About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Thursday, February 3, 2011

Kepala yang pening.



Astaghfirullah hal azim. banyak betul benda nak kena buat sem 2 nie.
Ish2, pening kepala cek dibuatnya =.="



Untuk pengetahuan saudara/i, sem 2 dekat kmb memang paling sibuk dengan aktiviti bukan kurikulum. Tapi ni x bermakna aktiviti kurikulum x banyak. Memang berlambak.
Dengan kelabnya, persatuannya, assignmentnya, presentationnya dan lagi penting DnT (baca: dakwah dan tarbiyah)

Kalo ikut rutin general la, setiap hari bangun pagi, pergi kelas, balik, petang buat assignment (kalo xde discussion atau remedial class), pergi riadah, aktiviti rohani umum, meeting n meeting (bergantung pada jumlah meeting pada malam tu) dan kalo berkesempatan, midnight akan mula buat assignment yang berlambak dan sepatutnya dihantar pada hari esok atau lusa. And tidak dilupakan lab report bio and chem. Itu belum masuk TOK lagi. Ops, + DnT sepanjang masa.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini

Tapi sebenarnya dalam sedar x sedar, pencipta kita dah bagi solution dekat kita pon camne nak hadapi masalah ni. Islam tu kan syumul, melengkapi semua aspek kehidupan.

Dalam surah Asy-Syarh ayat 5,6 dan 7, Allah memberi tips :

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan [5] Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan [6] Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain[7]"
(94:5,6,7)

Wah, rupanya dalam al-Quran dah ada tips untuk time management. Samada kita sedar atau x je kan. Betapa Allah tegaskan bersama kesulitan ada kemudahan. Diulang 2 kali lagi tu. Subhanallah. dan yang lagi penting, bila dah siap satu kerja, tegarlah buat kerja lain pulak. Barulah masa x membazir, keje pon siap. Tapi, buat IB susah2 nie ade kemudahan ke? rasa macam nak mati ade r. Ada! Percayalah pada janji Allah. Kemudahannya ialah senang nak masuk universiti dan mungkin akan lebih dihormati orang lain. Jdi memudahkan untuk kerja DnT kan?? Yang penting, quotation dari Rabb ini applicable untuk semua orang. Cuma, sesuaikan dengan senario anda je.
Wallahualam :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...