About Me

My photo
Malaysia
Blog ini ditubuhkan tidak lain hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi. Bukan harta yang didamba apatah lagi penghargaan manusia. Post-post di sini mungkin bersifat peribadi mahupun umum, dan kadangkala cetak rompak dari blog lain, namun telah dicreditkan pada tempat yang sepatutnya. Sila sebarkan jika anda rasa bermanfaat dan tekan butang [x] di atas belah kanan jika anda merasakan post di sini hanyalah nilainya seperti sampah. Sebarkanlah walau satu ayat kerna hanya dengan cara ini Deen ini akan kembali tertegak ^^

Ikhwan

Friday, October 7, 2011

Pesanan Bergaya Buat Ikhwah

Saya sememangnya seorang yang malas untuk menulis. Ini hanyalah tiru & tampal (baca: copy paste) tulisan inche gabbana yang cool :P
insyaAllah Allah mengurniakan ganjaran besar kepadanya ^_^


pesanan sebelum membaca: sila baca dengan mata hati supaya dapat feel !~


Ikhwah kena macho dan radikal. Heh.

Saya menerima sepucuk email dari Puan A, yang meminta nasihat saya berkaitan isu ikhtilat (interaksi antara lekai dan perempuan). Berikut merupakan emailnya (saya kopipes segi empat segi empat):

***

salam'alaik,
akh,
ana nk tanye, mcm mane carenye, kte nk tegur ikhwah yg suke tgk akhawat especially mase blajar.
kdg2 smpai ade akhawat ni naik rimas dgn ikhwah2 yg mcm nihh.
sgt perlu kpd jwpn, & tlg bls di email ni gak.
terima kasih banyakbanyak.

***

Tergaru-garu juga kepala saya yang bebas ketombe ini apabila membacanya. Dalam keadaan separuh sedar (mengantuk tahap penguin raja di opis) dan tidak mahu menghampakan Puan A, arakian saya menjawab dengan jawapan yang berikut:

***

Salaam a'laikum warah matullah,

Menemui ukht [A] yang dihormati fillah,

Huhu. Saya nak tanya something boleh..? Kalau lelaki lain yg pandang, akan marah yg serupa ke tak..? Ke perasaan tu hanya untuk ikhwah...?

Mungkin anda (dan rakan2 anda) merasakan ikhwah kenalah lagi menjaga pandangan, betul kan..? Saya setuju dengan pendapat itu.

TAPI hakikatnya, ikhwah juga adalah seorang LELAKI. Dan lelaki ada nafsu. (Ni saya jujur berabes dah ni!)

Dan nafsu lelaki amatlah berbeza dgn nafsu perempuan. Dengan hanya melihat, lelaki dah boleh memuaskan nafsunya (more or less). Sbb tu industri porno lebih rancak dan meriah untuk golongan lelaki. 

Kena tgk gak ikhwah tu dah berapa lama ditarbiyyah. Kiranya, tak boleh lah nak expect kelakuan/akhlak diorang ni  seolah-olah diorang ni dah lama atas jalan dakwah ni.

My underlying point is, kena bykkan bersabar dan husnudzan. Dan doakan agar Allah berikan mereka kesedaran. Yakinlah dengan kuasa doa; bukankah doa itu senjata bagi orang mukmin..?

'Ala kullihal, demi menjawab pertanyaan anda mcm mana nak tegur... Err..

Mungkin boleh cakap mcm ni:

"Lelaki yang soleh hanya untuk perempuan yang solehah. Dan sebaliknya, perempuan yang solehah tu, Allah simpan dan reserve untuk lelaki soleh yang benar-benar berhak sahaja. Kalau anda (ikhwah tersebut) betul-betul jaga hati dan pandangan anda sekarang ni, lagi best dan tinggi nilainya bila anda kahwin nanti. Itu janji Allah.

Jangan mengimpikan wanita seperti Fatimah kalau anda tidak berakhlak seperti 'Ali.."

Hohoh.. Boleh ke..? harap menjawab.

Allahu a'lam, He and only Himself knows best.

Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamu a'laikum.
 


***

Dan saya terus menerima jawapan balas dari Puan A pada hari yang sama:

***

salam'alaik,
syukran 'ala kulli hal atas jawapan, maybe boleh cube diaplikasikan. tapi seriously, agak susah kott nk husnudzan.
based on soalan anda, sy cume rase agak-sedikit terkilan la kalo ikhwah/mereka yg skolah agama buat camtu. lagi2 kalo dlm kelas, buatnye tgk student perempuan lagi byk dari tgk cikgu. cumenye, em, sedikit gerun la kot nk tegur dy macam tu, tapi takpe, mungkin sy kot yg perlu lebih menjage pandangan.
terima kasih atas pandangan.

