahualam~aa~

Wednesday, June 1, 2011

Not Biru Itu.



Alkisah pada satu ketika dahulu, pada ketika kocek mempunyai wang beribu-ribu, banyak benda yang saya angan-angankan. Nak beli itulah inilah. Nak handphone touchscreen, nak gadget2 canggih. hoho. Tapi yang paling x boleh go (baca: blah) ialah saya memang nak beli Macbook Pro. Ish, mantap kot. Time nie memang membuak2 nak beli sebab abang saya dah nak balik dari USA, jadi bolehla tempah. huhu. Pastu pulak, orang cakap lap top nie x payah guna anti-virus. Fuhh. Haha, tapi alasan yang paling jujur lagi lurus ialah sebenarnya nak lain daripada yang lain. Yeelah, kan cool lagi bergaya kalo guna product Apple :) hoho, x boleh go kan..!


(haha. Besar macam apa gambar)

Tapi, apakan daya Puan Mama dan Encik Baba tidak bersetuju..! Akhirnya setelah puas bermesyuarat bersama mereka, akhirnya mereka tolong membelikan saya komputer yang serba murah ini.. ehhh, mind the word 'tolong'.. maknanya bukan menggunakan duit mereka ya..! (cehh, bajet berdikari seketika) :D


Ohhh, betapa mudahnya duit $3000 dicurahkan dengan yakinnya untuk membeli sebuah laptop yang cool lagi bergaya (ehh, ramai orang puji kot :P jangan jeles) koff2. Bukan itu saja, juga $700 untuk handphone sentuh permukaan (baca:touchscreen). Wahh, mudah bukan duit mengalir utk membeli. Ala, 700 je, apalah sgt utk handphone :P


TETAPI.. PELIKKAN PABILA..

(katakan) ada seorang makcik ataupun anak kecil yang comot lagi menyedihkan datang dekat kita, sambil berkata dengan suara yang sungguh kasihan;

"Bang, tolong bang derma. Saya dah lama tak makan."

Maka kita yang sedang makan di restoran pun tersedak sebentar. Ish, kesiannya makcik ni :( Kena tolong nie sambil mengeluarkan sekeping not biru.

ATAUPUN PABILA..

"Assalamualaikum brother. Kami dari viva palestine dan Aqsa Syarif ingin mengumpul dana untuk saudara seislam kita di Palestin. Tolong bang, insyaAllah besar ganjarannya disisi Allah. Sambil dia menunjukkan gambar..."


Dan dalam hati berkata,"Ish sedihnya diorang nie. Comel budak tu. Kesian dia kecik2 dah berperang.."

DAN SEKALI LAGI MENGELUARKAN NOT BIRU ITU..

Alhamdulillah, terbuka juga hati kita untuk menginfakkan harta di jalan Allah. Ikhlas tu. Mak cakap "Takpe, biar sedikit asalkan ikhlas."

Tapi errrr... kenapa seringgit je a.k.a sepuluh sposen. Kita kitta kurang berkira dalam hal2 lain. Kalo beli benda lain seperti makanan di resipi rahasia (baca:secret resipi) ataupun mak donald(err,jgn beli yg nie..sekutu kuat Israel) , tanpa segan silu dan tanpa ragu2 kita mengeluarkan not $50 dengan puasnya.. yummy..
Kalo kita nak pergi main bowling atau shopping, dengan mudahnya kita mengeluarkan not-not merah. kalah mesin ATM bank rakyat dekat KMB.


fuhhhh..

Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa kadangkala mudahnya tangan ini mengeluarkan wang yang besar untuk memuaskan nafsu yang semua sedia maklum, termasuk adik saya yang darjah 4, memang akan menyesatkan kita jika tidak dikawal.

Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa kadangkala tangan ini menggapai seringgit (je pon) dengan ragu2 untuk memberi kepada makcik dan pakcik yang kudung kakinya samada di tepi jejantas mahupun pasar malam.

Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebelum ini kita mengaku "Sesungguhnya Solatku Ibadahku HIDUPKU Matiku hanya kerana Allah SWT", tetapi kita masih bakhil untuk mengeluarkan wang kepada saudara seakidah kita.

Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebenarnya kita belum layak lagi untuk ke syurga seperti Abdulrahman bin Auf mahupun Saidina Abu Bakar yang menyerahkan seluruh harta mereka untuk Jalan Ini.

Sedih bukan ikhwah fillah.
Betapa sebenarnya kita mengabaikan dan lupa akan firman Allah:

"Dan jangan sekali-kali orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dengan karunia-Nya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka. Padahal (kikir) itu buruk bagi mereka. Apa (hartanya) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan (dilehernya) pada hari kiamat..." (Ali-Imran:180)

Tapi masih mampu tersenyum atas perbuatan kita itu.

Ikhwah fillah, sedih bukan! Sedih bukan! Sedih bukan! Sedih bukan!

Rupa-rupanya betapa dunia ini telah bersarang bebas di dalam hati dan jiwa kita.

*peringatan untuk diri dan semua*

Ya, janganlah kita ragu-ragu untuk memberi kerana Islam. Sesnugguhnya perasaan ragu-ragu itu ialah bisikan syaitan kedalam hati dan jiwa kita. Berdoalah kepada Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi agar diperjauhkan dari semua ini. insyaAllah.

wallahualam~aa~

Monday, May 30, 2011

Adakah Aku Di Planet Yang Betul??



Assalamu’alaikum…
Kepada anak-anakku yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah..Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud..Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat… Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku… sedangkan dia melakukannya terang-terangan..tanpa segan silu… di depan ratusan mata… dengan rakaman AV. Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya… Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik….. Kesemuanya silap si da’i …. sedangkan semua kita adalah da’i..


(Disinikah aku??)


ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat..cuma perubahan perlulah slow…. perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi… 40 tahun lagi.. Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat spontan bila tersentuh api…. kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka..?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun… sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya…. berada di atas ubun-ubunnya…!


*atau di sini??


Cukup !…. aku memang bukan di planet yang betul…
Adakah anda semua perasan wahai anak-anakku…?

Wassalam


*Diciplak dari group SAF
*Dari blog muntalaq.wordpress.com
*Catatan 23 ogos 2003 – yang baru sempat di publishkan sekarang..

Wednesday, May 25, 2011

Saya sedang berusaha memenuhinya. Anda bagaimana?


sila klik untuk me'mega'kan gambar :)

Muslim yg cemerlang bukan hanya duduk dan tidur di surau, tapi mempunyai ciri2 di atas. Anda bagaimana?

Uhukk2.. Diri ini terzasss seketika.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (2:208)

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

:P


Tuesday, May 24, 2011

Pokok x Berbuah?



Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah - Imam Ghazali

.

Ruginya. bayangkan anda ada dusun dan berhektar-hektar tanah. Dalamnya ada pohon kelapa sawit, pohon durian, pohon rambutan, manggis, pisang, epal, tomato, anggur, tamar, kedongong... tapi... semuanya tidak berbuah. Rugi. Rugi.

Jadilah seperti ini. Pohon yang baik menghasilkan buah yang baik. Ilmu yang berguna disertai amal yang baik. Membawa kebaikan utk diri sendiri dan org lain. :P

Sunday, May 22, 2011

Sayonara Sem 2 :)


The past is history, the future is myth and now is a gift. Thats why it is called 'Present'
Thanks Allah for giving us this present. The chance for us to breathe the fresh air. The chance for us to repent over our sins. The chance for us to make new friends. A true friend.


Sem 2 with full of unforgettable memories. Where we strengthen our bond. Bond of ukhuwwah~
May Allah bless our times and assist us for the upcoming, challenging days.




SEM 3, welcome. Do greet me with smile of joy. To juniors who are offered to pursue their study at IB World School, congratulation and welcome!~ We seniors will serve and help you as best as we can. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...