About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Saturday, May 15, 2010

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


5 comments:

Luqman Safwan C.M Fauzi said...

selamat hari guru!

Anonymous said...

pernh baca sajak niyh,,,suatu ketika dulu,,sungguh mengharukan,,

Hamba Ilahi said...

luqman: yup2, slamat hari guru..

Hamba Ilahi said...

eleena: mmg.. sajak nie dah lame dah XD.. antara sajak paling popular

Anonymous said...

yup3,,,popular,,tp ayt2 dy mmg menusuk ke kalbu,,puitis,,bole terbuai2 gamaknyer bila hayati dgn penuh jiwa n raga,,hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...