***

Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang tepat lagi layak untuk membicarakan isu ikhtilat. Pandang kiri, pandang kanan. Tarik nafas dalam-dalam. Tetapi sebagai orang yang masih bertatih dalam jalan dakwah ini, saya amat faham isu ikhtilat ini adalah isu yang agak kritikal dan penting untuk dibincangkan buat ikhwah. Sayugia izinkan saya untuk berkongsi sedikit-sebanyak pandangan saya tentang isu ini.

Bayangkan, seorang anak muda yang dahulunya bebas bergaul dengan rakan-rakan perempuannya, ada gelpren mungkin, membuat aktiviti berkumpulan bersama perempuan, bertepuk-pelempang bersama mereka... Tiba-tiba setelah mendapat sentuhan tarbiyyah, mereka diberitahu yang hubungan bebas antara lelaki dan perempuan itu haram. Berkapel itu jahiliyyah. Lelaki yang beriman mesti sentiasa menundukkan pandangannya. Mesti menjauhi zina. Bla bla bla..

Bukan mudah untuk anak muda tadi menyerap segala tok nenek nasihat, saranan dan larangan. Hatta dia tampak bersemangat lagak Son Goku yang baru menelan kacang ajaib setelah disentuh tarbiyyah, untuk kita meletakkan pengharapan tinggi yang dia akan lantas dan pantas meninggalkan jahililiyyahnya adalah, pada pendapat saya, kurang adil. Espeseli jahiliyyah yang berkaitan dengan perempuan. Mengapa..?

Kerana Allah berfirman di dalam al-Quran:

"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"
[ali-Imran, 3:14]

Perhatikan, Allah menyebut perkataan 'perempuan' terlebih dahulu, sebelum perkara-perkara yang lain. Jelas perempuan merupakan 'fitnah' yang cukup besar dan kuat buat seorang insan bernama lelaki. 

Apatah lagi kalau si lelaki itu sebelum disentuh tarbiyyah sudah terlalu amat biasa dengan suasana yang dikelilingi oleh makhluk berlawanan jantina. Apatah lagi kita dibesarkan dalam dunia di mana hubungan atau interaksi antara lelaki dan perempuan itu dilihat normal dan tiada salahnya. Baik sistem pendidikan, sistem kekeluargaan mahupun struktur sosial secara amnya, semuanya berfahaman sama-rata; yang membezakan lelaki dan perempuan hanyalah jantinanya sahaja.

Oh adinda, kekanda jatuh chenta pada adinda. Sudikah adinda menjadi bibik dirumah kekanda...? Errr.. [Kredit]

Dan jangan dikata mereka yang baru disentuh tarbiyyah, mereka yang telah lama di jalan dakwah dan tarbiyyah ini juga kadangkala boleh tewas dan jatuh tersungkur dengan ujian perempuan ini.

Seorang ustaz pernah berkata:

"Ana tak akan respek antum di atas jalan dakwah ni selagi antum tak lalui dua ujian;ujian kerjaya dan ujian perkahwinan."

Ramai ikhwah yang telah tewas dengan ujian kerjaya. Tetapi lebih ramai yang tewas dengan ujian yang kedua itu. Astaghfirullah...

Apa-apa pon, ikhwah tetap seorang LELAKI. Dan akhawat tetap seorang PEREMPUAN. Amat penting untuk kedua-dua belah pihak memahami hakikat ini. Secara fisiologi dan fitrahnya, lelaki akan tetap menjadi seorang lelaki dan memiliki ciri-ciri sebagai seorang lelaki. Maka meminati akhawat itu jauh lebih baik daripada ikhwah meminati ikhwah sesama sendiri. Matilaaaa terbalik bumi. Eh.

TETAPI, ini tidak bermakna saya menghalalkan atau redha dengan situasi yang disebut oleh Puan A di atas. Tidak sama sekali.

Kerana itu saya adalah seorang yang amat tegar dengan tarbiyyah yang berterusan. Kerana saya yakin, akhlak yang osem, keperibadian yang bergaya dan perilaku yang kool akan terbit dengan sendirinya daripada kefahaman yang mantap dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Seorang raksasa gorgon pon boleh bertukar menjadi otromen Taro dengan tarbiyyah yang mantap lagi berterusan. Percayalah.  

Biar lambat asal selamat. Sikit-sikit lama-lama jadi Super Saiya..! Hoyeeaahhh!

Ok, sekarang pesanan khas buat ikhwah pula. Akhawat bolehlah menekan ikon 'X' di bahagian atas sebelah kanan sekali. Hehehe..

Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah orang yang paling layak untuk memberi nasihat ini. Arakian nasihat-nasihat yang bakal saya nukilkan di sini sudah tentunya untuk diri saya terlebih dahulu, sebelum dihalakan kepada anda semua.

Ikhwati fillah. Percaya dan yakinlah, Allah telah menjanjikan wanita-wanita yang solehah untuk anda semua. Dia telah menyimpan mutiara-mutiara bersinar cerah, laksana bulan purnama di malam kelimabelas setiap bulan (Errr...) untuk anda. Untuk anda sahaja dan bukan untuk orang lain. Tetapi untuk berlaku adil kerana adil itu adalah sifatNya yang mulia, wanita yang solehah hanya berhak dimiliki oleh lelaki yang soleh juga. 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah buat wanita-wanita yang baik..."
[an-Nur, 24:26]

Wanita yang baik itu pelengkapnya adalah lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik itu, tidak syak lagi yang melengkapinya hanyalah seorang wanita yang beriman dan solehah.

Maka sekiranya anda menginginkan seorang wanita solehah menjadi permaisuri hati anda dan menginginkan seorang wanita yang beriman menjadi ibu kepada anak-anak anda, ia bermula dengan diri anda terlebih dahulu. 

Jagalah pandangan mata anda. Jagalah mulut dan telinga anda. Jagalah tangan dan kaki anda. Dan yang lebih utama, jagalah pandangan hati anda kerana pandangan hati itu lebih tajam dan berbisa.

Bersabarlah. Masanya akan tiba Insha-Allah. Dan seandainya anda tidak sempat menikmatinya di dunia yang fana ini, percaya dan yakinlah, anda akan disambut oleh bidadari-bidadari jelita, yang sudah tertulis nama anda pada setiap daripada mereka, menanti-nantikan anda dengan penuh ketidaksabaran dan keterujaan. 

Bidadari-bidadari syurga sedang mengintai-ngintai anda yang layak memiliki mereka. Bersabarlah! [Kredit]

Lebih bersungguh dan kuat mujahadah kita menjaga diri daripada tersungkur masuk ke dalam perangkap syaitonirojim ini, lebih elok dan mulialah wanita yang bakal menyuri hati kita nanti. Dan lebih hebat dan lebih kuat kita bersabar dengan ujian nafsu ini, lebih hebat dan mahallah ganjaran yang menanti kita.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira buat orang-orang yang sabar."
[al-Baqarah, 2:155]

Ikhwah! Usah impikan wanita sesetia Hawa seandainya imanmu tidak sedalam Adam!Jangan berangan-angan mahu memiliki wanita sehebat Puteri Balqis kalau dirimu tidak semapan Sulaiman! Usah terdetik di dalam hatimu seorang wanita semulia Khadijah, jika dirimu tidak sesabar Muhammad! Dan jangan mengimpikan wanita solehah seperti Fatimah sekiranya akhlak dan budi pekertimu tidak seperti 'Ali!  

Percayalah. Yakinlah! Wanita-wanita yang baik itu hanya untuk lelaki-lelaki yang baik sahaja!

-gabbana

Dah dah. Harapnya dah takde yang tanya saya pasal isu ikhtilat ni. Amat berat untuk saya menjawabnya... Peluh berpeluh-peluh. Oktengsbai!


















































































Sekian......................................................................................................................................















menitis air mata baca post di atas TT___TT"

Sunday, October 2, 2011

Munafik


Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Dari segi syarak pula munafik bermaksud : " Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati."

munafik?


Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu :

Pertama : Munafik darisegi akidah dan I'tiqad.

Kedua : Munafik darisegi perbuatan dan amalan.

Huraiannya :

Pertama : Munafik darisegi akidah dan I'tiqad.

Munafik darisegi akidah dan I'tiqad adalah orang kafir yang mengaku beriman dan berpura-pura masuk Islam. Golongan ini adalah orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah SWT, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredaan Alah SWT.

Orang munafik seperti ini  adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik  di sebut nifak. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, harta dan pangkat, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya yang menentang Islam.

Terdapat lima ciri-ciri munafik darisegi akidah dan I'tiqad :

1. Ingin menipu daya Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” (Surah Al Baqarah ayat 8-9)

2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”
(Surah An Nisa’ ayat 139)

3. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.

Firman Allah SWT. maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,' nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
(Surah An Nisa ayat 61)

4. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)

Firman Allah SWT. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali."
(Surah An Nisaa ayat 142)

5. Berusaha siang dan malam untuk memadamkan cahaya Allah SWT. Menghidupkan maksiat dan kemungkaran . (sifat bermusuhan dengan para alim ulama, pendakwah Islam, menyekat dakwah, tarbiah dan tazkirah daripada tersebar luas dalam masyarakat)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”
(Surah Asy-Shaf ayat 8)

Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi.

