About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Sunday, June 3, 2012

Cukuplah.




Cukuplah dengan kefuturan dan al Hawa yang tidak putus-putus menjengah hatiku dan tidak pernah bosan menggodaku. Cukuplah dengan kesakitan dan kemuraman iman. Cukuplah dengan ketidakistiqamahan mutabaah amalku. Cukuplah dengan gelak tawamu syaitan. Sememangnya syaitan itu benar-benar mendatangiku dari hadapan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawahku. Tidak pernah dia berpuas hati, malah tidak berputus asa. Namun, aku sedar. Aku sedar.

"Ya Allah, wahai Tuhan yang nyawaku berada dalam tanganMu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Kaya lagi Penguasa kepada setiap makhluk di alam ini. Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan aku dari air yang hina. Ya Allah, wahai Tuhan yang mencampakkan iman ke dalam dadaku, sebagaimana aku tunduk, patuh dan sujud kepadaMu tika aku bersolat kepadaMu, maka engkau biarkanlah juga iman, hatiku dan nafsuku untuk turut sama patuh dan sujud padaMu. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini pada jalan agamaMu dan kurniakanlah sakeenah dan mawaddah kepada hati ini supaya hati ini kekal subur dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu." 



----------------------------------------------------------------------------------------------

*akan berjaulah ke Meru Kelang buat beberapa ketika. Recharge iman! lols [^_<] Wassalam.

2 comments:

Mohd Rafie Izwan said...

As salam
iman sbb program??^^

Budak Hiro said...

having the same problem as well here.. T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...