About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Wednesday, February 2, 2011

Revolusi Mesir. Suatu keperluan.

Kagum. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan ini terhadap saudara semuslim yang berada kat Mesir. Seperti yang semua tahu, Mesir (baca:Egypt) sekarang ni sedang berusaha bersungguh2 untuk menggulingkan Presiden mereka, Husni Mubarak.

Kenapa berdemonstrasi?
Owh, diorg sebenarnya demonstrasi sebab harga barang naik. Gula, garam, tepung petrol sume harga naik. Sebab tu lah rakyat x puas hati. Kerajaan Mesir pun sebenarnya banyak masalah. Korupsi, rasuah, penipuan, etc. sampai yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papakedana. Itu je sebab 1 juta orang Mesir kumpul kat tengah2 jalan lawan tentera, bakar bangunan kerajaan. Memang tu je sebab die. Alah, kat surat khabar berita harian kan ada. Hoho.

Maka anda silap.
Husni Mubarak merupakan sekutu kuat US dan lagi teruk orang kuat Israel. Dialah tempat Israel nak cari makan kat Mesir. 30 tahun dia pegang Mesir dan sepanjang tu lah dia jalinkan hubungan rapat dengan Israel. Buktinya. Ahah, confirm terang lagi nyata. Orang2 kat Palestin kena bedil, kena tembak, kena pukul ngan Israel, Mesir boleh pulak tutup pintu untuk masuk Palestin. Kalo Palestin tu penjara, Mesirlah antara pemegang kunci yang boleh membuka pintu penjara tu tapi masalahnya ape diorg buat. Tutup rapat2, x bagi negara lain nak hulurkan bantuan ikut gate diorg. X malu ke Mesir oi (baca: negara Islam). Ops salah, x malu ke Husni Mubarak oi. Ape la die nak jawab dengan Rabb nanti agaknya.




Orang Mesir adalah antara orang Islam yang cekal dan mantap imannya. Ramai para ulama' dilahirkan dalam kalangan mereka. Usrah mereka pon mantap2. Cuma dalam kebelakangan ni diorg bergerak secara underground sebab pemerintah diorg yang kejam. Tengok je pemimpin Muslim Brotherhood (baca: Ikhwanul Muslimin) berapa ramai yang kena tangkap sebab dituduh radikal dan ganas. Berapa juga ulama' yang dibunuh. Tapi Alhamdulillah, tarbiyah dalam kalangan rakyat mereka kuat. Secara x langsung diorang sedar peranan diorang dalam mengembalikan sistem khalifah Islam. Tapi sebelum wujudnya sistem khalifah Islam, negara2 Islam mestilah dipimpin oleh pemimpin Islam yang adil dan menerima tarbiyah Islamiyah juga. Jadi, mereka pon bangkit dan menentang kerajaan yang kejam dan fasik, sambil menggunakan alasan harga barang dan sebagainya walaupun tujuan sebenar mereka ialah untuk menukarkan kerajaan yang batil kepada kerajaan Islamiyah.

Jadi,
marilah kita sama2 doakan agar perjuangan mereka berjaya. Jangan pulak kita terpengaruh dengan media barat mahupun timur mahupun selatan atau timur yang mengatakan bahawa demonstrasi ini merupakan satu bentuk keganasan. Betulkan pemikiran anda. Ianya ialah satu jihad dan perjuangan Islamiyah rakan2 kita disana.

“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka ,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa!
Wahai tuhan yang penuh raksasa!
Wahai tuhan yang bersifat murka!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...