Di zama Nabi SAW , ketua orang munafik bernama Abdullah ibn Ubay ibn Salul dengan hatinya yang busuk  mengejek-ejek dan mengancam untuk mengusir Nabi SAW dan kaum muslimin dari kota Madinah. Kemudian setelah ucapannya yang menjelaskan kekentalan kemunafikannya itu dilaporkan kepada Nabi SAW  dan baginda pun menegurnya lalu Abdullah ibn Ubay pun mengelak dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah mengatakan apa-apa pun seperti yang dilaporkan kepada baginda.

Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

Munafik golongan pertama ini di hari akhirat akan dimasukkan kedalam Neraka Jahanam yang paling bawah sekal kekal selama-lamanyai, lebih azab daripada orang-orang kafir.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." (Surah. an-Nisaa ayat 145)

........ (bersambung)........

Friday, September 23, 2011

Nama Pon Dah Khurafat !



Saya pelik. Nama dah jelas-jelas khurafat tapi masih terrrrlalu ramai yang menonton cerita khurafat ni. 


Hal ini berbangkit apabila mendengar khutbah tadi yang berkisar tentang kepercayaan khurafat dan tahyul dalam kalangan masyarakat Melayu. Imam mengetengahkan tentang budaya masyarakat melayu yang banyak berkaitan dengan tahyul & khurafat.Ya, memang benar !

Dasawarsa ini :) , masyarakat melayu sememangnya mengalami serangan pemikiran yang bertubi-tubi. Cukuplah sebuah televisyen untuk menghancurkan dan mempengaruhi pemikiran penduduk 1 malaysia. Daripada encik hantu pocong, hantu raya, hantu sundal bolong, handu mak lampir, toyol, toyota..eerrr... orang minyak, hantu penanggal, hantu bonceng, hantu ni... hantu tu dan bermacam-maca lagi.. Agaknya la kan, kalaulah ada Award untuk negara yang paling banyak hantu, mesti malaysia menang kan? :P

Saya tak akan terasa sangat jika penyerangan pemikiran (baca: ghazwul fikr) ni berlaku kepada bangsa melayu (secara literal) , tapi saya kisah kerana ia telah menggangu saudara2 semuslim saya. tak kisah la melayu ke, melanau ke, tambi singh ke, hatta pencuci toilet sekalipun.. sedih rasanya apabila melihatkan saudara-mara muslim sendiri takut hendak ke tandas hanya kerana hantu ini.. padahal, tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya yang berkuasa ke atas 'hantu2' mereka itu ialah Allah taala. 




Apa yang saya tak puas hati dengan cerita2, atau movie hantu-hantu ni ialah dia menggentarkan dan menggangu akidah umat-umat islam, melayu especially. jika kita banyak terdedah dengan cerita2 sebegini, maka sesungguhnya kehidupan kita secara tidak langsung akan berada di bawah bayangan mereka. tetapi, jika penghidupan kita kita sentiasa isikan dengan amal islami, maka sesungguhnya kehidupan kita akan dinaungi oleh islam. 

Ini bukan kisah baru. Saya mempunyai beberapa orang kawan yang takut nak berjalan ke surau pada waktu malam kerana takut bertembung dengan pakcik pocong dan makcik sundal bolong. Satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

*sigh* =.=

Jadi, siapa bersama saya! Mari sama-sama kita membanteras gejala Hantuism  dan segala mak nenek ini yang menggusarkan keimanan dan akidah umat islam di  Malaysia. Pokoknya ialah bukannya nak mendebatkan dan membincangkan tentang cerita2 hantu-hantu nie, tetapi ialah usaha kita untuk memantapkan akidah umat Islam di tanah air tercinta kita ini especially. Bagaimana caranya, mudah !
 1) Kalau kitalah orang yang suka akan cerita2 / movie2 genre ni, marilah kita stop beramai-ramai. :) Lets get into the room of improvement.
2) Elakkan ahli keluarga terdekat untuk terpengaruh dengan cerita2 sebegini dengan menggunakan segala upaya kita. Tukar cerita lain ke. Tak pon tegur terus.
3) Apabila kita membesar kelak, janganlah kita bersekongkol dengan penghasilan mahupun penyebaran filem2 sebegini. (juga filem2 teruk yang lain)
4) Percayalah anda ialah manusia yang kreatif, pasti banyak cara lain yang boleh dijana untuk meluhurkan usaha ni ! :)


*Peace* Bersamalah kira menuju mardhatillah !

Salam Alaik,
AA

Friday, July 29, 2011

pesan Terakhir

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)


Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku

Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...